Alhamdulillah hidup lagi saya sampai ke hari
ini. Antara percaya dan tidak yang usia sudah menjangkau 22 tahun. Usia yang
sepatutnya sudah sangat matang. Lama
tak menaip, rasa macam terlalu banyak yang nak dikongsi hingga akhirnya jammed.
Tapi takpe, saya akan cuba share apa saja yang saya lalui dan masih ingat. Something
is better than nothing right? :D
Yang pertama, sanah helwah buat dia 05
Januari. Semoga Allah memberi limpahan rahmat, kasih sayang, berkat &
redhaNya untuk dia.
Perjalanan saya bulan pertama dalam 2013,
semuanya mematangkan pemikiran saya. Bermula dengan melihat dengan taajubnya
betapa ramai rakyat Malaysia yang inginkan perubahan di HKR 112. Tiada seorang
pun yang dibayar. Semuanya pergi dengan duit poket sendiri dengan satu tujuan. Ingin
yang lebih baik untuk negara tercinta. INI KALILAH!! Insya Allah.
@ Stadium Merdeka 12/1/2013 |
Dalam kegembiraan pastinya ada sedikit ujian dari Allah tanda kasih sayangNya. 12/1/2013 ayah masuk hospital lagi. Dalam fikiran biasanya seminggu ayah di wad. Abanglong pula patah tangan dek jatuh motosikal kerana mengelak basikal yang tiba-tiba ke tengah jalan. Insya Allah ada hikmahnya semua ini.
pasangan paaaaling romantik. mak & ayah :) |
Yang paling menggembirakan saya, 19&20
Jan lepas saya berpeluang ke Konvensyen Fiqh Wanita & Islam. Waw! Dengan barisan
panel dan tajuk-tajuk yang sangat mengenyangkan minda saya. Banyak persoalan
berkaitan fiqh wanita terjawab. Sedikitpun saya tidak menyesal menghabiskan hampir
RM200 untuk ke sini sekali tambang.
Diizinkan Allah, ketika dalam komuter, saya
duduk bersebelahan dengan seorang kakak. Manis orangnya. Dari Sabah tetapi
berhijrah ke Semenanjung. Rupanya dia
seorang muallaf. Tapi secara berseloroh dia berkata “kakak ni muallaf, tapi dah
sepuluh tahun masuk Islam, dah mukallaf dah pun” saya tertawa. Dalam masa sekitar
setengah jam dari Serdang ke KL sentral, banyak yang saya dapat dari insan ini.
Namanya kak Nur Ain. “kakak kasihan sangat betapa ramai orang yang lahir dalam
Islam nak keluar ke agama lain hanya kerana cinta.” Itu bukan cinta..tetapi itu
hanya nafsu. Selamat pengantin baru buat kak Ain. Biarpun kak Ain umur 40 tahun
dan suami 25 tahun. Itu bukan pengukur kebahagiaan. Kan? Secangkir ilmu kuhirup
bersamamu.
si manis kirah & seha :p |
menghitung langkah ku kesini.. :( |
Ya Allah, hanya engkau yang mengetahui betapa aku terlalu cinta ingin menjejak kaki ke Kaabah. Makbulkanlah permintaan ku ini ya Allah.
Inilah Januari ku!
No comments:
Post a Comment