Sunday, May 13, 2012

Seteruk itukah cinta?


Kerap sangat dah baca@dengar@lihat kisah soal cinta. Sampai kadang rasa bosan bila soal cinta juga yang dipilih dalam forum-forum remaja, dalam diskusi universiti. Bukankah cinta itu fitrah? Biarkanlah fitrah itu dengan fitrahnya selaras dengan agama, tak perlu diperketatkan sangat seolah-olah cinta itu perkara pokok yang mesti diperhalusi setiap zarahnya. apapun taklah menentang program camtu. hehe

Ramai orang tahu bercinta, ramai juga yang menafsir cinta dengan tafsiran masing-masing. Yang pasti, bila menyebut soal cinta, pastinya berkait dengan suka, bahagia, dan sebagainyalah.. Cuma.. rasa pelik menyinggah, BEGITU TERUKKAH CINTA?

ya, memang inilah yang saya pelik dan bertanya berulang kali pada diri sendiri. cinta pada saya membahagiakan, tidaklah sampai melemahkan. Cinta juga menggembirakan bukanlah hingga mempasifkan minda. Pada yang boleh mengurus hidupnya dan mengurus cintanya, berbahagialah. Tetapi pada yang menjadikan cinta paksi utama dalam hidup, please recheck ur self.

Contoh yang membuatkan cinta nampak TERUK? Emm.. lihatlah sekeliling kita, ada orang yang suka akan ilmu, tetapi saat cinta menyinggah, demi si dia, sanggup melepaskan peluang kuliah, usrah (sekadar contoh) hanya kerana bimbang terlepas masa bermesej.  Ada juga yang sebelum bercinta, minat dengan politik semasa, tetapi akhirnya mnjadi pasif dan memilih untuk tidak tahu dengan segala isu hanya kerana si dia berhaluan lain @tidak se-parti. 

Ada juga yang sebelum cinta menyinggah, sentiasa menjadikan cita-cita yang utama dan berubah impian itu bila hati diketuk cinta. Hilang segalanya hanya kerana cinta palsu. Masa study diganti bercakap ditelefon berjam-jam, masa rehat diganti teringat-ingat. Erkk, seteruk itukah cinta?

Cinta adalah kekuatan yang mampu
Mengubah duri jadi mawar
Mengubah cuka jadi anggur
Mengubah malang jadi untung
Mengubah sedih jadi riang
Mengubah setan jadi nabi
Mengubah iblis jadi malaikat
Mengubah bakhil jadi dermawan
Mengubah kandang jadi taman
Mengubah amarah jadi ramah
Mengubah penjara jadi istana
Mengubah musibah jadi muhibbah
Itulah cinta…
(puisi cinta Ar-Rumi KCB via Ayatulhusna)


Puisi ini saja sudah memberi tanda bahawa cinta itu menguatkan, memberi impak positif dalam minda dan jiwa. Bukan melemahkan. Bukan juga menambah negatifnya dan mencacatkan pertumbuhan mental. Renung-renungkan dan selamat beramal. ~muhasabah bersama~ J

No comments:

Post a Comment