Monday, February 11, 2013

……hanya helaian kertas..


Alhamdulillah.

Subhanallah.

Allahuakabar.

Sengaja nak mulakan entry dengan zikir. Sekurang-kurangnya ada jugak pahala yg terlekat. Insya Allah. Minggu ni boleh dikatakan minggu membeli buku seMalaysia. Hehe. Sebab? Sebab ada baucer buku. Saya pun apa lagi, memang teruja betul kalau ada jualan buku-buku ditambah dengan seorang sahabat yang sama gilakan buku. Cik ateh. Masa nak beratur untuk dapat baucer ni ada lah dalam setengah jam berdiri. Tapi dengan muka tak kisah, saya duduk je tengah orang beratur. Bukan kotor pun lantai dewan CAC Uia tu. Hehe.

Dapat je baucer terus saya beli buku yang setahun sudah saya idam-idamkan. Tajuknya “Masalah Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama’, Inilah Jawapannya” oleh Ustaz Muhadir. Sebenarnya, yang memberi inspirasi untuk saya dapatkan buku ni antaranya yang pertama, saya bidang usul fiqh, semesti dan sepatutnya masalah-masalah khilaf sudah dihadam. Yang kedua, ada seorang insan yang sering buat saya terfikir dengan desakan-desakan pemikiran yang saya kira sebagai menolak bid’ah hasanah dan seakan wahabi. Untuk berhujah, saya tiada dalil dek ceteknya ilmu. Nah, insya allah buku ini membantu saya mencari kebenaran. 


Sementara menunggu ustazah masuk kelas, saya and the gang _cik syaki n cik ateh_ seperti biasa jalan-jalan cari buku. Terpaut pulak pada karya ustaz Hasrizal “Di Hamparan Shamrock, Ku Seru Nama-Mu” . buku ini saya kira sebagai kontra dengan karya-karyanya yang lain. Buku yang sarat dengan ujian yang melanda ustaz. Sehingga hati saya sendiri seolah-olah berada didunia ustaz, sesekali menghela nafas meminta kekuatan untuk sekuat ustaz. Tak cukup satu buku ditangan, capai pula novel tauhid karya kak Fatimah Syarha bertajuk “Sebarkan Cintamu”. Novel ni saya belum habis baca tapi setakat yang sudah dibaca ni, menarik penceritaannya. Sarat dengan ilmu, motivasi, nasihat dan cinta padaNya.

Untuk anak sedaraku.. with luv.

Biarpun hanya helaian kertas… padanya pasti ada ilmu Allah.

Malam semalam, dapat mesej dari cik Ateh n cik Syaki ajak jalan-jalan ke Mid Valley.  Tumpang cuti, bahas pun belum ada. Mula terfikir jugak apa lah yang ada kat tempat sesak tu. (pernah pergi sekali je 4 tahun lepas)  Hehe. Bila dah sampai, mencari-cari suatu tempat bernama MPH Book Store. Wah! Wah! Dan wah! Nampak tak besar sangat. Tapi saya puas hati sebab berjaya habiskan rm100 baucer. Kali ni saya tak beli buku-buku ilmiah untuk diri sendiri. Banyak habiskan untuk si hensem Syahmi , Izzul  n comel Wiwi. Sekadar buku mewarna bersama bacaan, pensel warna, puzzle dan buku “bacalah Anakku” (yang ni saya suka sebab saya dulu pun belajar membaca guna buku ni).


Ada berbaki nilai baucer tu, saya ambil alat tulis,kertas kajang, pen dan kertas warna-warni dengan niat suci untuk buat nota pelajaran. Hehe. Kali ni jugak saya seakan buang ‘tebiat’ bila buat pertama kalinya beli komik manga bertajuk “Cinta dihutan Kelip-Kelip” hehe.  Saja sesekali bertukar angin bacaan. Hehe.


yang terakhir, ada satuuuuuu lagi buku yang dah puas cari MPH, POPULAR & KINOKUNIYA. "The Beauty of Covering Up" by Noorshin Ng Abdullah. macam-macam design ada dalam buku ni. Insya Allah suatu hari nant saya akan dapat jugak..! 


Saturday, February 9, 2013

Rupanya saya begitu..


Rupanya saya..? Baru saya tersedar (terperasan) yang saya sangat kelihatan pelik ketika menipu. Rasa lucu bila teringat semua perkara yang saya cuba menipu tetapi akhirnya kelihatan pelik dan memalukan.

Antara yang menyedarkan saya apabila suatu hari Azira bertanya “hari tu teman ada nampak kawan kamu siti (bukan nama sebenar) yang pakai purdah tu bercakap-cakap dengan sorang brader. Siapa tue? Saya dengan niat ingin menjaga maruah orang yang berpurdah, bimbang disalah sangka yang orang berpurdah ni tidak solehah. Sedangkan yang solehah ramai. Saya cuba mengelak untuk menjawab akhirnya termenipu jugak. “oh yang tu ke.. tu tunang dia. Dah nak kawin dah tu.” Hakikat sebenar, itu hanyalah teman lelaki. Dalam beberapa minggu kemudian Azira berbual-bual dengan saya, “eh kawan kamu yang dah bertunang tu bila nak kawinnya?” saya tertanya-tanya, “kawan yang mana?” “alah kawan kamu yang pakai purdah tu. Kamu ada berapa orang kawan pakai purdah yang bertunang?” ah sudah, saya memang ‘hilang ingatan’ dengan apa yang saya katakan pada dia. Dengan spontan saya menjawab, “siti ke? entah. Bila pulak dia bertunang?” Azira terus memandang saya dengan penuh kehairanan. Beberapa bulan selepas itu baru lah saya ingat apa yang saya dah tipu. Saya HILANG MEMORI APABILA MENIPU.

PEACE..NO WAR. :)

Biasanya bila saya dah puas buka facebook sendiri, saya akan bukak facebook yang bukan sendiri dengan izin pemilik. (pemilik yang murah hati. Hehe) bila ada yang mula mengajak berchatting, adakala saya tidak membalas, adakala saya menjawab “ini kawan dia..” dan ada juga yang saya berpura-pura menjadi dia. Natijahnya, saya akan dihimpit rrasa bersalah yang amat dalam. Walaupun isi perbualan sekadar bertanya khabar. Saya tidak akan mampu menunggu 24 jam untuk memohon maaf. RESAH SENDIRI DENGAN PENIPUAN SENDIRI.

Suatu hari rakan sebilik saya, Israa (bukan nama sebenar)  yang berasal dari timur tengah baru saja balik dari shopping. Dengan penuh rasa gembira dia datang ke bilik saya. “seronok beli belah?” saya sekadar bertanya. (tentulah seronok dah nama pun perempuan. ) “yeah, sangat seronok. Saya beli baju yang sangat menarik.” Dengan pantas dia membuka satu beg plastik hitam. Sehelai dress berwarna hitam berbelang-belang koko gelap dan koko muda. Jenis satin dan berlapis-lapis seperti kipas tangan. Seperti baju ‘ketipang payung’ pun ada. Sejujurnya bukan taste saya. “cantik tak? Sesuai tak dengan saya?” Israa bertanya penuh harapan dan saya menjawab penuh kekeliruan. “cantik… Kain jenis satin..cantik…” tetapi saya sedar yang mata saya sedang tidak duduk diam. Cuba melarikan dari bertentang Israa. Mata Israa tepat memandang saya. “awak pasti jawapan awk? Betul ke cantik?” dan saya hanya mampu mengangguk dan tersenyum. Dalam hati saya berkata, wahai diri..kau tidak dilahirkan untuk menipu. PANDANGAN MATA SAYA TIDAK MAMPU MENIPU.

INSAF t_t


Cukuplah tiga perkara ini yang menginsafkan saya dari menyatakan yang benar. Baiklah berkata “tidak tahu” atau diam dari berbohong. Kan? Untuk kes pertama dan kedua, saya dah mohon maaf dan dimaafkan. Tetapi untuk yang ketiga.. biarlah sahabat saya itu rasa gembira dengan pujian saya.
‘Ala kulli hal: tidak mahu makan pedas, jangan beli cili. 

Wednesday, February 6, 2013

Diari Januari_ semakin sayang Allah.


Alhamdulillah hidup lagi saya sampai ke hari ini. Antara percaya dan tidak yang usia sudah menjangkau 22 tahun. Usia yang sepatutnya sudah sangat matang. Lama tak menaip, rasa macam terlalu banyak yang nak dikongsi hingga akhirnya jammed. Tapi takpe, saya akan cuba share apa saja yang saya lalui dan masih ingat. Something is better than nothing right? :D

Yang pertama, sanah helwah buat dia 05 Januari. Semoga Allah memberi limpahan rahmat, kasih sayang, berkat & redhaNya untuk dia.

Perjalanan saya bulan pertama dalam 2013, semuanya mematangkan pemikiran saya. Bermula dengan melihat dengan taajubnya betapa ramai rakyat Malaysia yang inginkan perubahan di HKR 112. Tiada seorang pun yang dibayar. Semuanya pergi dengan duit poket sendiri dengan satu tujuan. Ingin yang lebih baik untuk negara tercinta. INI KALILAH!! Insya Allah.

@ Stadium Merdeka 12/1/2013

Dalam kegembiraan pastinya ada sedikit ujian dari Allah tanda kasih sayangNya. 12/1/2013 ayah masuk hospital lagi. Dalam fikiran biasanya seminggu ayah di wad.  Abanglong pula patah tangan dek jatuh motosikal kerana mengelak basikal yang tiba-tiba ke tengah jalan. Insya Allah ada hikmahnya semua ini.

pasangan paaaaling romantik. mak & ayah :)
Sepanjang ayah dihospital, saya pun turut sama tidur di kaki katil dan mak tidur dibirai katil ayah. Dalam masa ini, diam-diam saya merenung pengorbanan mak. Bukan senang mencari seorang isteri seperti mak. Sanggup tidur berhari-hari dihospital untuk teman ayah. Apa sahaja yang ayah nak makan, insya Allah mak sediakan, mengurut ayah sehari lebih 5 kali. Segala ubat ayah mak hafal. Nak kemana-mana sentiasa utamakan ayah. Umur mak dah 60. Tapi sedikitpun tak pernah kurang sayang untuk ayah. Dihati saya teringin sangat nak tanya “apa yang membuatkan mak sayang sangat kat ayah?” Cuma..segan nak tanya. Hehe.. 

Yang paling menggembirakan saya, 19&20 Jan lepas saya berpeluang ke Konvensyen Fiqh Wanita & Islam. Waw! Dengan barisan panel dan tajuk-tajuk yang sangat mengenyangkan minda saya. Banyak persoalan berkaitan fiqh wanita terjawab. Sedikitpun saya tidak menyesal menghabiskan hampir RM200 untuk ke sini sekali tambang. 

Diizinkan Allah, ketika dalam komuter, saya duduk bersebelahan dengan seorang kakak. Manis orangnya. Dari Sabah tetapi berhijrah ke Semenanjung.  Rupanya dia seorang muallaf. Tapi secara berseloroh dia berkata “kakak ni muallaf, tapi dah sepuluh tahun masuk Islam, dah mukallaf dah pun” saya tertawa. Dalam masa sekitar setengah jam dari Serdang ke KL sentral, banyak yang saya dapat dari insan ini. Namanya kak Nur Ain. “kakak kasihan sangat betapa ramai orang yang lahir dalam Islam nak keluar ke agama lain hanya kerana cinta.” Itu bukan cinta..tetapi itu hanya nafsu. Selamat pengantin baru buat kak Ain. Biarpun kak Ain umur 40 tahun dan suami 25 tahun. Itu bukan pengukur kebahagiaan. Kan? Secangkir ilmu kuhirup bersamamu. 

si manis kirah & seha :p
Menjadi kebiasaan setiap cuti semester saya akan cuba bertemu dengan teman-teman lama terutamanya dua sahabat baik sekolah rendah saya. Seha & Kirah. Keduanya-keduanya dah berkerjaya. Susah betul nak spent time dengan dua ustazah ni. Hehe. Akhirnya 24/1/2013 tercapai akhirnya. Tempat yang kami pergi tak lain tak bukan mestilah sekolah tersayang Darul Mulkan & singgah sekejap Burmese Pool. Rindu tengok suasana damai disana. Lagi gembira bila banyak pula kisah-kisah yang terbaru. Ustaz tu dah nak kawin, ustazah ni dah dipinang orang, along pun ada yang datang merisik. Lucu. Seha pulak nak pergi buat Umrah dengan family. 

menghitung langkah ku kesini.. :(

Ya Allah, hanya engkau yang mengetahui betapa aku terlalu cinta ingin menjejak kaki ke Kaabah. Makbulkanlah permintaan ku ini ya Allah.

hobi bila borink ^_^

Inilah Januari ku!