Tuesday, October 22, 2013

0h my taJwiDD :D

Assalamulaikum para penghuni syurga. Insya Allah. ^_^
rasanya dah bersawang blog ni dek malas pemiliknya nak meng'update' blog.
banyak kisah sebenarnya.. tetapi tak terlunas disini.

oh ya, apa cerita sekarang di semester ke lima cik huda?
semester ni hampir sama dengan semester-semester sebelum.
cuma.. ada sesuatu yang menarik. sangat menarik..!!

semester ni saya ambil kelas tilawah Al-Quran. atau nama rasminya -Advanced Tilawah 1-.
so apa yang menariknya? menariknya sebab saya dapat belajar baaaaanyak benda baru, ilmu baru tentang Al-Quran lebih-lebih lagi tentang ilmu tajwid.

ya, memang saya pelajar sekolah agama dari tadika Pasti, kemudian sekolah Rendah Islam Bistari Darul Mulkan, then Maktab Mahmud and now Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. jadi takkanlah bab tajwid tak lepas? sememangnya sesuatu yang perlu diakui. saya tak pandai ilmu tajwid.
belajar sendiri tak sama dengan berguru.

gambar dari encik gugel :)


dengan keadaan ustaz ustazah sekolah rendah yang terlalu kerap bertukar-tukar..
sekolah menengah yang rata-ratanya semua bertilawah seorang diri. hanya setahun sekali bertadarus. itu pun di bulan Ramadhan.
di awal-awal masuk UIA ni, ada jugak dalam usrah tadabbur Al-Quran, cuma.. kurang berkesan lantaran masa membataskan.

Akhirnya, di universiti ini saya dapat apa yang saya cari.
kata seorang sahabat, untuk mendalami ilmu Al-Quran, belajar tajwid dan menghafal, eloknya pilih guru yang garang. hah? mula-mula dulu serius takut bila ustaz yang masuk kelas tu adalah ustaz yang menjadi sebutan seantero pelajar UIA. beliau terkenal dengan ketegasan, hafal dari tempat duduk (satu kelas boleh dengar bacaan dan hafalan kita), datang kelas mesti punctual dan hafal mesti ikut masa. no tangguh-tangguh.
berdebarrrrr..!!

inilah ustaz saya!


walaupun rasa berdebar takut ditegur didepan kawan-kawan yang kebanyakannya bekas pelajar Darul Quran, tapi hikmahnya buat saya amat besar.
dikelas ini, tajwid menjadi sesuatu yang sangat menarik,
dikelas ini, banyak kisah disebalik ayat-ayat suci yang ustaz kongsi bersama,
dikelas ini, saya seperti mendapat sesuatu yang hilang selama ini.

puas. lega.

kerana tiada ertinya menggenggam tiga empat gulung ijazah sekalipun jika bacaan al-Quran tidak betul dengungnya, makhrajnya, panjang pendeknya, tempat berhentinya dan segala apa yang ada di sebuah mashaf bernama Al-Quran!

yang penting, bukan sekadar tahu tajwid.
tapi memahami dan laksanakan apa sahaja ajaran Al-Quran. :D

terima kasih Allah..!!
terima kasih ustaz..!!

Thursday, June 13, 2013

bERhENti.

"Jom petang ni ada usrah. Usrah last untuk sem ni." Achik mengingatkan dalam wassap.
Walaupun minggu ni minggu peperangan (perang dengan exam) tapi demi usrah terakhir, aulakan dahulu yang ini. Lagipun masih ada gap 2 hari. Insya Allah sempat murajaah balik.

"Hari ni kita takde muqarar untuk tajuk usrah. Kira usrah santai. Kita makan2, sharing2 moment dan selesai." Kak ucu memulakan muqadimah sementara menunggu dua tiga adik beradik usrah yang on the way. Gembira sangat bila dapat tengok wajah2 berseri adik beradik usrah ni. Semuanya macam sedang bahagia walaupun otak berat memikir exam.




Selesai je makan kek yang sangat cantik dan sedap ni, I love it! K.ude menyambung perbincangan, sebelum kita bersurai, k.ude nak semua adik2 share matlamat hidup dia kat sini. Tujuannya supaya kita lebih jelas matlamat hidup dan masa yang sama boleh bagi inspirasi pada yang belum jelas matlamat hidup dia.

"Nak matlamat jangka pendek ke panjang? Matlamat dunia ke matlamat akhirat kak ude?" Saya menambah sekadar nak melengah2kan masa. Hee. "Ish ayang ni, dunia la.. akhirat semua dah jelas matlamat nak syurga." Angah cuba buat2 garang.

Selalunya dalam perbincangan yang melibatkan perlu berkongsi cerita, mesti saya antara yang suka menjadi orang terawal berkongsi. Tetapi untuk kali ini, saya cuba menjadi yang terakhir dan kalau boleh biar tak sempat kerana maghrib yang sudah hampir.


Kak teh memulakan dulu.. terpegun dengar matlamat dia.
Angah menyusul..
Achik menyambung..
Cuna pula mengambil tempat..
Anjang terus bersemangat berkongsi..
Along..
Nawan..
Alang..
Ucu..



"Okeh sekarang ayang pulak cerita." Nawan menepuk-nepuk bahu saya.
 "Shhh, azan tu, semua diam" Saya pura-pura serius.
Selesai sahaja azan. "Dah azan, maghrib sekejap waktu dia. Jom balik solat?" cepat-cepat saya memberi cadangan. Ramai pulak setuju dengan cadangan si ayang (saya ler tu) memandangkan esok ada yang exam.

K.ude mengangguk. "Ok boleh, tapi ayang dan yang tak boleh hadir hari ni kena kongsi dalam group fb kita. Boleh?" Saya hanya mampu tersenyum dan mengangguk perlahan.
Maafkan ayang..

Saya tak mampu nak berkongsi matlamat hidup bila saya sendiri dipersimpangan. Andai hidup ini hanya demi diri sendiri, andai hidup ini tiada hak insan lain, pastinya saya jelas jalan hidup. Tapi hidup ini penuh dengan perkongsian yang setiap perkongsian itu perlu pengorbanan. Saya lemah. Lemah membuat keputusan hidup. Akhirnya kaki ini terkaku disini kerana terlalu takut memilih simpang kehidupan.

Terkesan dengan kata-kata k.ucu, adik-adik.. bila ada yang datang ingin mengkhitbah, berikan dia perancangan 10 tahun hidup adik-adik, dan minta perancangan hidup dia untuk 10 tahun. Jika dia boleh menerima plan hidup kita, dan kita boleh menerima plan hidup dia, teruskanlah. Seandainya berbeza, fikirkanlah dahulu. Berkahwin bukan untuk sehari dua. tapi untuk sepanjang hayat.

Allah lebih tahu yang terbaik untukku, didunia tiada, mungkin Allah simpan 'dia' disyurga.

Saturday, March 16, 2013

Ya ALLAH, ku tersentap!

Minggu yang saya rasa sangat serabut. Serabut sampai planner pun saya dah tak sempat nak tulis. Alhasil banyak jugak program yang ketinggalan. Kuliah Fiqh toharoh, team daie, talaqqi semuanya saya tercicir.yang sempat pun kuliah Tanyalah Asatizah & kuliah fiqh kitab Hasyiah Baijuri je. Sekarang baru rasa sedikit bernafas.

Mungkin antara sebab yang buat saya serabut sebab sibuk menaip bahas Fiqh Usrah, presentation, meeting, & menulis blog ni. hehe. Isnin ni nak kena submit. Tapi masih dalam proses menterjemah. Tajuk bahas saya “addam wa alaqotuhu bil iddah” atau dalam bahasa melayunya “Darah & kaitan dengan eddah”.


Tiga empat kali turun naik mahkamah syariah semata-mata untuk study case. Mahkamah Petaling, Wilayah, Putrajaya semuanya diterjah. Ada seribu satu pengalaman dalam pengalaman ni. Mana taknya, dari kena marah, kena cari sendiri dalam ratusan fail yang tak tersusun kesnya, dari habis masa, duit ulang alik ke mahkamah, hinggalah terasa begitu insaf bila setiap kali membelek ribuan kes disetiap mahkamah. Dalam tajuk saya, majoriti tuntutan nafkah eddah yang berkaitan perceraian. Aduh, begitu ramai yang seakan berebut untuk bercerai. Nauzubillah.

Antara kes yang buat saya tersentap,

bila perceraian yang terjadi kerana selalu didera suami..

kerana dicurangi..

suami panas baran..

isteri nusyuz..

digantung tak bertali..

tiada persefahaman walau sudah berpuluh tahun berkahwin, walaupun anak dah ramai..


Tak kurang juga kes suami menceraikan isteri talak tiga dengan sekali lafaz. Allah. Dimana adab bercerai..? apabila ditanya, dengan mudah jawapannnya “saya dalam keadaan marah. Tiada niat untuk menceraikan isteri.” Tiada niat sekalipun.. talak sudah jatuh. Benar, sesal kemudian tiada gunanya. Jauhkan ku dari lelaki sebegini Ya Allah.

Tak cukup dengan study case di mahkamah, saya cuba mencari melalui web yang diyakini sohih seperti web ustaz zaharuddin.net. Allahuakbar. Disini lebih menakutkan saya. 
Nafas saya terasa panas bila terbaca satu masalah seorang wanita

“Apakah hukumnya seorang suami melakukan hubungan seks dengan isteri tanpa kerelaan ketika si isteri masih dalam iddah?? Alasan suami sebagai tanda perpisahan.” 

Ya Allah.. Saya benar-benar tidak faham. Tidakkah lelaki itu ada sedikit simpati dan hormat pada isteri yang baru diceraikan? Kalau mahu rujuk, rujuk lah baik-baik. Bukan lakukan ‘itu’ sebagai tanda perpisahan. Kejam.

Itu hanya satu contoh yang saya bawakan, berpuluh ribu lagi situasi yang sama atau lebih teruk dari itu terjadi. Teringat ketika berbual ringkas dengan ustaz Fiqh Usrah saya, katanya
kamu tengoklah, betapa ramai yang berlumba nak bercerai, kita kat sini yang selesa dalam lingkungan orang beragama, masih sibuk nak bahas itu bid’ah, ini bid’ah. Sedangkan terlalu banyak masalah ummah yang lebih berat. Setiap ilmu kamu yang kamu simpan akan disoal nanti.”

Dan buat sekian kali ku tersentap lagi.


Saturday, March 9, 2013

katakan YA..!!


Selalu saja kita mendengar orang yang sering ditindas dan dimanipulasi biasanya golongan ini adalah golongan yang takut untuk berkata ‘TIDAK’. Contohnya, bila kawan mengajak berbuat dosa, takut untuk menolak sebab bimbang hilang kawan. Bila ada yang mengajak pergi tempat-tempat maksiat, takut untuk berkata ‘TIDAK’. 


Tapi jangan tak tahu, ada jugak golongan yang sangat mudah berkata ‘TIDAK’ biarpun pada perkara yang bukan maksiat. Saya mungkin antara orang yang mudah berkata ‘TIDAK’.

“huda..u wanna join us to pasar malam?”
“NO. thank u..”

“ayang nak ikot pegi giant tak?”
“TAKNAK, tima kasih..hehe”

“boleh tak teman pegi pejabat petang ni?”
“TAK BOLEH, sorry..”

“nak rasa makanan ni?”
“TAKPELAH..tima kasih…”

“let’s watch movie?”
“maybe next time. Today NO.ok dear?”

Mesti ramai yang kecewa bila dengan bersahaja saya menolak. Terkilan juga mungkin. Maafkan saya. Saya kini cuba belajar untuk berkata “YA” pula. Walaupun kadang-kadang sesuatu itu kita TAKNAK, tapi kalau itu yang menggembirakan sahabat kita, apa salahnya kan?
~tetibe..~ hehe

“huda..akak nak nota sem lepas boleh?”
“BOLEH..insya allah esok huda cari.”

“tolong hantarkan saya boleh?”
“BOLEH. Jom lah”

“nak soalan2 fiqh lepas”
“OK. Nanti huda bagi.”

“pinjam motor sekejap boleh?”
“OK BOLEH. Datanglah bilik.”

-Tidak beriman seseorang itu hinggalah dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri.-

Saturday, March 2, 2013

reZeKi iTu RaHSIa ALLAH ^_^


Sambil memikir “siapa agaknya yang nak teman ke pejabat pendaftaran eh..”Maka Allah datangkan si sahabat usrah, “ayang nak pergi pejabat pendaftaran bila? Meh ude ikot sekali”

Allah... terima kasih Allah.


“bro, saya nak beli ubat mata ni. Tapi semalam bro cakap kena beli dua baru dapat harga promosi & free gift RM60. Saya nak beli satu je. Tak boleh ke?” penuh mengharap. “kalau satu je tak boleh dik.” 
Ditakdirkan Allah, “bang, saya nak beli satu ubat mata. Sister, kita beli sekali eh. Boleh dapat diskaun.” Tanpa saya kenal siapa gadis ini, Allah rezekikan saya bertemunya dengan tujuan yang sama.

Allah... terima kasih Allah.

Meeting induction dari pagi sampai ke maghrib. Tak sempat nak makan. Perut dah mendidih. Takkanlah nak tinggal perbincangan semata-mata nak beli makanan. “laparnya..tapi taktau nak makan apa..”
Tiba-tiba.. “nah awak, makan ni.. Makan cepat, muka awak dah pucat tu.” Hati berbunga-bunga bila si sahabat menghulur nasi ayam yang saya pun tak tahu dari mana datangnya.  

Allah... terima kasih Allah.


“dik, batu 10 jauh tak dari uia, tengah buat apa? makan tak lagi ni?” soal kakcik melalui wassup. “taklah, dekat je..tengah kemas bilik. tak makan pun lagi.” sahut saya.
“I dah nak masuk uia, I beli kfc.” Mesej sepuluh minit kemudian. Dalam rasa malas nak turun ke kafe, Allah jemput kakcik bersama makanan.

Allah...  terima kasih Allah.


"..dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi
melainkan dijamin Allah rezekinya"
_Surah Hud, ayat 6_

Monday, February 11, 2013

……hanya helaian kertas..


Alhamdulillah.

Subhanallah.

Allahuakabar.

Sengaja nak mulakan entry dengan zikir. Sekurang-kurangnya ada jugak pahala yg terlekat. Insya Allah. Minggu ni boleh dikatakan minggu membeli buku seMalaysia. Hehe. Sebab? Sebab ada baucer buku. Saya pun apa lagi, memang teruja betul kalau ada jualan buku-buku ditambah dengan seorang sahabat yang sama gilakan buku. Cik ateh. Masa nak beratur untuk dapat baucer ni ada lah dalam setengah jam berdiri. Tapi dengan muka tak kisah, saya duduk je tengah orang beratur. Bukan kotor pun lantai dewan CAC Uia tu. Hehe.

Dapat je baucer terus saya beli buku yang setahun sudah saya idam-idamkan. Tajuknya “Masalah Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama’, Inilah Jawapannya” oleh Ustaz Muhadir. Sebenarnya, yang memberi inspirasi untuk saya dapatkan buku ni antaranya yang pertama, saya bidang usul fiqh, semesti dan sepatutnya masalah-masalah khilaf sudah dihadam. Yang kedua, ada seorang insan yang sering buat saya terfikir dengan desakan-desakan pemikiran yang saya kira sebagai menolak bid’ah hasanah dan seakan wahabi. Untuk berhujah, saya tiada dalil dek ceteknya ilmu. Nah, insya allah buku ini membantu saya mencari kebenaran. 


Sementara menunggu ustazah masuk kelas, saya and the gang _cik syaki n cik ateh_ seperti biasa jalan-jalan cari buku. Terpaut pulak pada karya ustaz Hasrizal “Di Hamparan Shamrock, Ku Seru Nama-Mu” . buku ini saya kira sebagai kontra dengan karya-karyanya yang lain. Buku yang sarat dengan ujian yang melanda ustaz. Sehingga hati saya sendiri seolah-olah berada didunia ustaz, sesekali menghela nafas meminta kekuatan untuk sekuat ustaz. Tak cukup satu buku ditangan, capai pula novel tauhid karya kak Fatimah Syarha bertajuk “Sebarkan Cintamu”. Novel ni saya belum habis baca tapi setakat yang sudah dibaca ni, menarik penceritaannya. Sarat dengan ilmu, motivasi, nasihat dan cinta padaNya.

Untuk anak sedaraku.. with luv.

Biarpun hanya helaian kertas… padanya pasti ada ilmu Allah.

Malam semalam, dapat mesej dari cik Ateh n cik Syaki ajak jalan-jalan ke Mid Valley.  Tumpang cuti, bahas pun belum ada. Mula terfikir jugak apa lah yang ada kat tempat sesak tu. (pernah pergi sekali je 4 tahun lepas)  Hehe. Bila dah sampai, mencari-cari suatu tempat bernama MPH Book Store. Wah! Wah! Dan wah! Nampak tak besar sangat. Tapi saya puas hati sebab berjaya habiskan rm100 baucer. Kali ni saya tak beli buku-buku ilmiah untuk diri sendiri. Banyak habiskan untuk si hensem Syahmi , Izzul  n comel Wiwi. Sekadar buku mewarna bersama bacaan, pensel warna, puzzle dan buku “bacalah Anakku” (yang ni saya suka sebab saya dulu pun belajar membaca guna buku ni).


Ada berbaki nilai baucer tu, saya ambil alat tulis,kertas kajang, pen dan kertas warna-warni dengan niat suci untuk buat nota pelajaran. Hehe. Kali ni jugak saya seakan buang ‘tebiat’ bila buat pertama kalinya beli komik manga bertajuk “Cinta dihutan Kelip-Kelip” hehe.  Saja sesekali bertukar angin bacaan. Hehe.


yang terakhir, ada satuuuuuu lagi buku yang dah puas cari MPH, POPULAR & KINOKUNIYA. "The Beauty of Covering Up" by Noorshin Ng Abdullah. macam-macam design ada dalam buku ni. Insya Allah suatu hari nant saya akan dapat jugak..! 


Saturday, February 9, 2013

Rupanya saya begitu..


Rupanya saya..? Baru saya tersedar (terperasan) yang saya sangat kelihatan pelik ketika menipu. Rasa lucu bila teringat semua perkara yang saya cuba menipu tetapi akhirnya kelihatan pelik dan memalukan.

Antara yang menyedarkan saya apabila suatu hari Azira bertanya “hari tu teman ada nampak kawan kamu siti (bukan nama sebenar) yang pakai purdah tu bercakap-cakap dengan sorang brader. Siapa tue? Saya dengan niat ingin menjaga maruah orang yang berpurdah, bimbang disalah sangka yang orang berpurdah ni tidak solehah. Sedangkan yang solehah ramai. Saya cuba mengelak untuk menjawab akhirnya termenipu jugak. “oh yang tu ke.. tu tunang dia. Dah nak kawin dah tu.” Hakikat sebenar, itu hanyalah teman lelaki. Dalam beberapa minggu kemudian Azira berbual-bual dengan saya, “eh kawan kamu yang dah bertunang tu bila nak kawinnya?” saya tertanya-tanya, “kawan yang mana?” “alah kawan kamu yang pakai purdah tu. Kamu ada berapa orang kawan pakai purdah yang bertunang?” ah sudah, saya memang ‘hilang ingatan’ dengan apa yang saya katakan pada dia. Dengan spontan saya menjawab, “siti ke? entah. Bila pulak dia bertunang?” Azira terus memandang saya dengan penuh kehairanan. Beberapa bulan selepas itu baru lah saya ingat apa yang saya dah tipu. Saya HILANG MEMORI APABILA MENIPU.

PEACE..NO WAR. :)

Biasanya bila saya dah puas buka facebook sendiri, saya akan bukak facebook yang bukan sendiri dengan izin pemilik. (pemilik yang murah hati. Hehe) bila ada yang mula mengajak berchatting, adakala saya tidak membalas, adakala saya menjawab “ini kawan dia..” dan ada juga yang saya berpura-pura menjadi dia. Natijahnya, saya akan dihimpit rrasa bersalah yang amat dalam. Walaupun isi perbualan sekadar bertanya khabar. Saya tidak akan mampu menunggu 24 jam untuk memohon maaf. RESAH SENDIRI DENGAN PENIPUAN SENDIRI.

Suatu hari rakan sebilik saya, Israa (bukan nama sebenar)  yang berasal dari timur tengah baru saja balik dari shopping. Dengan penuh rasa gembira dia datang ke bilik saya. “seronok beli belah?” saya sekadar bertanya. (tentulah seronok dah nama pun perempuan. ) “yeah, sangat seronok. Saya beli baju yang sangat menarik.” Dengan pantas dia membuka satu beg plastik hitam. Sehelai dress berwarna hitam berbelang-belang koko gelap dan koko muda. Jenis satin dan berlapis-lapis seperti kipas tangan. Seperti baju ‘ketipang payung’ pun ada. Sejujurnya bukan taste saya. “cantik tak? Sesuai tak dengan saya?” Israa bertanya penuh harapan dan saya menjawab penuh kekeliruan. “cantik… Kain jenis satin..cantik…” tetapi saya sedar yang mata saya sedang tidak duduk diam. Cuba melarikan dari bertentang Israa. Mata Israa tepat memandang saya. “awak pasti jawapan awk? Betul ke cantik?” dan saya hanya mampu mengangguk dan tersenyum. Dalam hati saya berkata, wahai diri..kau tidak dilahirkan untuk menipu. PANDANGAN MATA SAYA TIDAK MAMPU MENIPU.

INSAF t_t


Cukuplah tiga perkara ini yang menginsafkan saya dari menyatakan yang benar. Baiklah berkata “tidak tahu” atau diam dari berbohong. Kan? Untuk kes pertama dan kedua, saya dah mohon maaf dan dimaafkan. Tetapi untuk yang ketiga.. biarlah sahabat saya itu rasa gembira dengan pujian saya.
‘Ala kulli hal: tidak mahu makan pedas, jangan beli cili. 

Wednesday, February 6, 2013

Diari Januari_ semakin sayang Allah.


Alhamdulillah hidup lagi saya sampai ke hari ini. Antara percaya dan tidak yang usia sudah menjangkau 22 tahun. Usia yang sepatutnya sudah sangat matang. Lama tak menaip, rasa macam terlalu banyak yang nak dikongsi hingga akhirnya jammed. Tapi takpe, saya akan cuba share apa saja yang saya lalui dan masih ingat. Something is better than nothing right? :D

Yang pertama, sanah helwah buat dia 05 Januari. Semoga Allah memberi limpahan rahmat, kasih sayang, berkat & redhaNya untuk dia.

Perjalanan saya bulan pertama dalam 2013, semuanya mematangkan pemikiran saya. Bermula dengan melihat dengan taajubnya betapa ramai rakyat Malaysia yang inginkan perubahan di HKR 112. Tiada seorang pun yang dibayar. Semuanya pergi dengan duit poket sendiri dengan satu tujuan. Ingin yang lebih baik untuk negara tercinta. INI KALILAH!! Insya Allah.

@ Stadium Merdeka 12/1/2013

Dalam kegembiraan pastinya ada sedikit ujian dari Allah tanda kasih sayangNya. 12/1/2013 ayah masuk hospital lagi. Dalam fikiran biasanya seminggu ayah di wad.  Abanglong pula patah tangan dek jatuh motosikal kerana mengelak basikal yang tiba-tiba ke tengah jalan. Insya Allah ada hikmahnya semua ini.

pasangan paaaaling romantik. mak & ayah :)
Sepanjang ayah dihospital, saya pun turut sama tidur di kaki katil dan mak tidur dibirai katil ayah. Dalam masa ini, diam-diam saya merenung pengorbanan mak. Bukan senang mencari seorang isteri seperti mak. Sanggup tidur berhari-hari dihospital untuk teman ayah. Apa sahaja yang ayah nak makan, insya Allah mak sediakan, mengurut ayah sehari lebih 5 kali. Segala ubat ayah mak hafal. Nak kemana-mana sentiasa utamakan ayah. Umur mak dah 60. Tapi sedikitpun tak pernah kurang sayang untuk ayah. Dihati saya teringin sangat nak tanya “apa yang membuatkan mak sayang sangat kat ayah?” Cuma..segan nak tanya. Hehe.. 

Yang paling menggembirakan saya, 19&20 Jan lepas saya berpeluang ke Konvensyen Fiqh Wanita & Islam. Waw! Dengan barisan panel dan tajuk-tajuk yang sangat mengenyangkan minda saya. Banyak persoalan berkaitan fiqh wanita terjawab. Sedikitpun saya tidak menyesal menghabiskan hampir RM200 untuk ke sini sekali tambang. 

Diizinkan Allah, ketika dalam komuter, saya duduk bersebelahan dengan seorang kakak. Manis orangnya. Dari Sabah tetapi berhijrah ke Semenanjung.  Rupanya dia seorang muallaf. Tapi secara berseloroh dia berkata “kakak ni muallaf, tapi dah sepuluh tahun masuk Islam, dah mukallaf dah pun” saya tertawa. Dalam masa sekitar setengah jam dari Serdang ke KL sentral, banyak yang saya dapat dari insan ini. Namanya kak Nur Ain. “kakak kasihan sangat betapa ramai orang yang lahir dalam Islam nak keluar ke agama lain hanya kerana cinta.” Itu bukan cinta..tetapi itu hanya nafsu. Selamat pengantin baru buat kak Ain. Biarpun kak Ain umur 40 tahun dan suami 25 tahun. Itu bukan pengukur kebahagiaan. Kan? Secangkir ilmu kuhirup bersamamu. 

si manis kirah & seha :p
Menjadi kebiasaan setiap cuti semester saya akan cuba bertemu dengan teman-teman lama terutamanya dua sahabat baik sekolah rendah saya. Seha & Kirah. Keduanya-keduanya dah berkerjaya. Susah betul nak spent time dengan dua ustazah ni. Hehe. Akhirnya 24/1/2013 tercapai akhirnya. Tempat yang kami pergi tak lain tak bukan mestilah sekolah tersayang Darul Mulkan & singgah sekejap Burmese Pool. Rindu tengok suasana damai disana. Lagi gembira bila banyak pula kisah-kisah yang terbaru. Ustaz tu dah nak kawin, ustazah ni dah dipinang orang, along pun ada yang datang merisik. Lucu. Seha pulak nak pergi buat Umrah dengan family. 

menghitung langkah ku kesini.. :(

Ya Allah, hanya engkau yang mengetahui betapa aku terlalu cinta ingin menjejak kaki ke Kaabah. Makbulkanlah permintaan ku ini ya Allah.

hobi bila borink ^_^

Inilah Januari ku!