Assalamualaikum……..kawan-kawan kat sini saya nak kongsi ilmu bersama anda….
Kita tengok balik tajuk utama diatas mendustai dan menipu atas nama nabi Muhammad kita….apa-apa pun saya ingin memberi keterangan tentang hadits-hadits ini dahulu:-
Hadits Soheh : Hadits yang sanadnya sampai ke nabi…dan cirri-ciri nya ulamak telah
Ungkapkan, salah satu contoh yang ingin saya bawak kepada anda ialah setiap
Sanadnya mistilah sampai kepada nabi,dan tidak terputus sanadnya…..
Hadits doif : Hadits yang sanadnya terputus dan cirri-ciri orang yang bawak hadits itu tidak
mempunyai (siqoh)…siqoh ni ialah seseorang yang menjaga dirinya,dari
melakukan perkara-perkara yang tidak disukai allah.salah satu contoh yang
ingin saya ambil dari ulama’. Kita lihat bagai mana imam Bukhari ingin
mendapatkan hadits itu sama ada soheh,maudhu’,ataupun doif.
Hadits maudhu’ : Hadits yang tiada sanadnya atau sanadnya direka-reka untuk kepentingan
Di sini saya ingin membawa hadits-hadits nabi Muhammad s.a.w mengatakan pendustaan atau pembohongan tentang hadits nya(nabi Muhammad)…..
حديث علىّ قال : قال النبىّ (ص) (( لا تكذبوا علىّ، فإنه من كذب علىّ فليلج النار))
Ali r.a berkata : nabi saw. Bersabda: kalian jangan berdusta atas namaku, maka sesungguhnya siapa yang berdusta atas namaku pasti masuk neraka.
(Riwayat bukhari&muslim)
حديث أنس قال إنه ليمنعنى أن أحدّثكم حديثا كثيرا أن النبىّ(ص) قال : (( من تعمد علىّ كذبا فليتبوأ مقعده من النار))
Anas r.a berkata : sesungguhnya yang menahan diriku memperbanyak riwayat hadits kepadamu, kerana nabi saw. Bersabda: siapa yang berdusta atas namaku, maka ia menyiapkan tempatnya dalam neraka.
(Riwayat bukhari&muslim)
Berbohong adalah satu kesalahan yang besar, apa tah lagi berbohong atau mereka-rekakan hadits-hadits palsu ???????
حديث أبي هريرة عن النبى(ص) قال : (( ومن كذب علىّ متعمدا فليتبوأ مقعده من النار ))
Abuhurairah r.a berkata : nabi saw. Bersabda:siapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah menyiapkan tempatnya di dalam neraka.
(Riwayat bukhari&muslim)
Pendustaan atas nama nabi adalah pempohongan yang paling besar kerana dia akan menarik ramai orang yang tidak berilmu untunk mengamal hadits palsu ini…. Sebab itulah banyak benda-benda BIDA’AH, atas sebab meluasnya penyebaraan hadits-hadits palsu ini.. kebanyakkan ulamak berkata ‘’ahli bida’ah itu lebih teruk berbanding ahli maksiat’’
Sebab apa ahli bida’ah lebih teruk????
Sebab apabila dia melakukan perkara baru dia mahu orang mengikutnya tampa ada perasaan bersalah yang dibawanya adalah SALAH. Sedangkan ahli maksiat ini setiap die ingin melaku kan maksiat terdetik dihati nya penyesalan.
حديث المغيرة قال سمعت النبىّ(ص) يقول : (( إن كذبا علىّ ليس ككذب على أحد، من كذب علىّ متعمدا فليتبوأ مقعده من لانار ))
Almughirah r.a berkata : saya telah mendengar nabi saw. Bersabda: sesungguhnya semua dusta, tidak sama dengan berdusta atas namaku, siapa yang dusta atas namaku dengan sengaja maka hendaknya menyiapkan tempatnya di neraka.
(Riwayat bukhari&muslim)
Telah saya sampikan 4 hadits dari bukhari&muslim kesemuanya soheh,dan boleh buat rujukan dalam kitab al-lu’lu wal marjan, atau bukak kitab fathul bari syarah dari soheh bukhari,dan soheh muslim karanagan imam nawawi…..
Kesimpulan yang saya ingin buat disini kita haruslah mengkaji sama ada hadits itu soheh,doif ataupun maudhu’, kerana pada zaman sekarang ini fitnah terlalu banyak …. Jadi nabi tinggal kan kepada kita 2 benda yang kalau kita ikut pasti tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-quran dan sunnah……pilihlah hadits-hadits yang soheh untuk panduan hidup kita….
No comments:
Post a Comment