Sunday, December 30, 2012

uNTukmU PaLEStiN wiTH_lOve


Hidup manusia itu ada tiga jenis:

Yang hidup tanpa memberi apa-apa makna.
Yang hidup memberi kesusahan pada orang lain.
Yang hidup memberi manfaat pada orang lain.

Nah, yang nombor tiga inilah yang dicari-cari. Tidak mahukah kita setelah mati ada pahala yang mengekori tak putus-putus?

Palestin

Bumi ini tak pernah sunyi dari kezaliman zionis. Berkali-kali gencatan senjata sekalipun, zionis yahudi laknatullah ini jugalah yang gemar sekali melanggari perjanjian. Benar, memang jauh sekali bumi Malaysia dengan bumi Aqso itu. Tetapi setiap kali terbit berita kanak-kanak mati dek terkena bom, atau sang bapa terkulai dek peluru zionis, seakan-akan terdengar-dengar bunyi dentuman ditelinga. Sakit. Sangat sakit. Lebih sakit hati ini.

Sakit hati

Pedih bila melihat ada lagi yang selamba menggunakan produk yang jelas-jelas menyokong zionis meskipun telah ada alternatif lain tanpa rasa bersalah.  Terus terang saya tidak dapat menerima alasan, “alah sekali ni je..” atau yang lebih menyengat bila ada yang berhujah “tak luak pun ekonomi zionis dengan boikot kita ni..” setiap orang ada hak bersuara. Tapi ingat, didepan Allah nanti, bukan lidah kita yang bersuara. Tetapi anggota kita yang berebut-rebut ingin bersaksi depan Allah.

Kagum.

Sangat kagum bila ada yang berusaha membuat program kutipan derma untuk ayah ibu abang kakak dan adik kita di palestin, syria dan sebagainya. ~yang pasti bukan konsert terkinja-kinja lelaki perempuan~ . apatah lagi program-program seperti ini sangat memerlukan pengorbanan masa, wang dan tenaga yang banyak. Hebat tarbiah diri mereka. Nampak ganjaran akhirat lebih mahal dari semua itu.

Bertuah

Alhamdulillah diberi rasa bertuah bila berkesempatan menjadi sukarelawan program-program seperti ini. Ya, mungkin kehadiran saya hanya seperti burung kecil yang membawa setitis air untuk dipadam pada api Nabi Ibrahim. Biarkan, kerana saya percaya Allah tidak melihat kepada besar atau kecil hasil sesuatu usaha, tetapi Allah melihat kepada ada atau tidak usaha itu. Bukannya nabi kita bersabda yang lebih baik itu amalan yang sedikit tetapi berterusan?

Terima kasih

buat yang berusaha,
buat yang menjemput,
yang menggerakkan hati kami, >> ALLAH

Muslim Care & Gamis
“Free Gaza Save Syria”
Ketua ulama Syria_Syeikh Assobuni
Bersama  Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat_Ust Riduan


Tv Alhijrah
“Demi Palestin”

Bersama Pengacara Tv Hijrah_ Amin Idris & Kak Farah
Qunut Nazilah
Generasi Cinta Islam :)
FlashMob_Realiti DiPalestin

P.A.L.E.S.T.I.N, saranghee.. :D

Saturday, December 22, 2012

U.J.I.A.N itu manis hakikatnya ^_^

Ya Allah, berat sungguh ujian yang kau beri.. tak pernah terlintas sehebat ini dugaan yang perlu aku hadapi. Berhari-hari termenung dan setiap kali hati fikiran diusik emosi, berderu-deru air mata yang turun. Berkali-kali merenung maksud kalam Allah untuk mencari kekuatan sendiri.


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " (Surah Al-Baqarah ayat 286)


Ya, sememangnya mukmin itu sentiasa diuji. Kata seorang peserta PIDACIL Indonesia, (program reality TV seakan bintang kecil, tetapi pidato agama yg menjadi taruhan. Bukan nyanyian yg dipertaruhkan). Kata si manis itu, ujian itu umpama peperiksaan didalam kelas, siapa yang lulus maka boleh naik darjah, siapa yang gagal tidak boleh keperingkat lainnya. Benar, dugaan itu memang seperti peperiksaan. Cuma ia tidak bertulis dan guru yang memeriksanya, Allah.

Menjalani hari-hari terakhir semester ketiga ditaman Ilmu dan Budi ini penuh dengan dugaan, ujian, dan kemanisan. Teringat pula kata seorang senior yang hebat, katanya “perkara yang paling mencabar itulah yang akan menjadi kenangan paling manis jika kita berjaya mengatasinya”. Benarkah?


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Al-Ankabut ayat 2-3)

Tercari-cari juga apakah hikmah dugaan ini. Apakah manisnya yang Allah sembunyikan. Sesekali datang si nafsu yang menghasut agar hati menjadi lemah.


Rupanya……


Memang manis ujian ini.

Saat memerlukan sokongan, Allah menghantar terlalu ramai sahabat yang setia dikiri kanan.

 Saat memerlukan penjelasan, Allah mengatur sesuatu yang tak terduga.

Saat memerlukan pembelaan, berebut-rebut insan yang membela hatta aku sendiri tidak terlalu mengenali mereka.

Itulah keajaiban dugaan. Nampak perit di awalnya, tetapi ternyata manis sekali dihujungnya.

malu dengan Allah, berusaha Allah ingin saya menjadi matang melalui ujiannya, tetapi tergamak saya menolaknya. Allah please, keep training me to be ibadurrahman.

Tuesday, December 11, 2012

Beruntungnya kita!


Sedang enak mendengar Zikir Terapi Diri oleh Hafiz Hamidun, Nahid rakan sebilik saya sejak hampir empat bulan yang lalu menjengah kepala disebalik almari yang dijadikan penghadang setiap bilik atau kami menyebutnya sebagai compartment. “huda dear, boleh saya masuk?” nana meminta izin untuk masuk ke bilik saya. Sememangnya nana sangat gemar memanggil saya dengan menyebut ‘huda dear’ yang bermaksud ‘sayang huda’. Saya sangat selesa dengan kemesraan gadis dari Iran ini. Selalu saya mendengar cerita-cerita gadis arab kasar orangnya, tetapi saya tidak melihat sedikitpun kekasaran itu pada gadis ini. Bahkan dia sangat mengambil berat tentang rakan-rakan sebilik yang lain. “ya silakan dear nahid” saya mengizinkan. “adakah awak sedang belajar?” bimbang mengganggu mungkin. Saya sekadar menggeleng.



Dia duduk dibirai katil saya yang bercadar hijau. Sambil melihat ke arah saya seolah-olah dengan pandangan jauh. “saya rindukan ibu ayah saya..” saya yang mulanya menghadap laptop berpaling padanya. “kenapa tidak hubungi mereka?” “sekarang sudah lewat. Disana musim sejuk dan keluarga saya tidur awal” balas nahid perlahan. “awak boleh menghubungi mereka awal esok pagi, jangan bersedih sahabatku.”



Saya cuba mengalih topik agar dia tidak terus menerus merindukan keluarganya yang jauh di Iran. “selepas grad dari uia, apa perancangan awak?” difikiran saya mungkin dia akan pulang ke Iran dan memajukan teknologi disana sesuai dengan bidang kejuruteraannya disini. “tiada. Saya tidak tahu apa perlu saya lakukan” kening saya bertaut. “mengapa begitu?” soal saya tidak sabar. “kerana saya rakyat Afghanistan. Meskipun saya lahir, saya hidup di Iran, tetapi saya tetap berasal dari Afghanistan. Saya tidak boleh menjadi rakyat Iran, hingga untuk memasuki universiti disana pun saya tidak boleh.” Saya menghela nafas panjang.

Nahid meneruskan “mereka sangat perkauman. Semasa saya berusia enam tahun di tadika, saya sangat gembira apabila mendapat sijil sekolah. Tetapi saya tertanya-tanya mengapa warna sijil saya tidak sama dengan sijil kawan-kawan saya yang lain? Sejak itu saya tahu saya berbeza kerana saya dari Afghanistan.” Saya cuba menyelami perasaan seorang gadis kecil yang menarik-narik tangan guru bertanya mengapa sijil mereka berbeza. “ketika saya disekolah menengah, saya seorang pelajar yang cemerlang. Ramai yang ingin berkawan setelah saya selalu mendapat tempat pertama. Tetapi apabila mereka tahu saya dari Afghanistan, mereka mula menjauhkan diri. Mereka mengangkat rakyat Iran seolah-olah bangsawan dan kami rakyat Afghanistan seolah-olah hamba!” saya tersentak. Cuba menenangkan dia. “sabarlah awak.. saya turut bersedih dengan kisah awak ini.” Nahid pantas membalas, “jangan bersedih untuk kisah saya, sebenarnya semua ini menjadikan saya lebih kuat. Kerana itu saya sampai ke Malaysia. Apabila saya dihalang untuk menduduki peperiksaan ke universiti, saya terus memutuskan ingin ke Malaysia.”


Bagaimana awak tahu tentang Malaysia?” saya pula menyoal. Nahid tersenyum. “saya tahu dari sepupu saya. Tetapi sebelum itu ayah dan ibu saya berulang kali melarang. Saya tetap bertegas ingin ke Malaysia setelah kecewa disana. Sekarang barulah saya tahu mengapa ibu dan ayah melarang. Kerana sekali saya membuat keputusan belajar disini, saya tidak boleh lagi kembali berkerja atau belajar disana apatah lagi menetap disana.”

Saya cuba meletakkan diri saya di tempat nahid. Sangat perit apabila dia mencintai Iran seperti negaranya sendiri, dia memahami bahasa mereka dengan fasih sekali, mengetahui selok belok sosial, budaya, politik dan ekonomi Iran lebih dari Afghanistan, tetapi sayang dia hanya berhak sebagai pemerhati. Bukan sang yang memiliki taraf kerakyatan.

“mengapa tidak kembali ke Afghanistan?” soal saya spontan. “kehidupan keluarga saya sebelum kami berhijrah ke Iran lebih susah. Hingga kini saudara mara kami disana sentiasa berada dalam ketakutan. Gangsters berada dimana-mana. Setiap minggu pasti ada beberapa kes penduduk yang hilang diculik untuk dijual. Mahu lapor pada polis? Ah lupakan sahaja.. ketua gangsters itu sendiri dari keluarga pemimpin Negara.” Saya terdiam.

Kasihan benar gadis ini. “huda, saya tahu awak simpati pada saya. Tetapi saya yakin ada jalan untuk saya suatu hari nanti. Tugas saya sekarang belajar sebagusnya disini.” Katanya sambil menepuk perlahan peha saya. Saya tersenyum mengangguk mengiyakan. Nahid berdiri sambil mengeliat kecil. “sudah lama saya mengganggu awak, awak harus tidur sekarang. Terima kasih huda kerana mendengar kisah saya. Selamat malam.” Akhiri dia. “selamat malam nahid. Awak perempuan hebat.” Dia pergi dengan senyuman yang terselit seribu duka.

Apabila kita berasa susah.. percayalah ada berjuta lagi insan yang lebih susah dari kita.

Apabila rasa ingin mengeluh..percayalah betapa ramai lagi yang langsung tidak mempunyai ruang untuk mengeluh dek sempitnya hidup mereka.

B.E.R.S.Y.U.K.U.R itu lebih baik.

p/s: perbualan asal berlaku dalam bahasa Inggeris. :)



Monday, November 5, 2012

biArKan Dia pERgi..


3.20 p.m. : Maktabah Darul Hikmah

“tokwan dah meninggal.”

Ringkas. Menusuk.

“innalillah wa inna ilaihi rajiun…bila??”

“dua pagi tadi, dah selamat kebumi tadi.”

“……..”

Terkunci mulut nak bertanya.. kenapa terlalu lewat saya tahu? Petang semalam, hati terlalu rindu kat mak. Rasa macam ada sesuatu. Cuba, cuba dan terus cuba mendail. Tapi hampa. Line celcom hampeh. L call ended.


Hari ini memang mak tengah sedih. Saya yakin. Manakan tidak, kehilangan ayah mak yang tercinta setelah lama tak berkesempatan ziarah. Akhirnya dapat ziarah, tetapi itulah ziarah terakhir…

Saya sebak. Sebak bila terkenang betapa penyayangnya tokwan, suka bercerita walaupun cerita yang sama, suka tersenyum dan meraikan cerita-cerita saya, suka bergurau, dan sangat mesra dengan anak cucu cicit.

Tak banyak kenangan saya bersama tokwan, tapi kenangan yang sedikit itulah membuat saya terkenang-kenang dia.. tertanya-tanya bagaimana agaknya tokwan di ‘dunia baru’..?

“assalamualaikum, mak ada tak?”

“waalaikumsalam, mak kat hospital..ayah masuk wad. Demam panas.”

“………”

Sekali lagi saya terdiam.. tokwan ‘pergi’ dan masa yang sama ayah dihospital. Kesiannya kat mak.. betapa bebanan emosi yang perlu ditanggung mak. Dalam kesedihan, tabah menjaga suami.

Saya disini..? Terlaksanakah tugas menjadi anak solehah?

Maafkan saya mak..
Maafkan saya tokwan..

p/s: Tokwan disini ialah Allahyarham Jaafar Bin Daud. Telah ke rahmatullah pada 5 November 2012 pada usia menjangkau 90-an. Alfatihah untuknya..

Friday, September 28, 2012

~Hanya mampu merancang~


“gagal merancang adalah merancang untuk gagal”


Tapi…sebaik mana kita merancang, sehebat mana kita bermatlamat, ada yang lebih baik perancangannya, ada yang lebih pasti matlamatnya. Semestinya hanya ALLAH.

Lebih setahun disini, di taman ilmu dan budi ini, betul-betul buat saya rasa jatuh cinta. Saya cuba merancang kehidupan sepuluh tahun akan datang, (seperti dalam novel Ayat2 Cinta) hehe. :p sebelum sampai usia suku abad, segulung kertas bernama ijazah mesti ada dalam genggaman. 


TETIBA.. heheh
Juga sebelum usia selesai  diangka dua puluh -an, saya mesti mencium segulung master. Ya, inilah perancangan saya. Begitu juga sebelum sahnya akad seorang lelaki dengan seorang wali, takkan saya berikan hati pada sesiapa, ini juga perancangan saya. Mencari seorang al-hafiz buat pembimbing diri dunia akhirat, ini juga matlamat penting yang terlalu ingin saya realisasikan.

Namun segalanya hanya mampu dirancang…ada yang saya berjaya dan tak kurang yang terbabas dari perancangan. 

Ya Allah, kau aturkanlah hidupku dengan sebaik-baik keputusan, dan berikanku sebaik-baik keyakinan bahawa keputusanMu yang terbaik buat ku. J

#tukar major..tambah minor..tambah masa..lambat grad. J


Tuesday, August 28, 2012

c0raT c0REt aIdIL fITrI ^^^

Alhamdulillah dipanjangkan nyawa hingga ke akhir ramadhan. Sempat khatam quran tak? ;-) kalau tak sempat jangan berhenti pulak. Terus baca..bak kata orang dalam pesbuk, kita bukan hamba lailatul qodar @ hamba ramadhan. Tapi kita hamba allah, lailatul qodr or ramadhan ada sesekali, tapi Allah sentiasa ada. Wherever..whenever.. :-D :-D


Citer bab raya memang best. Best la sebab dapat membina badan dengan majunya. Kuikui. Yang turun 4kg masa ramadhan leh naik 14kg masa raya. (overnya..heheh) taun nie tema baju raya kaler pink. Adeh bertema2 pulak. Kalau yg girlz tu ok la jugak pink. Kna mak dara, ayah dara n laki maskulin kena pakai pink, siannn..hehe. Tapi comel pe? :-P syukurlah tahun ni murah rezeki. Baju tak beli orang bagi je..ad kaler hijau, biru, & pich. Pakailah selagi boleh pakai. Jangan lupa doakan kesejahteraan orang yang murah hati tu. :-)

A&H
Bab kuih raya, memang tak sempat nak buat. Saya kan buzy. (bajettt..hee..) jadi abang2 & kak2 lah yang tolong beli. Ada 7 8 jenis cukuplah.. Tambah dengan kerepek2, laksa, lontong, soto, ketupat n rendang, dah cukup. Raya pertama tak best. Sebab semua balik rumah mertua dulu. Ikot giliran lah katakan. Saya ni pun termenung jelah kat umah. Sapa suruh tak kawin. Haha. Nak galak dah ler tu..  Raya kedua baru riuh rumah ni. Dengan kapasiti 19 orang. Time ni lah nak berebut makanan, nak main bunga api, nak tu nak ni. Hehee.. Yang si baby2 n kanak2 lawan jerit sapa kuat lagi nangis. Memang macam nursery lah! ^^
bunga api pun pink tau!

Nak citer satu2 sampai raya ke  30 memang tak tercerita lah. Tapi aidilfitri kali ni lain..sedikit lain. Tapi cukup..cukup gembira. :-D my best fren bawak khabar gembira. Dia bakal disunting orang minggu depan. Tahniah sayang. Syawal ni jugak berduyun2 kawan2 menamatkan zaman bujang. Tua sangatkah daku? Hehe. Tahniah buat semua. Rajin pulak mereka tanya "enti bila lagi?" "ana..? Insya allah tak lama dah." Padahal saya sendiri nak tergelak ngan jawapan tu. Ada jodoh tak kemana..jaga hubungan dengan Allah, insya Allah, Allah jaga hubungan kita dengan si dia..

Tahun ni jugak tetiba muncul seorang lelaki yang bernama suami. Bukan my husband. Kalaulah dia baca entry saya ni, ni pesanan saya pada dia. "tolonglah setia dengan isteri anda. Dengan tittle anda, tak sepatutnya membelakangkan isteri. Cuba mengusik hati gadis lain, jangan terkejut kalau isteri anda mengusik hati jejaka lain!" rasa nak cakap camni kat dia. Tapi masih ada sekelumit rasa hormat yang membataskan.

Antara yang besnya lagi syawal kali ni, ada program anak perak. Ramai rupanya siswa perak ek. Tapi kenapa kalau kat kampus tu, rasa macam boleh bilang ngan jari je..? Walaupun sekejap, tapi sempat jugak bertukar2 cerita n pengalaman. Bes dengar pengalaman orang tambah2 yang study oversea.. Jeles+teruja!

mesti budak2 berebut ketupat ni!
Paling best apa ye? Alhamdulillah diizinkanNya melangkah ke suatu tempat. Kediaman seseorang. Gembira dengan layanan mesra abahnya, mak n adik2, hepy tengok makan kek pertama saya yang kelat2 manis, dan saya seolah merasai kelibat dia disana. Tu kan tempat dia membesar..hehe. Kesempatan yang ada, saya renung wajah insan yang melahirkan dia. Sempat saya paut dan peluk tangan itu masa jalan seiring. Terasa besar kasih seorang mak. Malu? Yep..tapi tak salah kan? Hehe.. ^_^

Cuti semester ada lagi seminggu berbaki. Seminggu ni lah nak ziarah cikgu2 sekolah rendah, menengah, & tak lupa cikgu giat mara yang tekun ajar saya seni jahitan. Rindu2 semua!! B-)

p/s: saya bukan seorang obses pink. sesaje tukar mod..^^ -dokter huda-

Wednesday, July 25, 2012

sakit hati : tapi bagaimana? :)


Hari ke-12 saya memerhatikan dia. Ya, dia target saya, saya mesti dapatkan perhatiannya, atau mungkin juga sayangnya. Tapi..siapa dia? Dia gadis manis, rajin, dan agak pendiam. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Berpatah-patah ditanya, sepatah juga dijawabnya. Cuma sejak akhir2 ni, saya selalu nak mengujinya. Dia sombong @ pendiam? jadi saya biarkan dia menegur saya dulu. Hasilnya dia memang pendiam. Kerana dia tetap menegur walaupun sekadar "akak dah makan?" Itu permulaan yang baik bagi saya. Tapi..ada sesuatu yang mengundang tanda tanya, sepanjang saya bersama dia, tak pernah sekalipun saya nampak dia ke surau, pakaian yang agak sendat, dan saya perasan ada seorang lelaki yang sering kedai kami untuk berbual2 seketika dengan dia. Saya sakit hati, sakit mata melihat itu, tapi wajarkah perbuatan saya? Sakit hati saya tidak boleh diterjemah dengan rasa benci, tetapi seharusnya saya mesti menyayangi dia seperti adik. Saya dapat rasakan Allah temukan saya dengan dia bukan saja2. Pasti ada hikmahnya. Mungkin dia mad'u saya? Sebagai target dakwah menarik dia dari lombong kekosongan jiwa? Ya saya akui saya sendiri adakala terumbang ambing, dosa tak pernah jemu mendekati. Tapi adakah kerana saya ada dosa, maka saya tidak mungkin mengajak orang lain jadi baik? Saya letakkan plan sendiri untuk cuba menyelami hati sahabat baru saya ini. Sekurang2nya cuti tiga bulan ini ada manfaat dan manisnya untuk orang lain. Dekati dia! tapi bagaimana? Mendesak dia jadi sahabat saya? Tidak mungkin, malah dia mungkin akan lebih menjauhi saya. Saya cuba senaraikan apa yang perlu dan tak perlu dalam plan ini sebelum saya melangkah jauh. 

 1-Selalu bertanya tentang keluarganya dan bercerita serba sedikit tentang keluarga saya sendiri.
2-Berkongsi dengannya soal hati. pelajar SMK biasanya agak segan nak berkongsi soal hati dengan SMA. mereka rasa kita baik, tapi sebenarnya kita sama..sama2 ada perasaan, ada cinta dihati. 
3-Jangan ajak dia berbual tentang keburukan orang lain, dia tidak akan menghormati kita. 
4-Simpan dan jangan hebahkan apa saja cerita dia. Bimbang ada yang tokok tambah bila sampai ke telinga dia semula. 
5-Beri hadiah pada dia! saya percaya antara lemahnya perempuan adalah dek hadiah. ops! bukan nak membeli jiwa, cuma nak melembutkan hati dia. 
Inilah plan saya, dan impian saya sebelum saya berhenti disini, saya nak mengikat ukhwah dengan dia, cuba selami kenapa dia tidak bersolat, pakaian andai boleh dilonggarkan demi maruah sesama perempuan, dan yang terakhir.. Saya terperasan satu gambar di screen saver handphone dia, gambar dia sedang bersandar didada seorang lelaki. Lelaki? Lelaki itulah yang sering kedai kami.. saya mesti tunjukkan "adikku, cinta itu tidak salah, yang salah adalah cara kita menikmati cinta itu.percayalah!"

Sunday, July 22, 2012

fern-nin ^_^

saya pening..atau omputih celup sebut fern-nin. hehe
pening rasa berat sangat kepala ni. tapi tangan nak menulis macam2. ada je benda nak share tapi disebabkan pandanganku dah kelam rasa macam batu 50kg atas kepala, sya tangguhkan niat nak menulis. tapi sebelum terlupa, seminggu saya kerja di suatu tempat, benar2 memberi 1001 pengalaman baru. dan sejuta perasaan. selamat bertemu lagi di lain masa! tazkirah pendek sebelum berpisah, bulan ramadhan ini, bila kita rasa leka.. malas nak beribadat, aurat tak tutup, mulut tak jaga, ingat & bayangkanlah andai ini ramadhan terakhirmu.. inilah peluang merebut malam seribu malam.. LailatulQadar, aku cinta padamu. ^_^

Tuesday, July 10, 2012

sukarnya..!

Proses memahami seseorang umpama proses bayi membesar. sekelip takkan dia menjadi dewasa. proses yang sangat panjang.... ada ketika tak semua bayi akan sempat menjadi dewasa. tapi yang pasti semua yang dewasa bermula dari bayi. sama juga macam proses saling memahami. samada antara kita dengan sahabat, atau dengan sesiapa sahaja. bukan mudah nak betul2 faham. letih..penat..kecewa..sedih..terluka sering singgah. tapi...percayalah, seperti mak & ayah yang jerih payahnya membesarkan kita, then bila kita berjaya, mesti mak & ayah lupa terus penderitaan sebelum2 ni. :) senang kata, untuk memahami seseorang memang sangat penat. tapi bila kita dah betul2 faham sikap n sifat dia.. kita akan rasa mudah & gembira bersama dia. :D 

Thursday, May 24, 2012

TaNduSsaNGatkAhLeLAki??



Adam n hawa. Ops..yang saya maksudkan bukan nama orang ye. Tapi tentang insan yang bergelar perempuan dan lelaki.  Benar, Allah menciptakan setiap insan berpasang-pasangan. Setiap perempuan ada pemilik rusuknya sendiri insya Allah. Tapi.. bagaimana caranya mencari si pemilik rusuk kiri itu wahai perempuan solehah?

Suami orang
Majoriti perempuan cepat melatah kalau disebut bercinta dengan suami orang. Apatah lagi kalau berpoligami. Tak sanggup mereka dengan bermadu yang tak semanis namanya. Mengikut kata ustaz saya, satu kajian menyebut, majoriti perempuan dalam kajian tersebut terutamanya mahasiswi memilih suami orang sebagai calon pilihan berbanding teruna.. see? Kenapa ya? Antara alasan yang diberi adalah sebab suami orang ni lebih stabil ekonomi, lebih romantik & bertanggungjawab. Alahai perempuan2..

Tunang orang
Kalau yang tadi alasan yang diberi boleh la jugak difikir logik. Tapi kalau pilih tunang orang ni kenapa pulak? Pening. Tapi inilah hakikatnya. Bila terdesak, terlalu sunyi kononnya dah tak nampak apa yang betul apa yang salah. Apa yang milik kita apa yang milik orang..hentam sajalah!

What u give, u gets back.
Kata orang dunia ni umpama roda, kadang kita diatas kadang dibawah. Hasilnya kita tetap ada peluang diatas dan pasti ada masanya dibawah. Analogi mudah bukan? Hari ini dia rosakkan hubungan orang, menceroboh keluarga perempuan lain no wonder kalau satu hari nanti keluarga dia pula akan dirosakkan. Sanggup?

Yes, mungkin ada yang membela keadaan ni bukanlah salah si prempuan itu atau suami yang cepat beralih cinta. Tapi ini salah si isteri yang tak pandai menjaga hati suami. Membuat suami berjauh hati. Yes, ada betulnya.. tapi tolong keluarkan apa ayat al-Quran or hadis or ijmak ulama yang mengatakan isteri tak pandai ambil hati mesti dibalas dengan kecurangan? Never. Ruang perbincangan tak pernah terbuka atau diri sendiri yg cuba menutup? pintu hati yang bermangga pasti ada kuncinya..

Jangan pula salah anggap yang saya membantah poligami. No. poligami satu perkara yang dihalalkan. Tapi curang adalah perkara berbeza. Kalau cinta, kahwinlah bukan terus menipu berlagak setia. Perkahwinan satu ikatan yang suci. Antara dua hati. Jangan cemarkan dia dengan keseronokan sementara.. 

Buat sang isteri diluar sana, sayangi suami anda sepenuh hati. Lihat mak ayah kita dalam cinta mereka. jangan jadikan kemodenan dan kerjaya sebagai penghalang kebahagiaan. Sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi suami isteri. Tapi jangan pula dibiar tergigit hingga putus tak bersambung. Hehe.. jagalah hati suami seperti diawal perkahwinan. Serius tak rugi jadi isteri solehah! ^_^

Buat sang suami pula, menjadi suami bukan bermakna anda ada kuasa veto berbuat apa saja. Don’t forget, Allah maha adil & sentiasa melihat anda. Sayangi dia seperti anda mencintai diri anda sendiri. pun tak rugi sayang dia… ^_^

Setia & kejujuran adalah sesuatu yang sangat subjektif. Hanya satu cara menjaganya..lihat apa matlamat anda bersama dia, sekadar suka2 mengisi masa lapang atau ingin cinta sampai ke syurga? Disitu anda akan dapat jawapannya. Selamat menjaga hati masing-masing!


Tuesday, May 22, 2012

Antara Jihad & Pengorbanan Zainab Al-Ghazali :)



Ada sebuah kisah menarik yang pernah terjadi di suatu negeri pada tahun 1965. Peristiwa ini, perlulah dijadikan pengajaran terutamanya untuk kaum muslimat. Di waktu itu, hiduplah seorang aktivis muslimah yang menyeru manusia kepada Allah SWT. Namanya Zainab Al-Ghazali. 

Dia adalah seorang da'ei wanita yang cukup gigih dalam dakwahnya. Dalam hidup sehariannya, yang ada didalam fikirannya hanyalah bagaimana menyebarkan kebajikan dan membimbing manusia ke jalan yang benar. Dia memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam. Ketajaman kata-katanya dalam berdakwah membuat dia harus berhadapan dengan pemimpin negeri ini yang zalim pada saat itu.

Zainab Al-Ghazali pun telah menjalani fasa-fasa penyiksaan. Meremang bulu roma di saat mendengar kisahnya. Meski demikian, keyakinanannya akan pertolongan Allah swt., kelazatan iman yang dirasakannya, serta tekad yang membaja membuat ia terus bersabar. Pada Ogos 1965, Rumah Zainab Al-Ghazali digeledah oleh beberapa tentara, tanpa ada izin terlebih dahulu.

Tatkala ia meminta diperlihatkan surat penggeledahan, mereka menjawab, "Surat tugas yang mana, hai orang gila! Kami sekarang dalam masa, dimana kami bebas melakukan apa saja yang kami kehendaki terhadap kamu." Tanpa penjelasan lain yang menjadi bukti, mereka terus mengheret Zainab Al-Ghazali keluar rumah dan dibawa dengan kereta. Tanpa pembelaan, muslimah yang tekun beribadah ini terus dimasukkan ke penjara. Namun dia tetap sabar dan mengharap pahala dari Allah swt. atas ujian yang diterimanya itu. Ia dimasukkan ke dalam ruangan penjara bernombor 24. Berikut adalah cerita pengalaman beliau sepanjang berada didalam penjara:

"Sebuah pintu ruangan yang sangat gelap dibuka, lalu aku dimasukkan kedalamnya. Dan ketika ruangan itu telah menelan diriku, aku mengucapkan, "Bismillah As-salamu'alaikum." Kemudian, pintu itu ditutup kembali. Setelah itu, lampu yang sangat terang dinyalakan dengan tiba-tiba. Ini dimaksudkan untuk menyiksa diriku. Ruangan itu dipenuhi oleh beberapa anjing. Aku tidak mengetahui berapa jumlahnya. Aku pejamkan kedua mataku dan aku letakkan kedua tanganku didadaku, kerana ketakutan yang mencekam. Lalu aku dengar suara pintu dikunci dengan rantai dan gembok besar. Anjing-anjing itu terus menyerangku dan mengigit sekujur tubuhku, kepalaku, kedua tanganku, dadaku, punggungku dan di seluruh bagian tubuhku kurasakan tusukkan taring-taring anjing.

Sakit sekali. Tatkala aku mencuba membuka mata untuk melihat, maka dengan segera kupejamkan kembali kerana ketakutan yang sangat. Lalu kuletakkan kedua tanganku di bawah kedua ketiakku, sambil menyebut asma-asma Allah swt. (Asmaul Husna), mulai dari kata, "Ya Allah, Ya Allah..." Satu per satu nama agung Allah kubaca. Sementara anjing-anjing tiada berhenti mengigit tubuhku. Tusukkan taringnya kurasakan di kepalaku, pundakku, punggungku, dadaku, dan disekujur tubuhku.

Saat itu saya berdo'a kepada Allah swt. dengan mengatakan, "Ya Allah sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, hingga melupakan selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, wahai Tuhanku. Wahai zat Yang Maha Esa, wahai zat Yang menjadi tempat bergantung. Bawalah aku dari alam kasar (dunia) ini. Sibukkanlah aku agar tidak mengingat seluruh hal selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, bawalah aku di hadirat-Mu. Berilah aku ketenangan yang sempurna dari-Mu. Liputilah aku dengan pakaian kecintaan-Mu. Berikanlah kepadaku rezeki mati syahid dijalan-Mu. Karunikanlah kepadaku kecintaan yang tulus kepada-Mu, keridhaan pada (ketentuan)-Mu dan Ya Allah, teguhkanlah diriku, sebagaimana keteguhan yang dimiliki oleh para ahli tauhid ya Allah!"
Doa tersebut kuucapkan, sementara binatang-binatang buas itu tidak berhenti menusukkan taringnya disekujur tubuhku. Detik demi detik, minit demi minit dan jam demi jam pun berlalu. Tiba-tiba pintu ruanganku terbuka, lalu aku dikeluarkan dari kamar. Aku membayangkan, bahawa pakaian putih yang kukenakan telah berlumuran darah. Itulah yang saya rasakan dan bayangkan bahwa anjing-anjing itu benar-benar telah mengigitku. Akan tetapi, betapa terkejutnya aku. Seolah-olah pakaianku tidak terkena sesuatu apapun, dan seolah-olah tiada satu pun taring yang menembus tubuhku. Mahasuci Engkau ya, Allah. Sesungguhnya Dia selalu bersamaku dan selalu mengawasiku. Ya Allah, apakah aku ini layak mendapatkan kurnia dan kemuliaan dari-Mu. Ya, Tuhanku bagimu segala puji. Semua itu kuucapkan di dalam hatiku. Para penjaga penjara hairan ketika mengetahui bahawa anjing-anjing tidak merobek-robek tubuhku.

Saya tidak mengetahui mengapa mereka amat hairan menyaksikan hal seperti itu. Bukankah Allah swt. telah berfirman,"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad: 7)

Ini adalah peristiwa nyata yang terjadi semasa kekejaman pemerintahan. Peristiwa itu merupakan pertolongan yang diberikan Allah kepada Zainab Al-Ghazali, wanita muslimah tersebut. Mereka tidak berhenti melakukan penyiksaan kepada wanita muslimah ini. Hari demi hari berganti, bulan demi bulan teru berjalan dan tahun-tahun pun berganti. Namun, Zainab tetap terkurung didalam penjara dan menerima berbagai macam penyiksaan, tanpa kesalahan yang jelas.

Wahai saudaraku muslimah yang mulia, ini adalah realiti yang dialami oleh sebahagian saudarimu seaqidah yang tersebar di berbagai belahan bumi. Meski demikian, Zainab Al-Ghazali tetap bersabar dan mengharap pahala dari Allah, Dzat Yang Maha tinggi dan Maha kuasa. Ia selalu tegar kerana sangat yakin bahawa pertolongan Allah swt. pasti datang. Demikianlah, kekuatan iman itu dapat menimbulkan berbagai hal yang menakjubkan, sulit untuk dicerna oleh pemikiran manusia.


 * kredit to Arbain Muhayat 

Sunday, May 13, 2012

Seteruk itukah cinta?


Kerap sangat dah baca@dengar@lihat kisah soal cinta. Sampai kadang rasa bosan bila soal cinta juga yang dipilih dalam forum-forum remaja, dalam diskusi universiti. Bukankah cinta itu fitrah? Biarkanlah fitrah itu dengan fitrahnya selaras dengan agama, tak perlu diperketatkan sangat seolah-olah cinta itu perkara pokok yang mesti diperhalusi setiap zarahnya. apapun taklah menentang program camtu. hehe

Ramai orang tahu bercinta, ramai juga yang menafsir cinta dengan tafsiran masing-masing. Yang pasti, bila menyebut soal cinta, pastinya berkait dengan suka, bahagia, dan sebagainyalah.. Cuma.. rasa pelik menyinggah, BEGITU TERUKKAH CINTA?

ya, memang inilah yang saya pelik dan bertanya berulang kali pada diri sendiri. cinta pada saya membahagiakan, tidaklah sampai melemahkan. Cinta juga menggembirakan bukanlah hingga mempasifkan minda. Pada yang boleh mengurus hidupnya dan mengurus cintanya, berbahagialah. Tetapi pada yang menjadikan cinta paksi utama dalam hidup, please recheck ur self.

Contoh yang membuatkan cinta nampak TERUK? Emm.. lihatlah sekeliling kita, ada orang yang suka akan ilmu, tetapi saat cinta menyinggah, demi si dia, sanggup melepaskan peluang kuliah, usrah (sekadar contoh) hanya kerana bimbang terlepas masa bermesej.  Ada juga yang sebelum bercinta, minat dengan politik semasa, tetapi akhirnya mnjadi pasif dan memilih untuk tidak tahu dengan segala isu hanya kerana si dia berhaluan lain @tidak se-parti. 

Ada juga yang sebelum cinta menyinggah, sentiasa menjadikan cita-cita yang utama dan berubah impian itu bila hati diketuk cinta. Hilang segalanya hanya kerana cinta palsu. Masa study diganti bercakap ditelefon berjam-jam, masa rehat diganti teringat-ingat. Erkk, seteruk itukah cinta?

Cinta adalah kekuatan yang mampu
Mengubah duri jadi mawar
Mengubah cuka jadi anggur
Mengubah malang jadi untung
Mengubah sedih jadi riang
Mengubah setan jadi nabi
Mengubah iblis jadi malaikat
Mengubah bakhil jadi dermawan
Mengubah kandang jadi taman
Mengubah amarah jadi ramah
Mengubah penjara jadi istana
Mengubah musibah jadi muhibbah
Itulah cinta…
(puisi cinta Ar-Rumi KCB via Ayatulhusna)


Puisi ini saja sudah memberi tanda bahawa cinta itu menguatkan, memberi impak positif dalam minda dan jiwa. Bukan melemahkan. Bukan juga menambah negatifnya dan mencacatkan pertumbuhan mental. Renung-renungkan dan selamat beramal. ~muhasabah bersama~ J

Thursday, May 10, 2012

Segenggam tabah segunung harapan..


Allah berhak mnguji hamba-hambanya..
Ujian hebat untuk orang yang hebat..
Allah menguj dengan kadar kemampuan hambanya..

Memang betul semua kata-kata ni. Tapi bukankah berat mata memandang berat lagi bahu memikul? Alhamdulillah allah beri saya kesempatan ziarah sorang kawan lama. Ya! Sangat lama.. kawan sekolah rendah. Rasanya dah lebih sebelas tahun kami kenal. Walaupun bukanlah kawan yang terlalu rapat tapi 11 tahun rasanya cukup untuk saling mengenali hati budi masing2.

aiz berkopiah.. dengan afiq :)
9 tahun lalu

Habis je sekolah rendah Darul Mulkan semua ada haluan sendiri, afiq ke maahad tahfiz, khairi ke smk, saya n kirah ke maktab Mahmud kedah, sehah ke yayasan khairiah kampung pisang. Aziz…ke maahad tarbiah batu lapan. Masing-masing yang time tu belum reti guna handphone, lastly kami lost contact. Tapi dalam hati, serius rindu!! Rindu nak main tuju kasut dalam kelas, rindu nak lawan mengata, rindu nak tengok sekolah.

kirah_huda_seha

8 tahun selepas berpisah

Yaman  darurat! Semua student Malaysia kat sana kena balik.. sekitar awal tahun 2011. Tapi, ada hikmahnya.. apa hikmahnya? Afiq balik n dari situ kami jumpa balik dalam fesbuk, dapat contact semula dengan geng sekolah rendah. Hasrat nak jumpa akhirnya jadi kenyataan. Jadilah mini reunion antara kawan2 sekelas yang hanya 5 orang dengan ust n ustzh. J

Balik pada kisah asal, dia yang bernama Abdul Aziz bin Abdullah datang. Masing2 terkejut tengok dia dah lain sangat. Tinggi, kurus, rambut takat leher. Hampr tak kenal juga awalnya. Yelah, dulu dia kecik je. Hehe.

3 bulan selepas reunion

Aziz eksiden! Berita yang membuatkan saya rasa sedih. Sebab rasa baru lagi jumpa dia.. adik2 dia pulak ramai kat sekolah yang saya ajar sementara. Tak lain tak bukan Darul Mulkan lah. ^_^ sekali lagi rasa lega dia ok cuma ada lah besi kat sana besi kat sini. Dia still boleh gelak2. How relief am i..

hari reunion kami..
Sekitar September 2011

Dengar kata aziz dah nak gi mesir. Semangat dia nak gi study kat Al-azhar walaupun kawan2 tahu dia bukanlah sihat sepenuhnya lagi. Dalam dua hari sebelum dia naik flight, sempat dia datang ziarah rumah kawan2. Saya tak segan dengan dia sebab dia ni muda setahun sebenarnya. Cuma kami sekelas. Dia pulak jenis gila2 n boleh dibawak melawak. Tak rasa gap lah. Rasa terharu pulak sebab malam2 sanggup datang beraya even though I know he’s not very well..

Sekitar mac 2012

Sekali lagi kisah yang sama, insan yang sama. Aziz eksiden lagi sekali. Kali ni nak gi ziarah kat mesir tu rasanya tak mampulah kami. Doa dari jauh n keep follow news about him. Bila tau dia dah selamat opret, kami yang jauh ni menarik nafas lega.. Alhamdulillah kawan kita yang sorang tu dah makin sihat..
Tapi.. rupanya ada yang kami tak tahu tentang dia. Tentang dia yang kami anggap sahabat.


jumaat tu saya tengah serabut dengan segala assignment nak kena submit. Tiba2 kirah call. “huda, baca tak metro hari ni? Tentang aziz” “kenapa dengan aziz?” sambil lewa saya bertanya. “aziz lumpuh…dia ada kat rumah dia” “hah??apa? ish takkan kot..dia kan dah opret ritu” “aku taktau..tapi ni aku baru baca metro” nada suara yang jelas bergetar dek terkejut. “jom ziarah dia. Petang ni I balik” spontan saya membuat keputusan. Saya memang malas nak balik dari KL ke Taiping kalau setakat cuti sabtu ahad. Tapi aziz tu kawan saya. Bukan kawan yang saya kutip tepi jalan. Pada kami banyak cerita yang tinggi nilainya. Kirah agak terkejut dengan jawapan spontan tu “seriusla..betul ke nak balik ni??” “yes, im serious.”

malam kejadian
Sampai rumah dia saya terfikir apa yang ingin kami bualkan? Selalunya dialah yang memulakan n kami yang akan sambung2 lawak dia. Saya cuba mencipta suasana. Aziz nampak penat.. dia tak banyak bercakap. Bila saya atau kirah bertanya, dia lebih banyak mengguna isyarat jari, senyum n ketawa kecil. Sangat kurus. Kata mak dia, dia taknak makan.. anggur yang diltak dalam mangkuk tu pun dah berhari2 tak dimakan. 

Sebak mula menguasai diri.. relax huda.. jangan menangis. Nanti apa pulak dikata. Seharusnya kawan2lah yang menguatkan dia, bukan melemahkan. Kirah nampak cuba memujuk dalam kiasan “aziz hang kena makan.. nanti kita nak buat reunion sama2 lagi. Kan hang nak bawak kami nanti gi teluk batik lah.. teluk senangin lah..” ketawa saya, solihin(junior skul rendah) n kirah bersatu. Aziz ketawa kecil.

Petang tu kami balik dalam antara dua rasa.. lega akhirnya boleh jumpa aziz n sedih tengok dia yang dulunya happy sentiasa, senang tolong orang, gila2 dengan lawak yang tak putus, aktif dengan perjuangan islam, tak lupa kawan, senang diajak berbincang walaupun kecik2 dulu dia antara orang yang sangat suka mengata saya n budak perempuan lain, the best thing about him, tak berkira langsung.

 Doaku dengan harapan menggunung, 
“yaAllah.. kembalikan keceriaan sahabatku itu, berikan dia nikmat kesihatan  seperti yang engkau berikan dulu..berikan dia semangat yang orang lain tiada, berikan dia ketabahan yang teguh..”

p/s: kisah asal dari dokter huda.. disebabkan takde blog sendiri, menumpanglah diteratak baldu ni. :p