Saturday, February 11, 2012

Bahasa Arab..? tak susahlah..!! ^_^



Kebanyakan orang rasa belajar bahasa arab itu sangatla susah, kursus bahasa arab pun dah ikut berkali-kali, latihan dah buat, tapi masih saja tidak reti-reti cakap bahasa arab, yang akhirnya anggap je lah “belajar bahasa arab sangatlah susah”.Sebenarnya apa yang membuat orang berasa susah untuk mempelajari bahasa arab, bukankah Allah telah mengatakan bahawa agama ini sangat mudah untuk dipelajari?? Lantas kenapa kita tetap saja tidak boleh menguasai bahasa arab?? jawapannya, kerana kita tak tahu caranya…

haa.. ni adalah cikit-cikit tips bagi yang ingin mempelajari bahasa arab dengan mudah dan cepat.. termasuk la saya! : )

1. Ikhlaskan niat hanya untuk Allah

kalau kita nak belajar.. tak kirala subjek or bidang apa pun. First of all kena ikhlaskan niat kerana Allah semata-mata. Jangan pulak mengeluh kalau niat kita sendiri masih sonsang.
J firman Allah:

إِن تَنصُرُوا اللهَ يَنصُرْكُمْ

“jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Allah akan menolongmu” (muhammad : 7)

Salah satu bentuk menolong agama Allah, adalah dengan mengagungkan syiarnya, dan bahasa arab merupakan syiar dari agama islam.

Dari hal ini, sama-sama la kita luruskan niat kita, ikhlaskan niat kita terlebih dahulu untuk mempelajari bahasa arab karena Allah, agar Allah memudahkan kita di dalam memahami dan mengamalkan bahasa arab, disamping menjadi amal kita dalam beribadah kepada Allah ta’ala.

2. Belajar bahasa arab dari dasar dan tidak terburu-buru.

nak buat apa pun, jangan terburu-buru. Even kita nak makan pun, kalau terburu-buru tak pasal-pasal tersedak nanti. Hehe. Dalam bahasa arab pun sama, sikap terburu-buru hanya membuat kita cepat letih dan jemu. Kata para ulama:

منِ اسْتعجلَ شيئاً قبلَ أَوانِهِ عُوقِبَ بحرمانِهِ

“barangsiapa yang terburu-buru dalam mendapatkan sesuatu, maka ia dihukum untuk tidak mendapatkannya”

Oleh sebab tu, elokla kita mempelajari bahasa arab secara bertahap dan tidak terburu-buru. Sabar tu kan kunci kejayaan.. :)

3. Pada awal belajar, sesuai la belajar hanya pada satu guru.
Pendapat ni maybe ada yang kritik. Tapi takpe, just opinion dan sapa-sapa pun boleh bantah. Hehe. Tapi ada baiknya kalau kita yang masih meniarap dalam bahasa arab,  kita tumpu pada seorang je guru sebab setiap guru tu mungkin caranya berbeza dan fokusnya juga lain. Nanti kita pening pulak. Kalau dah tahu asas boleh la pergi menuntut dengan guru lain pulak. J

Ok lah, untuk kali ni, cukup la 3 je tips. Bagi banyak-banyak bukan korang ingat pun.melawak2.Hehe. Renung-renungkan dan selamat beramal!


No comments:

Post a Comment