Sunday, December 30, 2012

uNTukmU PaLEStiN wiTH_lOve


Hidup manusia itu ada tiga jenis:

Yang hidup tanpa memberi apa-apa makna.
Yang hidup memberi kesusahan pada orang lain.
Yang hidup memberi manfaat pada orang lain.

Nah, yang nombor tiga inilah yang dicari-cari. Tidak mahukah kita setelah mati ada pahala yang mengekori tak putus-putus?

Palestin

Bumi ini tak pernah sunyi dari kezaliman zionis. Berkali-kali gencatan senjata sekalipun, zionis yahudi laknatullah ini jugalah yang gemar sekali melanggari perjanjian. Benar, memang jauh sekali bumi Malaysia dengan bumi Aqso itu. Tetapi setiap kali terbit berita kanak-kanak mati dek terkena bom, atau sang bapa terkulai dek peluru zionis, seakan-akan terdengar-dengar bunyi dentuman ditelinga. Sakit. Sangat sakit. Lebih sakit hati ini.

Sakit hati

Pedih bila melihat ada lagi yang selamba menggunakan produk yang jelas-jelas menyokong zionis meskipun telah ada alternatif lain tanpa rasa bersalah.  Terus terang saya tidak dapat menerima alasan, “alah sekali ni je..” atau yang lebih menyengat bila ada yang berhujah “tak luak pun ekonomi zionis dengan boikot kita ni..” setiap orang ada hak bersuara. Tapi ingat, didepan Allah nanti, bukan lidah kita yang bersuara. Tetapi anggota kita yang berebut-rebut ingin bersaksi depan Allah.

Kagum.

Sangat kagum bila ada yang berusaha membuat program kutipan derma untuk ayah ibu abang kakak dan adik kita di palestin, syria dan sebagainya. ~yang pasti bukan konsert terkinja-kinja lelaki perempuan~ . apatah lagi program-program seperti ini sangat memerlukan pengorbanan masa, wang dan tenaga yang banyak. Hebat tarbiah diri mereka. Nampak ganjaran akhirat lebih mahal dari semua itu.

Bertuah

Alhamdulillah diberi rasa bertuah bila berkesempatan menjadi sukarelawan program-program seperti ini. Ya, mungkin kehadiran saya hanya seperti burung kecil yang membawa setitis air untuk dipadam pada api Nabi Ibrahim. Biarkan, kerana saya percaya Allah tidak melihat kepada besar atau kecil hasil sesuatu usaha, tetapi Allah melihat kepada ada atau tidak usaha itu. Bukannya nabi kita bersabda yang lebih baik itu amalan yang sedikit tetapi berterusan?

Terima kasih

buat yang berusaha,
buat yang menjemput,
yang menggerakkan hati kami, >> ALLAH

Muslim Care & Gamis
“Free Gaza Save Syria”
Ketua ulama Syria_Syeikh Assobuni
Bersama  Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat_Ust Riduan


Tv Alhijrah
“Demi Palestin”

Bersama Pengacara Tv Hijrah_ Amin Idris & Kak Farah
Qunut Nazilah
Generasi Cinta Islam :)
FlashMob_Realiti DiPalestin

P.A.L.E.S.T.I.N, saranghee.. :D

Saturday, December 22, 2012

U.J.I.A.N itu manis hakikatnya ^_^

Ya Allah, berat sungguh ujian yang kau beri.. tak pernah terlintas sehebat ini dugaan yang perlu aku hadapi. Berhari-hari termenung dan setiap kali hati fikiran diusik emosi, berderu-deru air mata yang turun. Berkali-kali merenung maksud kalam Allah untuk mencari kekuatan sendiri.


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " (Surah Al-Baqarah ayat 286)


Ya, sememangnya mukmin itu sentiasa diuji. Kata seorang peserta PIDACIL Indonesia, (program reality TV seakan bintang kecil, tetapi pidato agama yg menjadi taruhan. Bukan nyanyian yg dipertaruhkan). Kata si manis itu, ujian itu umpama peperiksaan didalam kelas, siapa yang lulus maka boleh naik darjah, siapa yang gagal tidak boleh keperingkat lainnya. Benar, dugaan itu memang seperti peperiksaan. Cuma ia tidak bertulis dan guru yang memeriksanya, Allah.

Menjalani hari-hari terakhir semester ketiga ditaman Ilmu dan Budi ini penuh dengan dugaan, ujian, dan kemanisan. Teringat pula kata seorang senior yang hebat, katanya “perkara yang paling mencabar itulah yang akan menjadi kenangan paling manis jika kita berjaya mengatasinya”. Benarkah?


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Al-Ankabut ayat 2-3)

Tercari-cari juga apakah hikmah dugaan ini. Apakah manisnya yang Allah sembunyikan. Sesekali datang si nafsu yang menghasut agar hati menjadi lemah.


Rupanya……


Memang manis ujian ini.

Saat memerlukan sokongan, Allah menghantar terlalu ramai sahabat yang setia dikiri kanan.

 Saat memerlukan penjelasan, Allah mengatur sesuatu yang tak terduga.

Saat memerlukan pembelaan, berebut-rebut insan yang membela hatta aku sendiri tidak terlalu mengenali mereka.

Itulah keajaiban dugaan. Nampak perit di awalnya, tetapi ternyata manis sekali dihujungnya.

malu dengan Allah, berusaha Allah ingin saya menjadi matang melalui ujiannya, tetapi tergamak saya menolaknya. Allah please, keep training me to be ibadurrahman.

Tuesday, December 11, 2012

Beruntungnya kita!


Sedang enak mendengar Zikir Terapi Diri oleh Hafiz Hamidun, Nahid rakan sebilik saya sejak hampir empat bulan yang lalu menjengah kepala disebalik almari yang dijadikan penghadang setiap bilik atau kami menyebutnya sebagai compartment. “huda dear, boleh saya masuk?” nana meminta izin untuk masuk ke bilik saya. Sememangnya nana sangat gemar memanggil saya dengan menyebut ‘huda dear’ yang bermaksud ‘sayang huda’. Saya sangat selesa dengan kemesraan gadis dari Iran ini. Selalu saya mendengar cerita-cerita gadis arab kasar orangnya, tetapi saya tidak melihat sedikitpun kekasaran itu pada gadis ini. Bahkan dia sangat mengambil berat tentang rakan-rakan sebilik yang lain. “ya silakan dear nahid” saya mengizinkan. “adakah awak sedang belajar?” bimbang mengganggu mungkin. Saya sekadar menggeleng.



Dia duduk dibirai katil saya yang bercadar hijau. Sambil melihat ke arah saya seolah-olah dengan pandangan jauh. “saya rindukan ibu ayah saya..” saya yang mulanya menghadap laptop berpaling padanya. “kenapa tidak hubungi mereka?” “sekarang sudah lewat. Disana musim sejuk dan keluarga saya tidur awal” balas nahid perlahan. “awak boleh menghubungi mereka awal esok pagi, jangan bersedih sahabatku.”



Saya cuba mengalih topik agar dia tidak terus menerus merindukan keluarganya yang jauh di Iran. “selepas grad dari uia, apa perancangan awak?” difikiran saya mungkin dia akan pulang ke Iran dan memajukan teknologi disana sesuai dengan bidang kejuruteraannya disini. “tiada. Saya tidak tahu apa perlu saya lakukan” kening saya bertaut. “mengapa begitu?” soal saya tidak sabar. “kerana saya rakyat Afghanistan. Meskipun saya lahir, saya hidup di Iran, tetapi saya tetap berasal dari Afghanistan. Saya tidak boleh menjadi rakyat Iran, hingga untuk memasuki universiti disana pun saya tidak boleh.” Saya menghela nafas panjang.

Nahid meneruskan “mereka sangat perkauman. Semasa saya berusia enam tahun di tadika, saya sangat gembira apabila mendapat sijil sekolah. Tetapi saya tertanya-tanya mengapa warna sijil saya tidak sama dengan sijil kawan-kawan saya yang lain? Sejak itu saya tahu saya berbeza kerana saya dari Afghanistan.” Saya cuba menyelami perasaan seorang gadis kecil yang menarik-narik tangan guru bertanya mengapa sijil mereka berbeza. “ketika saya disekolah menengah, saya seorang pelajar yang cemerlang. Ramai yang ingin berkawan setelah saya selalu mendapat tempat pertama. Tetapi apabila mereka tahu saya dari Afghanistan, mereka mula menjauhkan diri. Mereka mengangkat rakyat Iran seolah-olah bangsawan dan kami rakyat Afghanistan seolah-olah hamba!” saya tersentak. Cuba menenangkan dia. “sabarlah awak.. saya turut bersedih dengan kisah awak ini.” Nahid pantas membalas, “jangan bersedih untuk kisah saya, sebenarnya semua ini menjadikan saya lebih kuat. Kerana itu saya sampai ke Malaysia. Apabila saya dihalang untuk menduduki peperiksaan ke universiti, saya terus memutuskan ingin ke Malaysia.”


Bagaimana awak tahu tentang Malaysia?” saya pula menyoal. Nahid tersenyum. “saya tahu dari sepupu saya. Tetapi sebelum itu ayah dan ibu saya berulang kali melarang. Saya tetap bertegas ingin ke Malaysia setelah kecewa disana. Sekarang barulah saya tahu mengapa ibu dan ayah melarang. Kerana sekali saya membuat keputusan belajar disini, saya tidak boleh lagi kembali berkerja atau belajar disana apatah lagi menetap disana.”

Saya cuba meletakkan diri saya di tempat nahid. Sangat perit apabila dia mencintai Iran seperti negaranya sendiri, dia memahami bahasa mereka dengan fasih sekali, mengetahui selok belok sosial, budaya, politik dan ekonomi Iran lebih dari Afghanistan, tetapi sayang dia hanya berhak sebagai pemerhati. Bukan sang yang memiliki taraf kerakyatan.

“mengapa tidak kembali ke Afghanistan?” soal saya spontan. “kehidupan keluarga saya sebelum kami berhijrah ke Iran lebih susah. Hingga kini saudara mara kami disana sentiasa berada dalam ketakutan. Gangsters berada dimana-mana. Setiap minggu pasti ada beberapa kes penduduk yang hilang diculik untuk dijual. Mahu lapor pada polis? Ah lupakan sahaja.. ketua gangsters itu sendiri dari keluarga pemimpin Negara.” Saya terdiam.

Kasihan benar gadis ini. “huda, saya tahu awak simpati pada saya. Tetapi saya yakin ada jalan untuk saya suatu hari nanti. Tugas saya sekarang belajar sebagusnya disini.” Katanya sambil menepuk perlahan peha saya. Saya tersenyum mengangguk mengiyakan. Nahid berdiri sambil mengeliat kecil. “sudah lama saya mengganggu awak, awak harus tidur sekarang. Terima kasih huda kerana mendengar kisah saya. Selamat malam.” Akhiri dia. “selamat malam nahid. Awak perempuan hebat.” Dia pergi dengan senyuman yang terselit seribu duka.

Apabila kita berasa susah.. percayalah ada berjuta lagi insan yang lebih susah dari kita.

Apabila rasa ingin mengeluh..percayalah betapa ramai lagi yang langsung tidak mempunyai ruang untuk mengeluh dek sempitnya hidup mereka.

B.E.R.S.Y.U.K.U.R itu lebih baik.

p/s: perbualan asal berlaku dalam bahasa Inggeris. :)