Saturday, March 31, 2012

Dimana Dia dihatiku..?


Petang-petang camni biasanya takde kerja. Kalau tak main bola relax je lah. Nak tengok tv rasa takde apa yang menarik. Nak baca buku orang tua2 kata nanti rabun. (alasan..hehe) entah kenapa petang ni rasa termuhasabah pulak seorang diri. Rasa tertanya pada hati sendiri, dimana ‘Dia’ dihatiku. ‘Dia’ tu of course la merujuk kepada Allah s.w.t. J

Memang lah kalau ditanya, mana-mana manusia pun yang bergelar muslim akan kata Allah yang paling utama dihati. Cinta Allah yang paling dicari. Segala-galanya dikatakan Allah yang mesti didahulukan. Tapi kadang tindakan tak serupa ucapan. Benarkah Allah yang utama kalau dihati penuh dicemari dosa dan noda? Benarkah cinta Allah yang paling dicari kalau solat pun kadang dilewatkan, puasa sunat jarang sekali, tahajud apatah lagi. Benarkah juga Allah yang mesti didahulukan bila banyak perintahnya yang kita endah tak endah. Ada dibuat dan ada juga tanpa ‘sedar’ ditinggal.


Benar..manusia tak terlepas dari kesilapan. Ada juga yang berhujah kita tak maksum seperti nabi. Tapi..kalau setiap hari dosa itu bertambah dan terus bertambah tanpa ada check & balance, kita akan jadi bukan sahaja tak maksum, malah hina pula terpalit pada diri. Nauzubillah.

Apa yang saya perlukan? bagaimana untuk saya menjadi seorang lelaki yang soleh? Adakah dengan berdiam diri dan mengharap menjadi lelaki soleh secara automatik? Atau saya sekadar berdoa tanpa berusaha ke arah itu? Kesolehan itu takkan datang bergolek. Soleh itu memerlukan mujahadah yang tinggi. Bukan sehari sudah boleh menjadi soleh, bukan seminggu. Tapi selamanya dalam mujahadah..


~ciNTa ALLAH pERlu diBukTikaN~

Untuk 5 hingga 6 tahun akan datang, saya mungkin akan bergelar ayah kepada anak-anak. Insya Allah. Bekalan apa yang ingin saya persembahkan pada mereka? Dengan apa saya boleh menjadi idola mereka? Kata seorang ustaz, “kamu sekarang adalah gambaran anak-anak kamu akan datang. Kamu teruk sekarang, anak-anak kamu akan menjadi lebih teruk. Untuk menjadi baik, bukan sekadar bertekad selepas kahwin, mulakan dari sekarang”

Ya, saya mesti mulakan. Tak perlu drastik dan tergopoh, perlahan-lahan dalam istiqamah. Saya ingin menjadi soleh. Saya juga mesti membawa ‘seseorang’ untuk turut menjadi solehah. Ini impian saya. Ini impian kami. ^_^

~ya Rabbana, berikanlah aku kekuatan dalam bermujahadah,
berikanlah aku kesabaran dalam meraih cintaMu~


I luv Allah

Wednesday, March 28, 2012

Selamat..? tak selamat..? :(



Setiap hari setiap jam setiap minit ada je yang kena culik, kena bunuh, kena itu..kena ini.. oh dunia. Kenapa jadi macam ni? Takde benda lain yang jadi tajuk utama berita kat tv or kat paper melainkan tentang jenayah. Aku tertanya, apa puncanya? Siapa puncanya?

Sejujurnya sebagai abang sebagai anak, aku cukup risau dengan keselamatan adik-adik aku. Aku risau dengan keselamatan mak ayah aku. Dengan orang-orang yang aku sayang. Rasa macam nak mintak mereka jangan kemana-mana. Just stay at home. Dok rumah diam-diam.Tapi tak mungkin la kan aku boleh buat macam tu. Kang dikata aku buang tebiat plak. Hehe. Tapi, serius aku dah tak nampak selamatnya bumi Malaysia ni.

Apa taknya, kanak2 yang tak konpem2 takda dosa pun orang boleh culik & bunuh, remaja yang baru nak kenal dunia pun diculik sesuka hati, apatah lagi kita yang orang dewasa ni. Mana lah tahu dalam diam ada yang simpan dendam. Nauzubillah. apa pun, jenayah bukan penyelesaiannya. Mungkin si penjenayah rasa puas dapat balas dendam, tapi mereka mungkin terlupa, lepas kehidupan dunia, kehidupan akhirat pulak yang menanti. Tambahan pulak dosa sesama manusia hanya diampunkan dengan kemaafan manusia.

Apa puncanya? Hmm.. bagi aku ni adalah disebabkan tarbiah. senang cakap sistem pendidikan, perkara apa pun kalau kita letak pendidikan berteraskan Quran & sunnah  tu utama, insya Allah yang lain pun akan baik2. Contoh simple, kita tanam pokok rambutan. Kita nak pokok tu nanti berbuah rambutan gred A, yang sedap yang manis, yang kalau jual harganya melambung tinggi. Mesti la kita kena jaga elok2. Letak baja yang sesuai, air & cahaya matahari yang cukup. Baru ada hasilnya. Cuba kalau kita jaga pokok tu dengan cara yang salah, sepatutnya letak baja kita gi letak makanan ikan, siram 10x sehari, tanam pulak dalam pasu bunga. Macamana la nak dapat hasil yang cun.

Samalah jugak dalam pendidikan. Kadang2 kita rasa dah elok. Dah bagi didikan yang baik. Tapi tak sedar didikan kita salah. Tak kena dengan Quran & Sunnah. Soal pendidikan ni orang kampung takleh ubah, setakat pegawai jabatan agama Islam pun tak leh ubah. Mereka hanya boleh tolong ubah. Siapa yang boleh ubah?.. how? caranya hanya dengan mengubah k.e.r.a.j.a.a.n.  ubah kerajaan, ubah pentadbiran, ubah sistem pendidikan, ubah korupsi, pilih the best prestasi .


sebab aku dah tak sanggup tengok bumi tercinta aku ni jadi tanah berdarah milik penjenayah.

p/s: sentiasalah baca doa <bismillahi tawakkaltu ‘ala allah> Dengan nama Allah aku bertawakkal kepada Allah.  Baca bila korang nak keluar rumah, jalan sorang2 ke.. naik moto ke.. nak exam pun boleh. J sebelum tu, jangan lupa usaha dulu. ^_^

Wednesday, March 14, 2012

Jangan___________ kalau nak____________!!



Jangan kawin kalau nak bercerai. Boleh tak cakap macam ni? Memang tak boleh.. sebab soal jodoh Allah je tau. Tapi nak jugak lepaskan apa yang terbuku dihati ni. Maaf buat sapa yang terasa or tersakit hati. tanpa ada niat nak tuju pada sesiapa. J

Bila dah umo 21 ni, semakin banyak orang yang dijumpai, semakin pelbagai lah sikap dan perangai yang ditemui. Kembali kepada topik, saya tak tahu ni samada ni fenomena, trend atau penyelesaian disebalik takdir yang menyebabkan kadar  perceraian diMalaysia meningkat dengan mendadak. Dari pembantu kedai hinggalah kepada artis seakan berlumba nak bercerai. (statement palsu mungkin?)  Saya taknak sentuh sebab2 penceraian kerana semua ada alasan tertentu. Saya tak berhak untuk mempertikai kerana saya sendiri belum kawin. *_* nak tau lebih tentang statistik perceraian diMalaysia klik sini 


Tapi yang saya hampa bila pasangan bercerai yang mengabaikan terus anak-anak. Ya Allah.. tak kasihankah pada anak2 yang tak bersalah?? Saya yakin semua anak akan kecewa jika ibu dan ayah tercinta berpisah. Pernah terdetik dari seorang sahabat saya “kenapa lahirkan aku kalau hanya untuk diabaikan”  tapi ada juga anak2 yang baik2 dan tetap diberi perhatian penuh alhamdulillah rasa lega hati ni melihatnya biarpun ibu dan ayah dah tak sebumbung. ^_^

Yang mengecewakan adalah bila anak dibiar.. yang kanak2 dibiar dengan caranya. Ada yang membiarkan anak2 dijaga orang lain tanpa dijenguk2, dibiar kusut masai dengan baju yang berhari2.  Yang menginjak remaja  pula dibiar dengan caranya. Tak kira anak lelaki @ gadis dibiar lepas bebas ber’kapel’an berpelukan dan dengan bangganya mengupload gambar2 ke facebook untuk tatapan semua. Saya yakin kalaulah ibu dan ayah mengawasi at least bertanya kemana anak2 pergi, insya Allah 80% anak2 akan terkawal. T_T
~keluarga bahagia~
Ni sekadar nasihat atau lebih tepat luahan hati yang kecewa dengan apa yang berlaku. Ingat, hidup umpama roda. Kalau hari ini kita abai anak2 dan menjadi ‘ibu bapa derhaka’, jangan menangis satu hari nanti anak2 derhaka abaikan kita pula. ®