Tuesday, October 28, 2014

Happy 7th day internship!

Hai awak, awak lah.. awak yang tengah baca tu.
Hari ni hari yang ketujuh intership a.k.a praktikal di sekolah kesayangan hamba. My Darul Mulkan! Bukan tak pernah mengajar disini. Tapi kali ini berbeza. Besar bezanya.

Dulu ketika sebelum degree, sekarang ketika di tahun akhir sudah.
Dulu berdua menjadi warden, sekarang sorang2. Forever alone lah. Sob sob.
Dulu saya tiada target dalam mengajar, yelah kanak2 lagi masa tu. Sekarang saya ada target sendiri.
Saya mahu anak2 didik saya dalam tiga bulan ini boleh mengingati apa yg saya ajar sampai dewasa. Sama macam yg saya ingat apa yg ustaz ustazah saya dulu ajar.

Ustaz sahil ajar saya masak nasi. Sampai sekarang saya ikut cara ustaz.
Ajar cara berjalan, jangan sesekali seret kaki. Saya ingat ustaz!
Ustaz azizul ajar saya hafal dhomir, walaupun ketika itu saya kalah lawan hafal, tapi saya ingat penggunaan dhomir.
Ajar pusingan bumi, matahari dan bulan. Walau keadaan sekolah kita sangat dhoif ketika itu, tapi di dewan paksi itulah kami sangat happy bereksperimen!
Ustaz ilyas & ustazah azua ajar kami cara interaksi dengan murid. Walau kami masih kanak2, tapi diberi kepercayaan jaga si baby irfan. Sanggup berhabis duit bawa kami bergembira di Teluk Senangin.
Ustaz Akmal ajar kami matematik. Dari situ saya tahu bila naik sekolah menengah, saya akan belajar tentang  ‘X’ + ‘Y’= ?  istimewanya kami. Tahu awal dari orang lain.

Tak kurang jugak ada sesetengah guru yang bila saya teringat kembali ajaran mereka, buat saya tersenyum sorang2. Heheh. Antaranya..
Surah pertama Alfatihah.
Lukisan terakhir dibadan yg dilukis iblis adalah Pusat.
Masih ingat lagi bila saya dimarahi kerana tak ikut cara jawab universiti. Kata si ustazah, saya kena ikut cara universiti.Terpinga2 saya. University…? Di sekolah rendah..?

Saya bertekad takkan bagi ajaran yang salah untuk anak2 didik saya. Bimbang mereka pula yg akan gelakkan saya bila besar nanti.
Okai, nanti sambung lagi. TaTa!




Monday, May 19, 2014

Indahnya Bila Lelaki Melindungi

Assalamualaikum sahabat. 

Sekarang minggu study untuk final exam yang akan bermula lagi lagi sehari dua. Doakan saya yerk. Malam ni teringat sesuatu nak share. tentang mereka. siapa mereka? mereka lah yang bergelar LELAKI. 

Ada orang benci lelaki tanpa sedar mereka jugak dari lelaki.
Ada orang obses dengan lelaki tanpa sedar lelaki jugak makhluk yg lemah.
Ada orang sayang dengan lelaki, maka itulah saya. 
Saya sayang semua lelaki yang soleh. 

Ayah. ayah lah yang bersusah payah menjaga saya, menyayangi saya sepenuh hati. bergurau senda dan memeluk saya dengan penuh kehangatan dan saya suka sangat dipeluk ayah hingga sekarang. kerana sesuatu yang datang dari hati akan sampai ke hati.

Antara peristiwa yang jelas saya ingat, masa saya tadika, sekitar umur 5 atau 6 tahun ketika itu, saya demam.hanya ayah yang ada dirumah. ayah belikan ubat biji kecil2 berwarna hijau untuk saya telan. tapi saya tak mampu telan walaupun kecil mcm barli. Akhirnya semua ubat itu saya muntahkan kembali. Tanpa rasa geli dan jijik, ayah tadah muntah saya dengan tapak tangannya. Adakah lagi lelaki lain yg mampu sayang saya lebih dari itu? Never.

dulu dipimpin ayah sekarang memimpin tangan ayah. 


Pernah juga satu ketika saya berlari-lari dan kepala terhantuk dibesi katil. tidak lah kuat sangat tapi benjol jugaklah dahi ni. Menangis. ayah terus kekedai dan belikan saya aiskrim dan Kit Kat bersaiz besar. terus diam dan gembira. ketika itu saya berumur 8 tahun. Bukankah berlari-lari itu salah saya sebenarnya? bahkan saya dipujuk dengan penuh cinta. 

Yang membuat saya tertarik nak menulis malam ini adalah kesan dari peristiwa beberapa hari lalu. 

saya memohon untuk praktikal di sekolah rendah saya dulu. sementara ustaz sahil membelek resume, datang seorang ustaz muda bertanya saya dari mana, dan beberapa ayat beliau yang saya kurang fahami. (mungkin dialek pengkalan hulu). saya hanya mengangguk. tanpa melihat si ustaz muda, terus ustaz sahil berkata "yang ini mu jangan kacau. bekas anak murid aku ni". nampak bergurau tetapi bunyinya tegas. Sekali lagi, saya rasa dilindungi..!! :D

Petang itu, saya diluar rumah. membantu abang long repair pagar. tiba2 kawan abang long call. katanya nak datang. saya sekadar mendengar perbualan itu. sebaik end call, abelong terus pesan, "adik, masuklah rumah. kawan i nak datang". Gembira rasanya bila terasa dilindungi. mungkin abelong nampak saya tidak memakai stokin, jadi cepat2 disuruh saya masuk. 

Memang biasanya alasan 'stokin' lah yang membuat abelong selalu beralah dengan saya. 
"Long, tolong pegi kedai sat.. i payah nak kena pakai skaf, pakai stokin lagi.."
"Long, hantaq sat air ni kat tetamu. i tak pakai stokin ni.."

bahagia kan jadi perempuan yang dilindungi lelaki? ^_^ 
anda pun boleh. dengan syarat, 
syaratnya anda menghormati mereka. 
Hormatlah. tak susah lah. peace!! 

Untuk semua yang melindungi perempuan,
u are hero,
u are osem,
and hopefully handsome. hehe. 

with love, 
Dokter Huda.

Sunday, April 20, 2014

CADAR CANTIK RUFF LESS

CANTIK. KEMAS. TIDAK BERKEDUT. MURAH. KEPUASAN HATI.

ASSALAMUALAIKUM, Hai awak semua!!
sekarang saya jadi penjual cadar tau.

Im full time student,
but im a tailor,
In the same time, Im a dealer CADAR CANTIK RUFF LESS.

NAK TAHU CADAR RUFF LESS TU MACAM MANA?
meh nak cerita.

untuk yang sukakan kelembutan!


ANDA SEORANG YANG SIBUK & BERKERJAYA?
TAK SEMPAT KEMAS KATIL CADAR SETIAP HARI?
MAHUKAN CADAR YANG:
TAK BERKEDUT ✔ 
TAK PERLU KEMAS SETIAP PAGI. JIMATNYA MASA!! ✔
TEBAL & SELESA ✔
MUDAH DIURUS ✔
CORAK CANTIK & TERBARU ✔
100% MATERIAL JENIS COTTON TEBAL ✔
SESUAI JUGA DIJADIKAN SELIMUT ✔
CADAR BERKUALITI TINGGI BUATAN TANGAN ✔
BOLEH DIBASUH DENGAN MESIN & SPIN TANPA MEROSAKKAN CADAR ✔
TIDAK BERBULU DAN TIDAK LUNTUR WARNA ✔
CADAR JENIS RUFFLES ( tidak perlu selit bawah tilam. Cadar melekap dan kemas)
HANYA HAMPAR ATAS KATIL ✔
SAIZ QUEEN & KING ✔
UKURAN SAIZ 230x250cm + 2 SARUNG BANTAL (not for superking).

Hubungi saya untuk dapatkannya dengan HARGA PROMOSI.
atau wassap / call 0134155029.

untuk si manis!




















Ini link album CADAR CANTIK RUFF LESS. 

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.804248932936717&type=1&l=ccad9d054a

Jangan lupa LIKE PAGE saya juga yerk! 
ini link nya. 

https://www.facebook.com/pages/CADAR-RUFF-LESS-Cantik/1428834184039692

Tuesday, February 11, 2014

The New!! :D

Happy new year! Eh~~.

Dah masuk bulan Feb dah pun.
Sekejapnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam 06/09/2011. Tarikh saya menjejak kaki ke Taman Ilmu Uia ni. Pejam celik tinggal satu sem saja lagi untuk dinikmati. (erk..nikmat?)

Pejam celik jugak, dah bersawang rupanya blog ni. Memang Cik Huda ni style update blog sekali dalam satu sem je ke? Haha. Zaman sekarang orang dah malas nak bukak blog. Pesbuk kan ada. Heh. Tulis pun saja untuk kepuasan diri sendiri. J

Sem ini pada saya ada satu kelainan. Satu ketenangan. Ada sesuatu yang selama ini menghimpit hati saya, telah pun dilepaskan. Sesekali rasa sakit bila mencari hikmah. Tapi insya Allah semuanya akan baik-baik saja, Allah kan ada.

Buat sahabat-sahabat yang sedang menatap Sedingin Salju ini, nah hadiah untuk kalian! Sebagai penenang jiwa. Selamat berjumpa lagi. TaTa!


~Dari seorang kakak~

"tak semua yang kita tahu itu akan menggembirakan hati, sebahagiannya lebih baik untuk kita tidak tahu". 

It true. :D

Makanya, jangan lagi dipersoalkan soal rahsia dan takdir Allah untuk kita. Kerana itu lebih baik.