Wednesday, August 15, 2018
Tuesday, October 28, 2014
Happy 7th day internship!
Hai awak, awak lah.. awak
yang tengah baca tu.
Hari ni hari yang ketujuh
intership a.k.a praktikal di sekolah kesayangan hamba. My Darul Mulkan! Bukan
tak pernah mengajar disini. Tapi kali ini berbeza. Besar bezanya.
Dulu ketika sebelum
degree, sekarang ketika di tahun akhir sudah.
Dulu berdua menjadi
warden, sekarang sorang2. Forever alone lah. Sob sob.
Dulu saya tiada target
dalam mengajar, yelah kanak2 lagi masa tu. Sekarang saya ada target sendiri.
Saya mahu anak2 didik saya
dalam tiga bulan ini boleh mengingati apa yg saya ajar sampai dewasa. Sama
macam yg saya ingat apa yg ustaz ustazah saya dulu ajar.
Ustaz sahil ajar saya
masak nasi. Sampai sekarang saya ikut cara ustaz.
Ajar cara berjalan, jangan
sesekali seret kaki. Saya ingat ustaz!
Ustaz azizul ajar saya
hafal dhomir, walaupun ketika itu saya kalah lawan hafal, tapi saya ingat
penggunaan dhomir.
Ajar pusingan bumi,
matahari dan bulan. Walau keadaan sekolah kita sangat dhoif ketika itu, tapi di
dewan paksi itulah kami sangat happy bereksperimen!
Ustaz ilyas & ustazah
azua ajar kami cara interaksi dengan murid. Walau kami masih kanak2, tapi
diberi kepercayaan jaga si baby irfan. Sanggup berhabis duit bawa kami
bergembira di Teluk Senangin.
Ustaz Akmal ajar kami
matematik. Dari situ saya tahu bila naik sekolah menengah, saya akan belajar
tentang ‘X’ + ‘Y’= ? istimewanya kami. Tahu awal dari orang lain.
Tak kurang jugak ada
sesetengah guru yang bila saya teringat kembali ajaran mereka, buat saya
tersenyum sorang2. Heheh. Antaranya..
Surah pertama Alfatihah.
Lukisan terakhir dibadan
yg dilukis iblis adalah Pusat.
Masih ingat lagi bila saya
dimarahi kerana tak ikut cara jawab universiti. Kata si ustazah, saya kena ikut
cara universiti.Terpinga2 saya. University…? Di sekolah rendah..?
Saya bertekad takkan bagi
ajaran yang salah untuk anak2 didik saya. Bimbang mereka pula yg akan gelakkan
saya bila besar nanti.
Okai, nanti sambung lagi.
TaTa!
Monday, May 19, 2014
Indahnya Bila Lelaki Melindungi
Assalamualaikum sahabat.
Sekarang minggu study untuk final exam yang akan bermula lagi lagi sehari dua. Doakan saya yerk. Malam ni teringat sesuatu nak share. tentang mereka. siapa mereka? mereka lah yang bergelar LELAKI.
Ada orang benci lelaki tanpa sedar mereka jugak dari lelaki.
Ada orang obses dengan lelaki tanpa sedar lelaki jugak makhluk yg lemah.
Ada orang sayang dengan lelaki, maka itulah saya.
Saya sayang semua lelaki yang soleh.
Ayah. ayah lah yang bersusah payah menjaga saya, menyayangi saya sepenuh hati. bergurau senda dan memeluk saya dengan penuh kehangatan dan saya suka sangat dipeluk ayah hingga sekarang. kerana sesuatu yang datang dari hati akan sampai ke hati.
Antara peristiwa yang jelas saya ingat, masa saya tadika, sekitar umur 5 atau 6 tahun ketika itu, saya demam.hanya ayah yang ada dirumah. ayah belikan ubat biji kecil2 berwarna hijau untuk saya telan. tapi saya tak mampu telan walaupun kecil mcm barli. Akhirnya semua ubat itu saya muntahkan kembali. Tanpa rasa geli dan jijik, ayah tadah muntah saya dengan tapak tangannya. Adakah lagi lelaki lain yg mampu sayang saya lebih dari itu? Never.
dulu dipimpin ayah sekarang memimpin tangan ayah. |
Pernah juga satu ketika saya berlari-lari dan kepala terhantuk dibesi katil. tidak lah kuat sangat tapi benjol jugaklah dahi ni. Menangis. ayah terus kekedai dan belikan saya aiskrim dan Kit Kat bersaiz besar. terus diam dan gembira. ketika itu saya berumur 8 tahun. Bukankah berlari-lari itu salah saya sebenarnya? bahkan saya dipujuk dengan penuh cinta.
Yang membuat saya tertarik nak menulis malam ini adalah kesan dari peristiwa beberapa hari lalu.
saya memohon untuk praktikal di sekolah rendah saya dulu. sementara ustaz sahil membelek resume, datang seorang ustaz muda bertanya saya dari mana, dan beberapa ayat beliau yang saya kurang fahami. (mungkin dialek pengkalan hulu). saya hanya mengangguk. tanpa melihat si ustaz muda, terus ustaz sahil berkata "yang ini mu jangan kacau. bekas anak murid aku ni". nampak bergurau tetapi bunyinya tegas. Sekali lagi, saya rasa dilindungi..!! :D
Petang itu, saya diluar rumah. membantu abang long repair pagar. tiba2 kawan abang long call. katanya nak datang. saya sekadar mendengar perbualan itu. sebaik end call, abelong terus pesan, "adik, masuklah rumah. kawan i nak datang". Gembira rasanya bila terasa dilindungi. mungkin abelong nampak saya tidak memakai stokin, jadi cepat2 disuruh saya masuk.
Memang biasanya alasan 'stokin' lah yang membuat abelong selalu beralah dengan saya.
"Long, tolong pegi kedai sat.. i payah nak kena pakai skaf, pakai stokin lagi.."
"Long, hantaq sat air ni kat tetamu. i tak pakai stokin ni.."
bahagia kan jadi perempuan yang dilindungi lelaki? ^_^
anda pun boleh. dengan syarat,
syaratnya anda menghormati mereka.
Hormatlah. tak susah lah. peace!!
Untuk semua yang melindungi perempuan,
u are hero,
u are osem,
and hopefully handsome. hehe.
with love,
Dokter Huda.
Sunday, April 20, 2014
CADAR CANTIK RUFF LESS
CANTIK. KEMAS. TIDAK BERKEDUT. MURAH. KEPUASAN HATI.
ASSALAMUALAIKUM, Hai awak semua!!
sekarang saya jadi penjual cadar tau.
Im full time student,
but im a tailor,
In the same time, Im a dealer CADAR CANTIK RUFF LESS.
NAK TAHU CADAR RUFF LESS TU MACAM MANA?
meh nak cerita.
ANDA SEORANG YANG SIBUK & BERKERJAYA?
TAK SEMPAT KEMAS KATIL CADAR SETIAP HARI?
MAHUKAN CADAR YANG:
TAK BERKEDUT ✔
TAK PERLU KEMAS SETIAP PAGI. JIMATNYA MASA!! ✔
TEBAL & SELESA ✔
MUDAH DIURUS ✔
CORAK CANTIK & TERBARU ✔
100% MATERIAL JENIS COTTON TEBAL ✔
SESUAI JUGA DIJADIKAN SELIMUT ✔
CADAR BERKUALITI TINGGI BUATAN TANGAN ✔
BOLEH DIBASUH DENGAN MESIN & SPIN TANPA MEROSAKKAN CADAR ✔
TIDAK BERBULU DAN TIDAK LUNTUR WARNA ✔
CADAR JENIS RUFFLES ( tidak perlu selit bawah tilam. Cadar melekap dan kemas) ✔
HANYA HAMPAR ATAS KATIL ✔
SAIZ QUEEN & KING ✔
UKURAN SAIZ 230x250cm + 2 SARUNG BANTAL (not for superking).
Hubungi saya untuk dapatkannya dengan HARGA PROMOSI.
atau wassap / call 0134155029.
Ini link album CADAR CANTIK RUFF LESS.
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.804248932936717&type=1&l=ccad9d054a
Jangan lupa LIKE PAGE saya juga yerk!
ini link nya.
https://www.facebook.com/pages/CADAR-RUFF-LESS-Cantik/1428834184039692

untuk yang sukakan kelembutan! |

untuk si manis! |
Ini link album CADAR CANTIK RUFF LESS.
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.804248932936717&type=1&l=ccad9d054a
Jangan lupa LIKE PAGE saya juga yerk!
ini link nya.
https://www.facebook.com/pages/CADAR-RUFF-LESS-Cantik/1428834184039692
Tuesday, February 11, 2014
The New!! :D
Happy new year! Eh~~.
Dah masuk bulan Feb dah pun.
Sekejapnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam 06/09/2011. Tarikh saya
menjejak kaki ke Taman Ilmu Uia ni. Pejam celik tinggal satu sem saja lagi
untuk dinikmati. (erk..nikmat?)
Pejam celik jugak, dah bersawang rupanya blog ni. Memang Cik Huda ni
style update blog sekali dalam satu sem je ke? Haha. Zaman sekarang orang dah
malas nak bukak blog. Pesbuk kan ada. Heh. Tulis pun saja untuk kepuasan diri
sendiri. J
Sem ini pada saya ada satu kelainan. Satu ketenangan. Ada sesuatu
yang selama ini menghimpit hati saya, telah pun dilepaskan. Sesekali rasa sakit
bila mencari hikmah. Tapi insya Allah semuanya akan baik-baik saja, Allah kan ada.
Buat sahabat-sahabat yang sedang menatap Sedingin Salju ini, nah
hadiah untuk kalian! Sebagai penenang jiwa. Selamat berjumpa lagi. TaTa!
~Dari seorang kakak~ |
"tak semua yang kita tahu itu akan menggembirakan hati, sebahagiannya lebih baik untuk kita tidak tahu".
It true. :D
Makanya, jangan lagi dipersoalkan soal rahsia dan takdir Allah untuk kita. Kerana itu lebih baik.
Tuesday, October 22, 2013
0h my taJwiDD :D
Assalamulaikum para penghuni syurga. Insya Allah. ^_^
rasanya dah bersawang blog ni dek malas pemiliknya nak meng'update' blog.
banyak kisah sebenarnya.. tetapi tak terlunas disini.
oh ya, apa cerita sekarang di semester ke lima cik huda?
semester ni hampir sama dengan semester-semester sebelum.
cuma.. ada sesuatu yang menarik. sangat menarik..!!
semester ni saya ambil kelas tilawah Al-Quran. atau nama rasminya -Advanced Tilawah 1-.
so apa yang menariknya? menariknya sebab saya dapat belajar baaaaanyak benda baru, ilmu baru tentang Al-Quran lebih-lebih lagi tentang ilmu tajwid.
ya, memang saya pelajar sekolah agama dari tadika Pasti, kemudian sekolah Rendah Islam Bistari Darul Mulkan, then Maktab Mahmud and now Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. jadi takkanlah bab tajwid tak lepas? sememangnya sesuatu yang perlu diakui. saya tak pandai ilmu tajwid.
belajar sendiri tak sama dengan berguru.
dengan keadaan ustaz ustazah sekolah rendah yang terlalu kerap bertukar-tukar..
sekolah menengah yang rata-ratanya semua bertilawah seorang diri. hanya setahun sekali bertadarus. itu pun di bulan Ramadhan.
di awal-awal masuk UIA ni, ada jugak dalam usrah tadabbur Al-Quran, cuma.. kurang berkesan lantaran masa membataskan.
Akhirnya, di universiti ini saya dapat apa yang saya cari.
kata seorang sahabat, untuk mendalami ilmu Al-Quran, belajar tajwid dan menghafal, eloknya pilih guru yang garang. hah? mula-mula dulu serius takut bila ustaz yang masuk kelas tu adalah ustaz yang menjadi sebutan seantero pelajar UIA. beliau terkenal dengan ketegasan, hafal dari tempat duduk (satu kelas boleh dengar bacaan dan hafalan kita), datang kelas mesti punctual dan hafal mesti ikut masa. no tangguh-tangguh.
berdebarrrrr..!!
walaupun rasa berdebar takut ditegur didepan kawan-kawan yang kebanyakannya bekas pelajar Darul Quran, tapi hikmahnya buat saya amat besar.
dikelas ini, tajwid menjadi sesuatu yang sangat menarik,
dikelas ini, banyak kisah disebalik ayat-ayat suci yang ustaz kongsi bersama,
dikelas ini, saya seperti mendapat sesuatu yang hilang selama ini.
puas. lega.
kerana tiada ertinya menggenggam tiga empat gulung ijazah sekalipun jika bacaan al-Quran tidak betul dengungnya, makhrajnya, panjang pendeknya, tempat berhentinya dan segala apa yang ada di sebuah mashaf bernama Al-Quran!
yang penting, bukan sekadar tahu tajwid.
tapi memahami dan laksanakan apa sahaja ajaran Al-Quran. :D
terima kasih Allah..!!
terima kasih ustaz..!!

gambar dari encik gugel :) |

inilah ustaz saya! |

Thursday, June 13, 2013
bERhENti.
"Jom petang ni ada usrah. Usrah last untuk sem ni." Achik mengingatkan dalam wassap.
Walaupun minggu ni minggu peperangan (perang dengan exam) tapi demi usrah terakhir, aulakan dahulu yang ini. Lagipun masih ada gap 2 hari. Insya Allah sempat murajaah balik.
"Hari ni kita takde muqarar untuk tajuk usrah. Kira usrah santai. Kita makan2, sharing2 moment dan selesai." Kak ucu memulakan muqadimah sementara menunggu dua tiga adik beradik usrah yang on the way. Gembira sangat bila dapat tengok wajah2 berseri adik beradik usrah ni. Semuanya macam sedang bahagia walaupun otak berat memikir exam.
Selesai je makan kek yang sangat cantik dan sedap ni, I love it! K.ude menyambung perbincangan, sebelum kita bersurai, k.ude nak semua adik2 share matlamat hidup dia kat sini. Tujuannya supaya kita lebih jelas matlamat hidup dan masa yang sama boleh bagi inspirasi pada yang belum jelas matlamat hidup dia.
"Nak matlamat jangka pendek ke panjang? Matlamat dunia ke matlamat akhirat kak ude?" Saya menambah sekadar nak melengah2kan masa. Hee. "Ish ayang ni, dunia la.. akhirat semua dah jelas matlamat nak syurga." Angah cuba buat2 garang.
Selalunya dalam perbincangan yang melibatkan perlu berkongsi cerita, mesti saya antara yang suka menjadi orang terawal berkongsi. Tetapi untuk kali ini, saya cuba menjadi yang terakhir dan kalau boleh biar tak sempat kerana maghrib yang sudah hampir.
Kak teh memulakan dulu.. terpegun dengar matlamat dia.
Angah menyusul..
Achik menyambung..
Cuna pula mengambil tempat..
Anjang terus bersemangat berkongsi..
Along..
Nawan..
Alang..
Ucu..
"Okeh sekarang ayang pulak cerita." Nawan menepuk-nepuk bahu saya.
"Shhh, azan tu, semua diam" Saya pura-pura serius.
Selesai sahaja azan. "Dah azan, maghrib sekejap waktu dia. Jom balik solat?" cepat-cepat saya memberi cadangan. Ramai pulak setuju dengan cadangan si ayang (saya ler tu) memandangkan esok ada yang exam.
K.ude mengangguk. "Ok boleh, tapi ayang dan yang tak boleh hadir hari ni kena kongsi dalam group fb kita. Boleh?" Saya hanya mampu tersenyum dan mengangguk perlahan.
Maafkan ayang..
Saya tak mampu nak berkongsi matlamat hidup bila saya sendiri dipersimpangan. Andai hidup ini hanya demi diri sendiri, andai hidup ini tiada hak insan lain, pastinya saya jelas jalan hidup. Tapi hidup ini penuh dengan perkongsian yang setiap perkongsian itu perlu pengorbanan. Saya lemah. Lemah membuat keputusan hidup. Akhirnya kaki ini terkaku disini kerana terlalu takut memilih simpang kehidupan.
Allah lebih tahu yang terbaik untukku, didunia tiada, mungkin Allah simpan 'dia' disyurga.

Terkesan dengan kata-kata k.ucu, adik-adik.. bila ada yang datang ingin mengkhitbah, berikan dia perancangan 10 tahun hidup adik-adik, dan minta perancangan hidup dia untuk 10 tahun. Jika dia boleh menerima plan hidup kita, dan kita boleh menerima plan hidup dia, teruskanlah. Seandainya berbeza, fikirkanlah dahulu. Berkahwin bukan untuk sehari dua. tapi untuk sepanjang hayat.
Allah lebih tahu yang terbaik untukku, didunia tiada, mungkin Allah simpan 'dia' disyurga.
Saturday, March 16, 2013
Ya ALLAH, ku tersentap!
Minggu yang saya rasa sangat
serabut. Serabut sampai planner pun saya dah tak sempat nak tulis. Alhasil banyak
jugak program yang ketinggalan. Kuliah Fiqh toharoh, team daie, talaqqi
semuanya saya tercicir.yang sempat pun kuliah Tanyalah Asatizah & kuliah
fiqh kitab Hasyiah Baijuri je. Sekarang baru rasa sedikit bernafas.
Mungkin antara sebab yang buat saya
serabut sebab sibuk menaip bahas Fiqh Usrah, presentation, meeting, &
menulis blog ni. hehe. Isnin ni nak kena submit. Tapi masih dalam proses
menterjemah. Tajuk bahas saya “addam wa alaqotuhu bil iddah” atau dalam bahasa melayunya
“Darah & kaitan dengan eddah”.
Tiga empat kali turun naik mahkamah
syariah semata-mata untuk study case. Mahkamah Petaling, Wilayah, Putrajaya
semuanya diterjah. Ada seribu satu pengalaman dalam pengalaman ni. Mana taknya,
dari kena marah, kena cari sendiri dalam ratusan fail yang tak tersusun kesnya,
dari habis masa, duit ulang alik ke mahkamah, hinggalah terasa begitu insaf
bila setiap kali membelek ribuan kes disetiap mahkamah. Dalam tajuk saya, majoriti
tuntutan nafkah eddah yang berkaitan perceraian. Aduh, begitu ramai yang seakan
berebut untuk bercerai. Nauzubillah.
Antara kes yang buat saya tersentap,
bila perceraian yang terjadi kerana
selalu didera suami..
kerana dicurangi..
suami panas baran..
isteri nusyuz..
digantung tak bertali..
tiada persefahaman walau sudah
berpuluh tahun berkahwin, walaupun anak dah ramai..
Tak kurang juga kes suami
menceraikan isteri talak tiga dengan sekali lafaz. Allah. Dimana adab
bercerai..? apabila ditanya, dengan mudah jawapannnya “saya dalam keadaan
marah. Tiada niat untuk menceraikan isteri.” Tiada niat sekalipun.. talak sudah
jatuh. Benar, sesal kemudian tiada gunanya. Jauhkan ku dari lelaki sebegini Ya
Allah.
Tak cukup dengan study case di
mahkamah, saya cuba mencari melalui web yang diyakini sohih seperti web ustaz
zaharuddin.net. Allahuakbar. Disini lebih menakutkan saya.
Nafas saya terasa
panas bila terbaca satu masalah seorang wanita
“Apakah hukumnya seorang
suami melakukan hubungan seks dengan isteri tanpa kerelaan ketika si isteri
masih dalam iddah?? Alasan suami sebagai tanda perpisahan.”
Ya Allah.. Saya
benar-benar tidak faham. Tidakkah lelaki itu ada sedikit simpati dan hormat
pada isteri yang baru diceraikan? Kalau mahu rujuk, rujuk lah baik-baik. Bukan lakukan
‘itu’ sebagai tanda perpisahan. Kejam.
Itu hanya satu contoh yang saya
bawakan, berpuluh ribu lagi situasi yang sama atau lebih teruk dari itu
terjadi. Teringat ketika berbual ringkas dengan ustaz Fiqh Usrah saya, katanya
“kamu
tengoklah, betapa ramai yang berlumba nak bercerai, kita kat sini yang selesa dalam
lingkungan orang beragama, masih sibuk nak bahas itu bid’ah, ini bid’ah. Sedangkan
terlalu banyak masalah ummah yang lebih berat. Setiap ilmu kamu yang kamu
simpan akan disoal nanti.”
Dan buat sekian kali ku tersentap
lagi.
Saturday, March 9, 2013
katakan YA..!!
Selalu saja kita mendengar orang
yang sering ditindas dan dimanipulasi biasanya golongan ini adalah golongan
yang takut untuk berkata ‘TIDAK’. Contohnya, bila kawan mengajak berbuat dosa,
takut untuk menolak sebab bimbang hilang kawan. Bila ada yang mengajak pergi
tempat-tempat maksiat, takut untuk berkata ‘TIDAK’.
Tapi jangan tak tahu, ada
jugak golongan yang sangat mudah berkata ‘TIDAK’ biarpun pada perkara yang
bukan maksiat. Saya mungkin antara orang yang mudah berkata ‘TIDAK’.
“huda..u wanna join us to pasar
malam?”
“NO. thank u..”
“ayang nak ikot pegi giant tak?”
“TAKNAK, tima kasih..hehe”
“boleh tak teman pegi pejabat
petang ni?”
“TAK BOLEH, sorry..”
“nak rasa makanan ni?”
“TAKPELAH..tima kasih…”
“let’s watch movie?”
“maybe next time. Today NO.ok dear?”
Mesti ramai yang kecewa bila dengan
bersahaja saya menolak. Terkilan juga mungkin. Maafkan saya. Saya kini cuba
belajar untuk berkata “YA” pula. Walaupun kadang-kadang sesuatu itu kita
TAKNAK, tapi kalau itu yang menggembirakan sahabat kita, apa salahnya kan?
~tetibe..~ hehe |
“huda..akak nak nota sem lepas
boleh?”
“BOLEH..insya allah esok huda
cari.”
“tolong hantarkan saya boleh?”
“BOLEH. Jom lah”
“nak soalan2 fiqh lepas”
“OK. Nanti huda bagi.”
“pinjam motor sekejap boleh?”
“OK BOLEH. Datanglah bilik.”
-Tidak
beriman seseorang itu hinggalah dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai
dirinya sendiri.-
Subscribe to:
Posts (Atom)