Monday, February 27, 2012

asal makan je ngantuk..? antara teori & praktikal ^_^


 Pernah tak korang rasa mengantuk lepas makan? Obviously mestila pernah kan? Kalau langsung tak pernah rasa macam ada something wrong je dengan sistem percernaan tu. Hehe. Kalau pernah, kira normal la. Cuma pernah rasa tension tak sebab mengantuk diwaktu yang tak sepatutnya? Contohnya korang makan pukul 1.30 tengahari, then pukul 2 ada kelas. Arghh.. ngantuk jiddan syadidan. L


So..takkan takde cara atasi kot? Sedangkan setiap masalah pasti ada jalannya. kat sini nak share sikit tips yang mungkin kita boleh aplikasi sama-sama. mana tahu kot2 berkesan. Insya Allah.. J

Jangan makan makanan berat ditengah hari sebab bila makan nasik berlauk kari tambah masak tempoyak tambah ayam goreng bersama sayur kangkung contohnya, sistem penghadaman memerlukan lebih tenaga untuk memproses makanan yang dikunyah tu.. semakin banyak makan, semakin banyak la tenaga penghadaman yang diperlukan. Maka? Semakin mengantuklah korang. .

Yang kedua, kunyah makanan dengan selumatnya. Lagipun ni sunnah nabi kan? Kunyah makanan sampai lumat. (ada riwayat yang kata sampai 40x kunyah) kenapa kena kunyah lumat2? Tak boleh ke telan terus? Haa..ada la hikmahnya. Sistem penghadaman akan sihat seterusnya mengurangkan kegemukan. Perut pun tak letih, jadi kurang la mengantuk. ^_^

Ketiga pulak, kalau korang terpaksa makan tengah hari sebab gastrik or lapar sangat.. korang minum air masak banyak-banyak lepas makan. Sebab? Air kan memberi tenaga & kesegaran. At least air mungkin dapat membantu mengatasi rasa mengantuk tu.. *_*
Last sekali, cara ni korang jangan ikutlah. Sebab bukan la cara yang baik sebenarnya.. Cuma sajalah nak share, kalau betul takut mengantuk after lunch, sebaik saja lepas makan, korang terus…….tido. hehehe.. tapi sekejap je tau! Kira macam khailullah lah jugak. :p

p/s: sumber tanpa tauliah dari Dokter Huda. :D

Thursday, February 23, 2012

Rehat didunia? Sekejap je… :)


 Sejenak muhasabah pada diri
diri ini pun kian terkenang
kejahilan diri di zaman lampau
sayu di hati mula mendatang
 

Kadang-kadang kita terleka
sering kali diri ini alpa dan lupa
namun sepantas manakah usaha kita
untuk kembali kepadaNya??

Dari Hadis riwayat Ahmad dan Al-Thabrani
"Barangsiapa yang mendekati Allah sesiku,
Dia akan mendekatinya sehasta.
Barangsiapa mendekati Allah sambil berjalan,
Allah akan menyambutnya sambil berlari."


Jangan ditunggu lagi...
apabila nyawa telah sampai ke kerongkong (76:26)
dan bertaut betis kiri dan kanan (76:29)
tiada lagi waktu bagimu

apabila lembaran amal telah dibuka (81:10)
dan apabila langit dilenyapkan (81:11)
dan apabila neraka Jahim dinyalakan (81:12)
dan apabila syurga didekatkan (81:13)
setiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan (81:14) 
Dan sungguh,
telah Kami mudahkan Al-Qur'an sebagai pringatan,
maka adakah manusia mengambilnya sebagai pengajaran? (54:17)



Maka, letaklah dunia di tanganmu
agar kamu bisa mengawalnya
dan bukannya di hati
moga ia tidak mengawal mu~



WaAllahu Ta'alaa A'lam


Ya Allah, berikan keberkatanMu kepada hamba yg menyedarkan diri ini ®

Wednesday, February 22, 2012

pErCayALah sAyaNG!!



SAYANG??? siapa & apa yang sayang2 ni..? haaa..baca dulu baru tahu. J dalam hidup ini,siapa yang mesti kita sayang? dari kecik sampailah dewasa jawapan kita akan lebih kurang camni, “pertama aku sayang Allah, kedua nabi, ketiga mak & ayah, keempat keluarga, kelima guru, keenam kawan2, ketujuh kucing, kelapan….bla..bla..” tapi kita terlupa & sering tertinggal sesuatu. Kita terlupa kedudukan diri kita. Dimana nombor untuk sayang diri sendiri? boleh dibuat dua hipotesis disini. Samada kita memang tak sayang diri sendiri hingga tiada nombor kedudukan, atau kita hipokrit dengan kenyataan bahawa yang kita sebenarnya mementingkan diri sendiri?? sekadar dimulut mengatakan cukuplah berkorban demi orang lain… lupakan kepentingan diri..  ^_^ any objection?
jom try buat..? ;)
Tapi..disebabkan tajuknya ‘percayalah sayang’, maka saya nak sentuh soal sayang diri sendiri. so apa relation antara sayang & diri sendiri? ada kaitannya… pertama sekali soal keyakinan. Kita mesti yakin yang diri kita boleh, diri kita mampu lakukan apa yang kita nak buat.

Contohnya, kita rasa kita bodoh.. oh no,no,no.. kita tak bodoh. Tapi kita yang tak percaya diri kita boleh jadi pandai. Contoh lain? Emm..kita rasa diri kita hodoh & tak hensem. Semua perempuan tak lalu tengok muka kita. Sebab tu takde mana-mana perempuan suka. Boleh ke rasa macam ni? Pandangan saya sebagai lelaki, jangan korang letakkan wajah a.k.a sifat fizikal korang yang menyebabkan orang tak lalu. Tapi check balik, maybe sebab perangai buruk atau mental korang bermasalah menyebabkan orang takut nak dekat.  Dari pengamatan & sembang soal dengan kawan-kawan perempuan.. nampaknya jawapan mereka pun sama macam saya. RUPA BUKAN SEGALANYA.

Ala kulli hal, percayalah pada diri sendiri & usaha untuk jadi confident. Merendah diri tu mulia. Tetapi menghina diri tu tanda tak bersyukur. Haha. Salam berfikir. J


Saturday, February 11, 2012

Bahasa Arab..? tak susahlah..!! ^_^



Kebanyakan orang rasa belajar bahasa arab itu sangatla susah, kursus bahasa arab pun dah ikut berkali-kali, latihan dah buat, tapi masih saja tidak reti-reti cakap bahasa arab, yang akhirnya anggap je lah “belajar bahasa arab sangatlah susah”.Sebenarnya apa yang membuat orang berasa susah untuk mempelajari bahasa arab, bukankah Allah telah mengatakan bahawa agama ini sangat mudah untuk dipelajari?? Lantas kenapa kita tetap saja tidak boleh menguasai bahasa arab?? jawapannya, kerana kita tak tahu caranya…

haa.. ni adalah cikit-cikit tips bagi yang ingin mempelajari bahasa arab dengan mudah dan cepat.. termasuk la saya! : )

1. Ikhlaskan niat hanya untuk Allah

kalau kita nak belajar.. tak kirala subjek or bidang apa pun. First of all kena ikhlaskan niat kerana Allah semata-mata. Jangan pulak mengeluh kalau niat kita sendiri masih sonsang.
J firman Allah:

إِن تَنصُرُوا اللهَ يَنصُرْكُمْ

“jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Allah akan menolongmu” (muhammad : 7)

Salah satu bentuk menolong agama Allah, adalah dengan mengagungkan syiarnya, dan bahasa arab merupakan syiar dari agama islam.

Dari hal ini, sama-sama la kita luruskan niat kita, ikhlaskan niat kita terlebih dahulu untuk mempelajari bahasa arab karena Allah, agar Allah memudahkan kita di dalam memahami dan mengamalkan bahasa arab, disamping menjadi amal kita dalam beribadah kepada Allah ta’ala.

2. Belajar bahasa arab dari dasar dan tidak terburu-buru.

nak buat apa pun, jangan terburu-buru. Even kita nak makan pun, kalau terburu-buru tak pasal-pasal tersedak nanti. Hehe. Dalam bahasa arab pun sama, sikap terburu-buru hanya membuat kita cepat letih dan jemu. Kata para ulama:

منِ اسْتعجلَ شيئاً قبلَ أَوانِهِ عُوقِبَ بحرمانِهِ

“barangsiapa yang terburu-buru dalam mendapatkan sesuatu, maka ia dihukum untuk tidak mendapatkannya”

Oleh sebab tu, elokla kita mempelajari bahasa arab secara bertahap dan tidak terburu-buru. Sabar tu kan kunci kejayaan.. :)

3. Pada awal belajar, sesuai la belajar hanya pada satu guru.
Pendapat ni maybe ada yang kritik. Tapi takpe, just opinion dan sapa-sapa pun boleh bantah. Hehe. Tapi ada baiknya kalau kita yang masih meniarap dalam bahasa arab,  kita tumpu pada seorang je guru sebab setiap guru tu mungkin caranya berbeza dan fokusnya juga lain. Nanti kita pening pulak. Kalau dah tahu asas boleh la pergi menuntut dengan guru lain pulak. J

Ok lah, untuk kali ni, cukup la 3 je tips. Bagi banyak-banyak bukan korang ingat pun.melawak2.Hehe. Renung-renungkan dan selamat beramal!