Saturday, March 16, 2013

Ya ALLAH, ku tersentap!

Minggu yang saya rasa sangat serabut. Serabut sampai planner pun saya dah tak sempat nak tulis. Alhasil banyak jugak program yang ketinggalan. Kuliah Fiqh toharoh, team daie, talaqqi semuanya saya tercicir.yang sempat pun kuliah Tanyalah Asatizah & kuliah fiqh kitab Hasyiah Baijuri je. Sekarang baru rasa sedikit bernafas.

Mungkin antara sebab yang buat saya serabut sebab sibuk menaip bahas Fiqh Usrah, presentation, meeting, & menulis blog ni. hehe. Isnin ni nak kena submit. Tapi masih dalam proses menterjemah. Tajuk bahas saya “addam wa alaqotuhu bil iddah” atau dalam bahasa melayunya “Darah & kaitan dengan eddah”.


Tiga empat kali turun naik mahkamah syariah semata-mata untuk study case. Mahkamah Petaling, Wilayah, Putrajaya semuanya diterjah. Ada seribu satu pengalaman dalam pengalaman ni. Mana taknya, dari kena marah, kena cari sendiri dalam ratusan fail yang tak tersusun kesnya, dari habis masa, duit ulang alik ke mahkamah, hinggalah terasa begitu insaf bila setiap kali membelek ribuan kes disetiap mahkamah. Dalam tajuk saya, majoriti tuntutan nafkah eddah yang berkaitan perceraian. Aduh, begitu ramai yang seakan berebut untuk bercerai. Nauzubillah.

Antara kes yang buat saya tersentap,

bila perceraian yang terjadi kerana selalu didera suami..

kerana dicurangi..

suami panas baran..

isteri nusyuz..

digantung tak bertali..

tiada persefahaman walau sudah berpuluh tahun berkahwin, walaupun anak dah ramai..


Tak kurang juga kes suami menceraikan isteri talak tiga dengan sekali lafaz. Allah. Dimana adab bercerai..? apabila ditanya, dengan mudah jawapannnya “saya dalam keadaan marah. Tiada niat untuk menceraikan isteri.” Tiada niat sekalipun.. talak sudah jatuh. Benar, sesal kemudian tiada gunanya. Jauhkan ku dari lelaki sebegini Ya Allah.

Tak cukup dengan study case di mahkamah, saya cuba mencari melalui web yang diyakini sohih seperti web ustaz zaharuddin.net. Allahuakbar. Disini lebih menakutkan saya. 
Nafas saya terasa panas bila terbaca satu masalah seorang wanita

“Apakah hukumnya seorang suami melakukan hubungan seks dengan isteri tanpa kerelaan ketika si isteri masih dalam iddah?? Alasan suami sebagai tanda perpisahan.” 

Ya Allah.. Saya benar-benar tidak faham. Tidakkah lelaki itu ada sedikit simpati dan hormat pada isteri yang baru diceraikan? Kalau mahu rujuk, rujuk lah baik-baik. Bukan lakukan ‘itu’ sebagai tanda perpisahan. Kejam.

Itu hanya satu contoh yang saya bawakan, berpuluh ribu lagi situasi yang sama atau lebih teruk dari itu terjadi. Teringat ketika berbual ringkas dengan ustaz Fiqh Usrah saya, katanya
kamu tengoklah, betapa ramai yang berlumba nak bercerai, kita kat sini yang selesa dalam lingkungan orang beragama, masih sibuk nak bahas itu bid’ah, ini bid’ah. Sedangkan terlalu banyak masalah ummah yang lebih berat. Setiap ilmu kamu yang kamu simpan akan disoal nanti.”

Dan buat sekian kali ku tersentap lagi.


No comments:

Post a Comment