Saturday, April 28, 2012

Satu hari seribu cerita: ❹❷❽


Kisah saya

Bermula dengan naik bas yg delay lebih setengah jam. Mula rasa nak marah jugak.. masa terbuang. Tapi takpe, mungkin Allah nak uji tahap kesabaran. Rupanya ramai sekepala dalam bas ni. Semuanya nak ke tempat yang sama. (4-28) dalam pkul 12 lebih camtu saya n abah sampai pastu kami pun jalan ler ke dataran. Saja nak tengok perkembangan. Wow dah ramai rupanya kat sini. Masing2 tak sabar menunggu hari sebenar. Nak reunion dengan 500 ribu orang. Mesti bes! Akhirnya kami pun balik ke hotel n lelapkan mata sekejap..

Seawal pagi kami dah keluar risau pulak kalau keluar lambat kang kena tahan. Maklumlah, pengalaman mengajar kita. Kan? So dari pagi saya lepak je kat Dataran tu, buat pemerhatian la pulak kat ‘pakcik2 bermisai’ yang setia berdiri mengawal. Setakat ni pun ok lag, nothing ekstrim n relax je semua. Orang tak kacau kita, kita pun tak kacau lah orang. Ye tak?

Belum pun pukul dua, tapi Dataran Kuning dah pun penuh dek puluhan ribu nyawa. Pukul 2 camtu suasana jadi kecoh tetiba. Siapa kacau siapa? Entah.. tak jadi depan mata saya jadi kena investigate lain. Mulalah terjadi ~sukan Malaysia~ nak tergelak jugak difikirkan. Macam2 gaya boleh tengok. Tapi tak panik lah. Biasalah tu..bukan tak kenal kan. Orang sembur kita lari, orang gaduh kita bela, apa pun, lawan tetap lawan. Ops! Bukan lawan pukul2 bunuh2 langgar2 lari tu.. lawan mencari kebenaran. J

Teringat sebaris kata seorang ulama.. “andai perjuangan kamu itu terhalang, itu bermakna perjuangan kamu benar.” ^_^


Kisah dia

Dari pasar seni dah pun terbau warna2 kuning yang ceria. Pertama kali join benda2 camni ada gak rasa gementar tu datang. Tambah pulak bila turun je LRT Nampak pakcik2 misai beruniform dan kamera2 tak lepas berkelip. Apa lah gamak fungsinya yerk?

Sampai dimasjid Negara dah ramai rupanya. Sesekali terdengar takbir. Rehearsal mungkin? Hehe.. tercari2 ruang rehat muslimat. Hmm..tak terjumpa2 sebab dimana2 pun dah ada muslimin. Jadi duduk je lah bersandar tiang di level 2. Dalam ramai2 tu, boleh pulak terjumpa kawan baik ayah. Kalau ayah sihat, mesti ayah akan sekali dalam kumpulan tu.. L

Lepas je solat zohor n 3 kali takbir, orang semua turun beramai2. Adegan mencari kasut, mencari kawan, mencari jalan untuk keluar dah bermula.  So far ok, takde sape kacau sape. Polis trafik n unit amal boleh jaga jalan sama2. Kami pun boleh jalan dengan macam2 jenis irama boleh dengar. Yang besnya, kalau kami jalan, ada saja yang kata “muslimat2, bagi laluan untuk muslimat..” hehe..rasa gentlemannya pemuda kita yerk. :p


Sekitar 800 meter dari Dataran Merdeka, kami semua kena duduk. Nama pun ‘Bersama Duduk Bantah’. Jadi kami pun duduk dan sekali lagi muslimat dihormati bila diberi ruang yang teduh. Dalam suasana relax tu kami sempat dengar tasyji’ n taujihad (kata2 peransang semangat) dari pimpinan.

Kami terus berjalan ke Dataran. Tak pasti apa yang ada didepan sebab sekejap disuruh undur, sekejap disuruh jalan kedepan. Ikot sajalah.. tapi ketenangan kami mula tergugat bila tiba2 je dengar suara jerit. “lari2!!!” eh kenapa pulak..belum sempat dapat jawapan, terasa muka, mata, tekak dah panas+pedih+pedas. Kami pun tanpa control ayu lari meraton laaa… nasiblah dah buat preparation. Dalam hati berkata “bes jugak yerk kena benda alah ni, first time kott..” :p

Dalam kalut2, banyak yang kami belajar. Yes! Sangat setuju konsep pembelajaran dilapangan sebenar adalah jauh lebih berkesan berbanding dalam kelas. Antara yang berbekas dihati bila tengok kanak2, orang tua, orang cacat, boleh n berani suarakan kata hati, turun bersama meredah sesak, tertanya2.. apa alasan kita untuk yang tak turun ni? J

Tetiba jadi rapat. Padahal tak kenal pun. Boleh kongsi air, garam n tanya “uncle ok ke?” takde berebut2 tadah air paip. As usual, muslimat didahulukan..hehe. bau badan jangan citerlah. Semua ‘harummmm’. Mana taknya, dah keluar awal pagi, berjalan dalam panas, bersesak dalam ratusan ribu orang, berlari dalam bandaraya, berlumur garam n air, berpuluh2 checkpoint kami singgah. dah lebih dari explorace..

Tapi terharu pulak bila ada yang datang cakap kat kami
“girls, u are really brave!!” dari sorang uncle cina.
“tengok..budak2 sekolah pun bagus boleh datang..” dari seorang pakcik melayu.
“kamu bertuah datang hari ni, pengalaman hebat kamu akan dapat” dari seorang aktivis zaman reformasi.

Dah nak dekat 5.30 petang. Macam dah reda.. kami berjalan la nak ke stesen LRT. Adeh, baru sekerat langkah disemburnya encik gas. Lagi sekali lari cari oksigen. Rehat sekejap dalam Pudu Sentral, solat asar dulu..makan kfc dulu.. then barulah jalan kaki ke KLCC. Waduh2, ingatkan dekat. Jauh bebenor.. terpaksalah guna khidmat teksi. Alhamdulillah selamat sampai dalam pukul 8 lebih. Super kepenatan..! ^_^

Apapun hari ini, bagi kami..satu hari yang punya seribu cerita..serius best!!

p/s: otw ke KLCC, dapat pesanan hikmat dari sorang pakcik, “kalau boleh jangan kawin dengan polis naaa..” hehehe..

Bukan senang kan..?


Apakah yang paaaaaling korang rasa susah nak dapat & senang nak hilang? Duit? Cinte? Emm.. bagi aku adalah PERCAYA. Aku susah nak percaya orang.. n aku sangat yakin dengan naluri aku. (bukan tilik nasib ek) jadi bila ade je orang yang aku syak, aku akan lebih berhati-hati dengan dia. Boleh dikatakan setiap pergerakan dia aku perhati dalam diam. tapi tu bila belum kenal.. kalau dah kenal, maka? Barulah rasa percaya tu datang.

Rasa dipercayai lebih aku hargai dari disayangi. Sebab tanpa percaya macam manalah perasaan positif lain nak muncul. Cuma.. macam mana pulak kalau aku yang hilang percaya pada orang? Aku suka dipercayai, then aku mestilah kena mempercayai. Seolah-olah seperti kalau nak disayangi, kenalah menyayangi. Am I right?? Hehe..

Kembali pada motif asal, macam mana cara nak kembalikan rasa percaya itu pada tempat asalnya? Aku pun pening memikirkan. Sampai kadang rasa naik berkedut muka aku sebab dok memikir hal ni. Kenapa aku kena pikir sangat? Hmm.. entahlah nak cakap, separuh hati sangat mempercayai.. separuh lagi dek terluka hilang rasa percaya. Aku boleh mencurah seribu satu tuduhan, & dia juga boleh menongkah semua itu dengan sejuta satu sebab lain. Siapa aku untuk menghukum based on naluri?

Tercari-cari jalan keluar..akhirnya aku jumpa. Istikharahlah disaat hati gundah membuat keputusan. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku. Kata mak aku.. “istikharahlah..yang tu yang sebaiknya” zapp!! Masuk menusuk dalam hati ni. Terima kasih mak menjadi pengawal emosiku. J Doaku..biarlah jawapan yang bakal ku jumpa ini terbaik untuk semua. Baik untuk aku, untuk dia.

p/s: dia baik..aku yakin dia sangat baik. Tapi semakin baik kita..bermakna akan semakin diuji. Bukankah begitu? (jangan korang buat ayat ni alasan nak jadi jahat pulak.. :p) ^_^
post story dari sorang kawan saya. Mungkin kisah hatinya kottt… :)

Monday, April 9, 2012

…Jemu! Bosan! Fedup! (>_____________<)


“Arghhhh…boringnya hidup ni!”
“Bosan la aku dengan dia tue..”
“aku dah jemu buat kerja ni!”
“tension2! Fedup2! Migrainnnnnnn!”

Hehehehe.. pernah dengar tak dialog yang macam kat atas ni @ yang dekat2 sama maksudnya? Ke korang sendiri pernah cakap? ;) bila saja ayat2 berbaur soal kebosanan ni terucap, tu bermakna hidup kita separuh dah hilang! Kenapa? Apa maksudnya?? J

Sebelum tu, jom kita tengok dulu kenapa bosan?…

Masa free terlalu banyak?

Kita ulang benda yang sama untuk setiap waktu n setiap hari?

Langsung takde perubahan dalam action?

Kalau betul la kita rasa bosan disebabkan benda2 teknikal camni, bermakna betul la hidup kita separuh dah hilang. Sebab lagi? Sebabnya kita akan jadi muram, murung, pendiam, pening, stress, tension, hilang senyuman dan pemarah. Bukankah tu maksudnya kita akan kehilangan kebahagiaan n ketenangan jiwa? Apa la ertinya hidup tak bahagia. Macam hidup segan mati tak mau. Hehe. Separuh erti hidup dah hilang lah maksudnya kan? Kan?

Berbeza pulak dengan orang yang bermatlamat jelas, kreatif & matanya memandang seribu batu kehadapan akan sangat kurang or hampir takkan dapat peluang nak bosan. Lagi-lagi sebab? Hehe.. sebab masa orang yang macam ni akan sentiasa terisi, dan dah ada plan hidup.

 Contohnya “lepas aku buat rumah pasir ni, aku nak buat rumah papan, lepas tu rumah batu, lepas tu banglo, lepas tu villa n bla..bla..” tapi ingat! Berbeza orang yang sekadar berangan=tanpa usaha, dengan orang yang bercita2=berusaha. (^_^)


Tapi kalau kita bosan buat rutin yang sama setiap hari? Haaa.. betul kita takkan mampu untuk ubah segalanya. Tapi kita mampu untuk enjoy dengan perkara tu.

Contoh? Kalau lah korang bosan asyik makan..try la puasa. :p hehe. Kalau bosan belajar, untuk hilangkan bosan tu, korang kena ikhlaskan niat n ingat, kalau matlamat study hanya untuk exam.. comfirm, n sure bosan tu akan lagi laju datang menyerang.

 Seperti kata Imam Syafie, “aku mencari ilmu seperti seorang ibu yang sedang mencari anak tunggalnya yang hilang”

So? Enjoy yourself but be careful, Allah is watching!  ®

p/s: Cuma satu yang belum dapat jawapan, macamna nak hilangkan bosan ajak orang buat baik? L