Jangan kawin kalau nak bercerai. Boleh tak cakap macam ni? Memang tak boleh.. sebab soal jodoh Allah je tau. Tapi nak jugak lepaskan apa yang terbuku dihati ni. Maaf buat sapa yang terasa or tersakit hati. tanpa ada niat nak tuju pada sesiapa. J
Bila dah umo 21 ni, semakin banyak orang yang dijumpai, semakin pelbagai lah sikap dan perangai yang ditemui. Kembali kepada topik, saya tak tahu ni samada ni fenomena, trend atau penyelesaian disebalik takdir yang menyebabkan kadar perceraian diMalaysia meningkat dengan mendadak. Dari pembantu kedai hinggalah kepada artis seakan berlumba nak bercerai. (statement palsu mungkin?) Saya taknak sentuh sebab2 penceraian kerana semua ada alasan tertentu. Saya tak berhak untuk mempertikai kerana saya sendiri belum kawin. *_* nak tau lebih tentang statistik perceraian diMalaysia klik sini
Tapi yang saya hampa bila pasangan bercerai yang mengabaikan terus anak-anak. Ya Allah.. tak kasihankah pada anak2 yang tak bersalah?? Saya yakin semua anak akan kecewa jika ibu dan ayah tercinta berpisah. Pernah terdetik dari seorang sahabat saya “kenapa lahirkan aku kalau hanya untuk diabaikan” tapi ada juga anak2 yang baik2 dan tetap diberi perhatian penuh alhamdulillah rasa lega hati ni melihatnya biarpun ibu dan ayah dah tak sebumbung. ^_^
Yang mengecewakan adalah bila anak dibiar.. yang kanak2 dibiar dengan caranya. Ada yang membiarkan anak2 dijaga orang lain tanpa dijenguk2, dibiar kusut masai dengan baju yang berhari2. Yang menginjak remaja pula dibiar dengan caranya. Tak kira anak lelaki @ gadis dibiar lepas bebas ber’kapel’an berpelukan dan dengan bangganya mengupload gambar2 ke facebook untuk tatapan semua. Saya yakin kalaulah ibu dan ayah mengawasi at least bertanya kemana anak2 pergi, insya Allah 80% anak2 akan terkawal. T_T
~keluarga bahagia~ |
Ni sekadar nasihat atau lebih tepat luahan hati yang kecewa dengan apa yang berlaku. Ingat, hidup umpama roda. Kalau hari ini kita abai anak2 dan menjadi ‘ibu bapa derhaka’, jangan menangis satu hari nanti anak2 derhaka abaikan kita pula. ®
No comments:
Post a Comment