Kisah
saya
Bermula
dengan naik bas yg delay lebih setengah jam. Mula rasa nak marah jugak.. masa
terbuang. Tapi takpe, mungkin Allah nak uji tahap kesabaran. Rupanya ramai
sekepala dalam bas ni. Semuanya nak ke tempat yang sama. (4-28) dalam pkul 12
lebih camtu saya n abah sampai pastu kami pun jalan ler ke dataran. Saja nak
tengok perkembangan. Wow dah ramai rupanya kat sini. Masing2 tak sabar menunggu
hari sebenar. Nak reunion dengan 500 ribu orang. Mesti bes! Akhirnya kami pun
balik ke hotel n lelapkan mata sekejap..
Seawal
pagi kami dah keluar risau pulak kalau keluar lambat kang kena tahan.
Maklumlah, pengalaman mengajar kita. Kan? So dari pagi saya lepak je kat
Dataran tu, buat pemerhatian la pulak kat ‘pakcik2 bermisai’ yang setia berdiri
mengawal. Setakat ni pun ok lag, nothing ekstrim n relax je semua. Orang tak
kacau kita, kita pun tak kacau lah orang. Ye tak?
Belum
pun pukul dua, tapi Dataran Kuning dah pun penuh dek puluhan ribu nyawa. Pukul
2 camtu suasana jadi kecoh tetiba. Siapa kacau siapa? Entah.. tak jadi depan
mata saya jadi kena investigate lain. Mulalah terjadi ~sukan Malaysia~ nak
tergelak jugak difikirkan. Macam2 gaya boleh tengok. Tapi tak panik lah.
Biasalah tu..bukan tak kenal kan. Orang sembur kita lari, orang gaduh kita
bela, apa pun, lawan tetap lawan. Ops! Bukan lawan pukul2 bunuh2 langgar2 lari
tu.. lawan mencari kebenaran. J
Teringat
sebaris kata seorang ulama.. “andai perjuangan kamu itu terhalang, itu bermakna
perjuangan kamu benar.” ^_^
Kisah
dia
Dari
pasar seni dah pun terbau warna2 kuning yang ceria. Pertama kali join benda2
camni ada gak rasa gementar tu datang. Tambah pulak bila turun je LRT Nampak
pakcik2 misai beruniform dan kamera2 tak lepas berkelip. Apa lah gamak
fungsinya yerk?
Sampai
dimasjid Negara dah ramai rupanya. Sesekali terdengar takbir. Rehearsal
mungkin? Hehe.. tercari2 ruang rehat muslimat. Hmm..tak terjumpa2 sebab dimana2
pun dah ada muslimin. Jadi duduk je lah bersandar tiang di level 2. Dalam
ramai2 tu, boleh pulak terjumpa kawan baik ayah. Kalau ayah sihat, mesti ayah
akan sekali dalam kumpulan tu.. L
Lepas
je solat zohor n 3 kali takbir, orang semua turun beramai2. Adegan mencari
kasut, mencari kawan, mencari jalan untuk keluar dah bermula. So far ok, takde sape kacau sape. Polis trafik
n unit amal boleh jaga jalan sama2. Kami pun boleh jalan dengan macam2 jenis
irama boleh dengar. Yang besnya, kalau kami jalan, ada saja yang kata
“muslimat2, bagi laluan untuk muslimat..” hehe..rasa gentlemannya pemuda kita
yerk. :p
Sekitar
800 meter dari Dataran Merdeka, kami semua kena duduk. Nama pun ‘Bersama Duduk
Bantah’. Jadi kami pun duduk dan sekali lagi muslimat dihormati bila diberi
ruang yang teduh. Dalam suasana relax tu kami sempat dengar tasyji’ n taujihad
(kata2 peransang semangat) dari pimpinan.
Kami
terus berjalan ke Dataran. Tak pasti apa yang ada didepan sebab sekejap disuruh
undur, sekejap disuruh jalan kedepan. Ikot sajalah.. tapi ketenangan kami mula
tergugat bila tiba2 je dengar suara jerit. “lari2!!!” eh kenapa pulak..belum
sempat dapat jawapan, terasa muka, mata, tekak dah panas+pedih+pedas. Kami pun
tanpa control ayu lari meraton laaa… nasiblah dah buat preparation. Dalam hati
berkata “bes jugak yerk kena benda alah ni, first time kott..” :p
Dalam
kalut2, banyak yang kami belajar. Yes! Sangat setuju konsep pembelajaran
dilapangan sebenar adalah jauh lebih berkesan berbanding dalam kelas. Antara
yang berbekas dihati bila tengok kanak2, orang tua, orang cacat, boleh n berani
suarakan kata hati, turun bersama meredah sesak, tertanya2.. apa alasan kita
untuk yang tak turun ni? J
Tetiba
jadi rapat. Padahal tak kenal pun. Boleh kongsi air, garam n tanya “uncle ok
ke?” takde berebut2 tadah air paip. As usual, muslimat didahulukan..hehe. bau
badan jangan citerlah. Semua ‘harummmm’. Mana taknya, dah keluar awal pagi, berjalan
dalam panas, bersesak dalam ratusan ribu orang, berlari dalam bandaraya,
berlumur garam n air, berpuluh2 checkpoint kami singgah. dah lebih dari
explorace..
Tapi
terharu pulak bila ada yang datang cakap kat kami
“girls,
u are really brave!!” dari sorang uncle cina.
“tengok..budak2
sekolah pun bagus boleh datang..” dari seorang pakcik melayu.
“kamu
bertuah datang hari ni, pengalaman hebat kamu akan dapat” dari seorang aktivis
zaman reformasi.
Dah
nak dekat 5.30 petang. Macam dah reda.. kami berjalan la nak ke stesen LRT.
Adeh, baru sekerat langkah disemburnya encik gas. Lagi sekali lari cari
oksigen. Rehat sekejap dalam Pudu Sentral, solat asar dulu..makan kfc dulu..
then barulah jalan kaki ke KLCC. Waduh2, ingatkan dekat. Jauh bebenor..
terpaksalah guna khidmat teksi. Alhamdulillah selamat sampai dalam pukul 8
lebih. Super kepenatan..! ^_^
Apapun
hari ini, bagi kami..satu hari yang punya seribu cerita..serius best!!
p/s:
otw ke KLCC, dapat pesanan hikmat dari sorang pakcik, “kalau boleh jangan kawin
dengan polis naaa..” hehehe..
No comments:
Post a Comment