Monday, May 19, 2014

Indahnya Bila Lelaki Melindungi

Assalamualaikum sahabat. 

Sekarang minggu study untuk final exam yang akan bermula lagi lagi sehari dua. Doakan saya yerk. Malam ni teringat sesuatu nak share. tentang mereka. siapa mereka? mereka lah yang bergelar LELAKI. 

Ada orang benci lelaki tanpa sedar mereka jugak dari lelaki.
Ada orang obses dengan lelaki tanpa sedar lelaki jugak makhluk yg lemah.
Ada orang sayang dengan lelaki, maka itulah saya. 
Saya sayang semua lelaki yang soleh. 

Ayah. ayah lah yang bersusah payah menjaga saya, menyayangi saya sepenuh hati. bergurau senda dan memeluk saya dengan penuh kehangatan dan saya suka sangat dipeluk ayah hingga sekarang. kerana sesuatu yang datang dari hati akan sampai ke hati.

Antara peristiwa yang jelas saya ingat, masa saya tadika, sekitar umur 5 atau 6 tahun ketika itu, saya demam.hanya ayah yang ada dirumah. ayah belikan ubat biji kecil2 berwarna hijau untuk saya telan. tapi saya tak mampu telan walaupun kecil mcm barli. Akhirnya semua ubat itu saya muntahkan kembali. Tanpa rasa geli dan jijik, ayah tadah muntah saya dengan tapak tangannya. Adakah lagi lelaki lain yg mampu sayang saya lebih dari itu? Never.

dulu dipimpin ayah sekarang memimpin tangan ayah. 


Pernah juga satu ketika saya berlari-lari dan kepala terhantuk dibesi katil. tidak lah kuat sangat tapi benjol jugaklah dahi ni. Menangis. ayah terus kekedai dan belikan saya aiskrim dan Kit Kat bersaiz besar. terus diam dan gembira. ketika itu saya berumur 8 tahun. Bukankah berlari-lari itu salah saya sebenarnya? bahkan saya dipujuk dengan penuh cinta. 

Yang membuat saya tertarik nak menulis malam ini adalah kesan dari peristiwa beberapa hari lalu. 

saya memohon untuk praktikal di sekolah rendah saya dulu. sementara ustaz sahil membelek resume, datang seorang ustaz muda bertanya saya dari mana, dan beberapa ayat beliau yang saya kurang fahami. (mungkin dialek pengkalan hulu). saya hanya mengangguk. tanpa melihat si ustaz muda, terus ustaz sahil berkata "yang ini mu jangan kacau. bekas anak murid aku ni". nampak bergurau tetapi bunyinya tegas. Sekali lagi, saya rasa dilindungi..!! :D

Petang itu, saya diluar rumah. membantu abang long repair pagar. tiba2 kawan abang long call. katanya nak datang. saya sekadar mendengar perbualan itu. sebaik end call, abelong terus pesan, "adik, masuklah rumah. kawan i nak datang". Gembira rasanya bila terasa dilindungi. mungkin abelong nampak saya tidak memakai stokin, jadi cepat2 disuruh saya masuk. 

Memang biasanya alasan 'stokin' lah yang membuat abelong selalu beralah dengan saya. 
"Long, tolong pegi kedai sat.. i payah nak kena pakai skaf, pakai stokin lagi.."
"Long, hantaq sat air ni kat tetamu. i tak pakai stokin ni.."

bahagia kan jadi perempuan yang dilindungi lelaki? ^_^ 
anda pun boleh. dengan syarat, 
syaratnya anda menghormati mereka. 
Hormatlah. tak susah lah. peace!! 

Untuk semua yang melindungi perempuan,
u are hero,
u are osem,
and hopefully handsome. hehe. 

with love, 
Dokter Huda.

No comments:

Post a Comment