Saturday, March 31, 2012

Dimana Dia dihatiku..?


Petang-petang camni biasanya takde kerja. Kalau tak main bola relax je lah. Nak tengok tv rasa takde apa yang menarik. Nak baca buku orang tua2 kata nanti rabun. (alasan..hehe) entah kenapa petang ni rasa termuhasabah pulak seorang diri. Rasa tertanya pada hati sendiri, dimana ‘Dia’ dihatiku. ‘Dia’ tu of course la merujuk kepada Allah s.w.t. J

Memang lah kalau ditanya, mana-mana manusia pun yang bergelar muslim akan kata Allah yang paling utama dihati. Cinta Allah yang paling dicari. Segala-galanya dikatakan Allah yang mesti didahulukan. Tapi kadang tindakan tak serupa ucapan. Benarkah Allah yang utama kalau dihati penuh dicemari dosa dan noda? Benarkah cinta Allah yang paling dicari kalau solat pun kadang dilewatkan, puasa sunat jarang sekali, tahajud apatah lagi. Benarkah juga Allah yang mesti didahulukan bila banyak perintahnya yang kita endah tak endah. Ada dibuat dan ada juga tanpa ‘sedar’ ditinggal.


Benar..manusia tak terlepas dari kesilapan. Ada juga yang berhujah kita tak maksum seperti nabi. Tapi..kalau setiap hari dosa itu bertambah dan terus bertambah tanpa ada check & balance, kita akan jadi bukan sahaja tak maksum, malah hina pula terpalit pada diri. Nauzubillah.

Apa yang saya perlukan? bagaimana untuk saya menjadi seorang lelaki yang soleh? Adakah dengan berdiam diri dan mengharap menjadi lelaki soleh secara automatik? Atau saya sekadar berdoa tanpa berusaha ke arah itu? Kesolehan itu takkan datang bergolek. Soleh itu memerlukan mujahadah yang tinggi. Bukan sehari sudah boleh menjadi soleh, bukan seminggu. Tapi selamanya dalam mujahadah..


~ciNTa ALLAH pERlu diBukTikaN~

Untuk 5 hingga 6 tahun akan datang, saya mungkin akan bergelar ayah kepada anak-anak. Insya Allah. Bekalan apa yang ingin saya persembahkan pada mereka? Dengan apa saya boleh menjadi idola mereka? Kata seorang ustaz, “kamu sekarang adalah gambaran anak-anak kamu akan datang. Kamu teruk sekarang, anak-anak kamu akan menjadi lebih teruk. Untuk menjadi baik, bukan sekadar bertekad selepas kahwin, mulakan dari sekarang”

Ya, saya mesti mulakan. Tak perlu drastik dan tergopoh, perlahan-lahan dalam istiqamah. Saya ingin menjadi soleh. Saya juga mesti membawa ‘seseorang’ untuk turut menjadi solehah. Ini impian saya. Ini impian kami. ^_^

~ya Rabbana, berikanlah aku kekuatan dalam bermujahadah,
berikanlah aku kesabaran dalam meraih cintaMu~


I luv Allah

No comments:

Post a Comment