Setiap hari setiap jam setiap minit ada je yang kena culik, kena bunuh, kena itu..kena ini.. oh dunia. Kenapa jadi macam ni? Takde benda lain yang jadi tajuk utama berita kat tv or kat paper melainkan tentang jenayah. Aku tertanya, apa puncanya? Siapa puncanya?
Sejujurnya sebagai abang sebagai anak, aku cukup risau dengan keselamatan adik-adik aku. Aku risau dengan keselamatan mak ayah aku. Dengan orang-orang yang aku sayang. Rasa macam nak mintak mereka jangan kemana-mana. Just stay at home. Dok rumah diam-diam.Tapi tak mungkin la kan aku boleh buat macam tu. Kang dikata aku buang tebiat plak. Hehe. Tapi, serius aku dah tak nampak selamatnya bumi Malaysia ni.
Apa taknya, kanak2 yang tak konpem2 takda dosa pun orang boleh culik & bunuh, remaja yang baru nak kenal dunia pun diculik sesuka hati, apatah lagi kita yang orang dewasa ni. Mana lah tahu dalam diam ada yang simpan dendam. Nauzubillah. apa pun, jenayah bukan penyelesaiannya. Mungkin si penjenayah rasa puas dapat balas dendam, tapi mereka mungkin terlupa, lepas kehidupan dunia, kehidupan akhirat pulak yang menanti. Tambahan pulak dosa sesama manusia hanya diampunkan dengan kemaafan manusia.
Apa puncanya? Hmm.. bagi aku ni adalah disebabkan tarbiah. senang cakap sistem pendidikan, perkara apa pun kalau kita letak pendidikan berteraskan Quran & sunnah tu utama, insya Allah yang lain pun akan baik2. Contoh simple, kita tanam pokok rambutan. Kita nak pokok tu nanti berbuah rambutan gred A, yang sedap yang manis, yang kalau jual harganya melambung tinggi. Mesti la kita kena jaga elok2. Letak baja yang sesuai, air & cahaya matahari yang cukup. Baru ada hasilnya. Cuba kalau kita jaga pokok tu dengan cara yang salah, sepatutnya letak baja kita gi letak makanan ikan, siram 10x sehari, tanam pulak dalam pasu bunga. Macamana la nak dapat hasil yang cun.
Samalah jugak dalam pendidikan. Kadang2 kita rasa dah elok. Dah bagi didikan yang baik. Tapi tak sedar didikan kita salah. Tak kena dengan Quran & Sunnah. Soal pendidikan ni orang kampung takleh ubah, setakat pegawai jabatan agama Islam pun tak leh ubah. Mereka hanya boleh tolong ubah. Siapa yang boleh ubah?.. how? caranya hanya dengan mengubah k.e.r.a.j.a.a.n. ubah kerajaan, ubah pentadbiran, ubah sistem pendidikan, ubah korupsi, pilih the best prestasi .
sebab aku dah tak sanggup tengok bumi tercinta aku ni jadi tanah berdarah milik penjenayah.
p/s: sentiasalah baca doa <bismillahi tawakkaltu ‘ala allah> Dengan nama Allah aku bertawakkal kepada Allah. Baca bila korang nak keluar rumah, jalan sorang2 ke.. naik moto ke.. nak exam pun boleh. J sebelum tu, jangan lupa usaha dulu. ^_^
No comments:
Post a Comment