Wednesday, July 25, 2012

sakit hati : tapi bagaimana? :)


Hari ke-12 saya memerhatikan dia. Ya, dia target saya, saya mesti dapatkan perhatiannya, atau mungkin juga sayangnya. Tapi..siapa dia? Dia gadis manis, rajin, dan agak pendiam. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Berpatah-patah ditanya, sepatah juga dijawabnya. Cuma sejak akhir2 ni, saya selalu nak mengujinya. Dia sombong @ pendiam? jadi saya biarkan dia menegur saya dulu. Hasilnya dia memang pendiam. Kerana dia tetap menegur walaupun sekadar "akak dah makan?" Itu permulaan yang baik bagi saya. Tapi..ada sesuatu yang mengundang tanda tanya, sepanjang saya bersama dia, tak pernah sekalipun saya nampak dia ke surau, pakaian yang agak sendat, dan saya perasan ada seorang lelaki yang sering kedai kami untuk berbual2 seketika dengan dia. Saya sakit hati, sakit mata melihat itu, tapi wajarkah perbuatan saya? Sakit hati saya tidak boleh diterjemah dengan rasa benci, tetapi seharusnya saya mesti menyayangi dia seperti adik. Saya dapat rasakan Allah temukan saya dengan dia bukan saja2. Pasti ada hikmahnya. Mungkin dia mad'u saya? Sebagai target dakwah menarik dia dari lombong kekosongan jiwa? Ya saya akui saya sendiri adakala terumbang ambing, dosa tak pernah jemu mendekati. Tapi adakah kerana saya ada dosa, maka saya tidak mungkin mengajak orang lain jadi baik? Saya letakkan plan sendiri untuk cuba menyelami hati sahabat baru saya ini. Sekurang2nya cuti tiga bulan ini ada manfaat dan manisnya untuk orang lain. Dekati dia! tapi bagaimana? Mendesak dia jadi sahabat saya? Tidak mungkin, malah dia mungkin akan lebih menjauhi saya. Saya cuba senaraikan apa yang perlu dan tak perlu dalam plan ini sebelum saya melangkah jauh. 

 1-Selalu bertanya tentang keluarganya dan bercerita serba sedikit tentang keluarga saya sendiri.
2-Berkongsi dengannya soal hati. pelajar SMK biasanya agak segan nak berkongsi soal hati dengan SMA. mereka rasa kita baik, tapi sebenarnya kita sama..sama2 ada perasaan, ada cinta dihati. 
3-Jangan ajak dia berbual tentang keburukan orang lain, dia tidak akan menghormati kita. 
4-Simpan dan jangan hebahkan apa saja cerita dia. Bimbang ada yang tokok tambah bila sampai ke telinga dia semula. 
5-Beri hadiah pada dia! saya percaya antara lemahnya perempuan adalah dek hadiah. ops! bukan nak membeli jiwa, cuma nak melembutkan hati dia. 
Inilah plan saya, dan impian saya sebelum saya berhenti disini, saya nak mengikat ukhwah dengan dia, cuba selami kenapa dia tidak bersolat, pakaian andai boleh dilonggarkan demi maruah sesama perempuan, dan yang terakhir.. Saya terperasan satu gambar di screen saver handphone dia, gambar dia sedang bersandar didada seorang lelaki. Lelaki? Lelaki itulah yang sering kedai kami.. saya mesti tunjukkan "adikku, cinta itu tidak salah, yang salah adalah cara kita menikmati cinta itu.percayalah!"


No comments:

Post a Comment