Saturday, February 9, 2013

Rupanya saya begitu..


Rupanya saya..? Baru saya tersedar (terperasan) yang saya sangat kelihatan pelik ketika menipu. Rasa lucu bila teringat semua perkara yang saya cuba menipu tetapi akhirnya kelihatan pelik dan memalukan.

Antara yang menyedarkan saya apabila suatu hari Azira bertanya “hari tu teman ada nampak kawan kamu siti (bukan nama sebenar) yang pakai purdah tu bercakap-cakap dengan sorang brader. Siapa tue? Saya dengan niat ingin menjaga maruah orang yang berpurdah, bimbang disalah sangka yang orang berpurdah ni tidak solehah. Sedangkan yang solehah ramai. Saya cuba mengelak untuk menjawab akhirnya termenipu jugak. “oh yang tu ke.. tu tunang dia. Dah nak kawin dah tu.” Hakikat sebenar, itu hanyalah teman lelaki. Dalam beberapa minggu kemudian Azira berbual-bual dengan saya, “eh kawan kamu yang dah bertunang tu bila nak kawinnya?” saya tertanya-tanya, “kawan yang mana?” “alah kawan kamu yang pakai purdah tu. Kamu ada berapa orang kawan pakai purdah yang bertunang?” ah sudah, saya memang ‘hilang ingatan’ dengan apa yang saya katakan pada dia. Dengan spontan saya menjawab, “siti ke? entah. Bila pulak dia bertunang?” Azira terus memandang saya dengan penuh kehairanan. Beberapa bulan selepas itu baru lah saya ingat apa yang saya dah tipu. Saya HILANG MEMORI APABILA MENIPU.

PEACE..NO WAR. :)

Biasanya bila saya dah puas buka facebook sendiri, saya akan bukak facebook yang bukan sendiri dengan izin pemilik. (pemilik yang murah hati. Hehe) bila ada yang mula mengajak berchatting, adakala saya tidak membalas, adakala saya menjawab “ini kawan dia..” dan ada juga yang saya berpura-pura menjadi dia. Natijahnya, saya akan dihimpit rrasa bersalah yang amat dalam. Walaupun isi perbualan sekadar bertanya khabar. Saya tidak akan mampu menunggu 24 jam untuk memohon maaf. RESAH SENDIRI DENGAN PENIPUAN SENDIRI.

Suatu hari rakan sebilik saya, Israa (bukan nama sebenar)  yang berasal dari timur tengah baru saja balik dari shopping. Dengan penuh rasa gembira dia datang ke bilik saya. “seronok beli belah?” saya sekadar bertanya. (tentulah seronok dah nama pun perempuan. ) “yeah, sangat seronok. Saya beli baju yang sangat menarik.” Dengan pantas dia membuka satu beg plastik hitam. Sehelai dress berwarna hitam berbelang-belang koko gelap dan koko muda. Jenis satin dan berlapis-lapis seperti kipas tangan. Seperti baju ‘ketipang payung’ pun ada. Sejujurnya bukan taste saya. “cantik tak? Sesuai tak dengan saya?” Israa bertanya penuh harapan dan saya menjawab penuh kekeliruan. “cantik… Kain jenis satin..cantik…” tetapi saya sedar yang mata saya sedang tidak duduk diam. Cuba melarikan dari bertentang Israa. Mata Israa tepat memandang saya. “awak pasti jawapan awk? Betul ke cantik?” dan saya hanya mampu mengangguk dan tersenyum. Dalam hati saya berkata, wahai diri..kau tidak dilahirkan untuk menipu. PANDANGAN MATA SAYA TIDAK MAMPU MENIPU.

INSAF t_t


Cukuplah tiga perkara ini yang menginsafkan saya dari menyatakan yang benar. Baiklah berkata “tidak tahu” atau diam dari berbohong. Kan? Untuk kes pertama dan kedua, saya dah mohon maaf dan dimaafkan. Tetapi untuk yang ketiga.. biarlah sahabat saya itu rasa gembira dengan pujian saya.
‘Ala kulli hal: tidak mahu makan pedas, jangan beli cili. 

No comments:

Post a Comment