Sunday, December 30, 2012

uNTukmU PaLEStiN wiTH_lOve


Hidup manusia itu ada tiga jenis:

Yang hidup tanpa memberi apa-apa makna.
Yang hidup memberi kesusahan pada orang lain.
Yang hidup memberi manfaat pada orang lain.

Nah, yang nombor tiga inilah yang dicari-cari. Tidak mahukah kita setelah mati ada pahala yang mengekori tak putus-putus?

Palestin

Bumi ini tak pernah sunyi dari kezaliman zionis. Berkali-kali gencatan senjata sekalipun, zionis yahudi laknatullah ini jugalah yang gemar sekali melanggari perjanjian. Benar, memang jauh sekali bumi Malaysia dengan bumi Aqso itu. Tetapi setiap kali terbit berita kanak-kanak mati dek terkena bom, atau sang bapa terkulai dek peluru zionis, seakan-akan terdengar-dengar bunyi dentuman ditelinga. Sakit. Sangat sakit. Lebih sakit hati ini.

Sakit hati

Pedih bila melihat ada lagi yang selamba menggunakan produk yang jelas-jelas menyokong zionis meskipun telah ada alternatif lain tanpa rasa bersalah.  Terus terang saya tidak dapat menerima alasan, “alah sekali ni je..” atau yang lebih menyengat bila ada yang berhujah “tak luak pun ekonomi zionis dengan boikot kita ni..” setiap orang ada hak bersuara. Tapi ingat, didepan Allah nanti, bukan lidah kita yang bersuara. Tetapi anggota kita yang berebut-rebut ingin bersaksi depan Allah.

Kagum.

Sangat kagum bila ada yang berusaha membuat program kutipan derma untuk ayah ibu abang kakak dan adik kita di palestin, syria dan sebagainya. ~yang pasti bukan konsert terkinja-kinja lelaki perempuan~ . apatah lagi program-program seperti ini sangat memerlukan pengorbanan masa, wang dan tenaga yang banyak. Hebat tarbiah diri mereka. Nampak ganjaran akhirat lebih mahal dari semua itu.

Bertuah

Alhamdulillah diberi rasa bertuah bila berkesempatan menjadi sukarelawan program-program seperti ini. Ya, mungkin kehadiran saya hanya seperti burung kecil yang membawa setitis air untuk dipadam pada api Nabi Ibrahim. Biarkan, kerana saya percaya Allah tidak melihat kepada besar atau kecil hasil sesuatu usaha, tetapi Allah melihat kepada ada atau tidak usaha itu. Bukannya nabi kita bersabda yang lebih baik itu amalan yang sedikit tetapi berterusan?

Terima kasih

buat yang berusaha,
buat yang menjemput,
yang menggerakkan hati kami, >> ALLAH

Muslim Care & Gamis
“Free Gaza Save Syria”
Ketua ulama Syria_Syeikh Assobuni
Bersama  Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat_Ust Riduan


Tv Alhijrah
“Demi Palestin”

Bersama Pengacara Tv Hijrah_ Amin Idris & Kak Farah
Qunut Nazilah
Generasi Cinta Islam :)
FlashMob_Realiti DiPalestin

P.A.L.E.S.T.I.N, saranghee.. :D

Saturday, December 22, 2012

U.J.I.A.N itu manis hakikatnya ^_^

Ya Allah, berat sungguh ujian yang kau beri.. tak pernah terlintas sehebat ini dugaan yang perlu aku hadapi. Berhari-hari termenung dan setiap kali hati fikiran diusik emosi, berderu-deru air mata yang turun. Berkali-kali merenung maksud kalam Allah untuk mencari kekuatan sendiri.


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " (Surah Al-Baqarah ayat 286)


Ya, sememangnya mukmin itu sentiasa diuji. Kata seorang peserta PIDACIL Indonesia, (program reality TV seakan bintang kecil, tetapi pidato agama yg menjadi taruhan. Bukan nyanyian yg dipertaruhkan). Kata si manis itu, ujian itu umpama peperiksaan didalam kelas, siapa yang lulus maka boleh naik darjah, siapa yang gagal tidak boleh keperingkat lainnya. Benar, dugaan itu memang seperti peperiksaan. Cuma ia tidak bertulis dan guru yang memeriksanya, Allah.

Menjalani hari-hari terakhir semester ketiga ditaman Ilmu dan Budi ini penuh dengan dugaan, ujian, dan kemanisan. Teringat pula kata seorang senior yang hebat, katanya “perkara yang paling mencabar itulah yang akan menjadi kenangan paling manis jika kita berjaya mengatasinya”. Benarkah?


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Al-Ankabut ayat 2-3)

Tercari-cari juga apakah hikmah dugaan ini. Apakah manisnya yang Allah sembunyikan. Sesekali datang si nafsu yang menghasut agar hati menjadi lemah.


Rupanya……


Memang manis ujian ini.

Saat memerlukan sokongan, Allah menghantar terlalu ramai sahabat yang setia dikiri kanan.

 Saat memerlukan penjelasan, Allah mengatur sesuatu yang tak terduga.

Saat memerlukan pembelaan, berebut-rebut insan yang membela hatta aku sendiri tidak terlalu mengenali mereka.

Itulah keajaiban dugaan. Nampak perit di awalnya, tetapi ternyata manis sekali dihujungnya.

malu dengan Allah, berusaha Allah ingin saya menjadi matang melalui ujiannya, tetapi tergamak saya menolaknya. Allah please, keep training me to be ibadurrahman.

Tuesday, December 11, 2012

Beruntungnya kita!


Sedang enak mendengar Zikir Terapi Diri oleh Hafiz Hamidun, Nahid rakan sebilik saya sejak hampir empat bulan yang lalu menjengah kepala disebalik almari yang dijadikan penghadang setiap bilik atau kami menyebutnya sebagai compartment. “huda dear, boleh saya masuk?” nana meminta izin untuk masuk ke bilik saya. Sememangnya nana sangat gemar memanggil saya dengan menyebut ‘huda dear’ yang bermaksud ‘sayang huda’. Saya sangat selesa dengan kemesraan gadis dari Iran ini. Selalu saya mendengar cerita-cerita gadis arab kasar orangnya, tetapi saya tidak melihat sedikitpun kekasaran itu pada gadis ini. Bahkan dia sangat mengambil berat tentang rakan-rakan sebilik yang lain. “ya silakan dear nahid” saya mengizinkan. “adakah awak sedang belajar?” bimbang mengganggu mungkin. Saya sekadar menggeleng.



Dia duduk dibirai katil saya yang bercadar hijau. Sambil melihat ke arah saya seolah-olah dengan pandangan jauh. “saya rindukan ibu ayah saya..” saya yang mulanya menghadap laptop berpaling padanya. “kenapa tidak hubungi mereka?” “sekarang sudah lewat. Disana musim sejuk dan keluarga saya tidur awal” balas nahid perlahan. “awak boleh menghubungi mereka awal esok pagi, jangan bersedih sahabatku.”



Saya cuba mengalih topik agar dia tidak terus menerus merindukan keluarganya yang jauh di Iran. “selepas grad dari uia, apa perancangan awak?” difikiran saya mungkin dia akan pulang ke Iran dan memajukan teknologi disana sesuai dengan bidang kejuruteraannya disini. “tiada. Saya tidak tahu apa perlu saya lakukan” kening saya bertaut. “mengapa begitu?” soal saya tidak sabar. “kerana saya rakyat Afghanistan. Meskipun saya lahir, saya hidup di Iran, tetapi saya tetap berasal dari Afghanistan. Saya tidak boleh menjadi rakyat Iran, hingga untuk memasuki universiti disana pun saya tidak boleh.” Saya menghela nafas panjang.

Nahid meneruskan “mereka sangat perkauman. Semasa saya berusia enam tahun di tadika, saya sangat gembira apabila mendapat sijil sekolah. Tetapi saya tertanya-tanya mengapa warna sijil saya tidak sama dengan sijil kawan-kawan saya yang lain? Sejak itu saya tahu saya berbeza kerana saya dari Afghanistan.” Saya cuba menyelami perasaan seorang gadis kecil yang menarik-narik tangan guru bertanya mengapa sijil mereka berbeza. “ketika saya disekolah menengah, saya seorang pelajar yang cemerlang. Ramai yang ingin berkawan setelah saya selalu mendapat tempat pertama. Tetapi apabila mereka tahu saya dari Afghanistan, mereka mula menjauhkan diri. Mereka mengangkat rakyat Iran seolah-olah bangsawan dan kami rakyat Afghanistan seolah-olah hamba!” saya tersentak. Cuba menenangkan dia. “sabarlah awak.. saya turut bersedih dengan kisah awak ini.” Nahid pantas membalas, “jangan bersedih untuk kisah saya, sebenarnya semua ini menjadikan saya lebih kuat. Kerana itu saya sampai ke Malaysia. Apabila saya dihalang untuk menduduki peperiksaan ke universiti, saya terus memutuskan ingin ke Malaysia.”


Bagaimana awak tahu tentang Malaysia?” saya pula menyoal. Nahid tersenyum. “saya tahu dari sepupu saya. Tetapi sebelum itu ayah dan ibu saya berulang kali melarang. Saya tetap bertegas ingin ke Malaysia setelah kecewa disana. Sekarang barulah saya tahu mengapa ibu dan ayah melarang. Kerana sekali saya membuat keputusan belajar disini, saya tidak boleh lagi kembali berkerja atau belajar disana apatah lagi menetap disana.”

Saya cuba meletakkan diri saya di tempat nahid. Sangat perit apabila dia mencintai Iran seperti negaranya sendiri, dia memahami bahasa mereka dengan fasih sekali, mengetahui selok belok sosial, budaya, politik dan ekonomi Iran lebih dari Afghanistan, tetapi sayang dia hanya berhak sebagai pemerhati. Bukan sang yang memiliki taraf kerakyatan.

“mengapa tidak kembali ke Afghanistan?” soal saya spontan. “kehidupan keluarga saya sebelum kami berhijrah ke Iran lebih susah. Hingga kini saudara mara kami disana sentiasa berada dalam ketakutan. Gangsters berada dimana-mana. Setiap minggu pasti ada beberapa kes penduduk yang hilang diculik untuk dijual. Mahu lapor pada polis? Ah lupakan sahaja.. ketua gangsters itu sendiri dari keluarga pemimpin Negara.” Saya terdiam.

Kasihan benar gadis ini. “huda, saya tahu awak simpati pada saya. Tetapi saya yakin ada jalan untuk saya suatu hari nanti. Tugas saya sekarang belajar sebagusnya disini.” Katanya sambil menepuk perlahan peha saya. Saya tersenyum mengangguk mengiyakan. Nahid berdiri sambil mengeliat kecil. “sudah lama saya mengganggu awak, awak harus tidur sekarang. Terima kasih huda kerana mendengar kisah saya. Selamat malam.” Akhiri dia. “selamat malam nahid. Awak perempuan hebat.” Dia pergi dengan senyuman yang terselit seribu duka.

Apabila kita berasa susah.. percayalah ada berjuta lagi insan yang lebih susah dari kita.

Apabila rasa ingin mengeluh..percayalah betapa ramai lagi yang langsung tidak mempunyai ruang untuk mengeluh dek sempitnya hidup mereka.

B.E.R.S.Y.U.K.U.R itu lebih baik.

p/s: perbualan asal berlaku dalam bahasa Inggeris. :)



Monday, November 5, 2012

biArKan Dia pERgi..


3.20 p.m. : Maktabah Darul Hikmah

“tokwan dah meninggal.”

Ringkas. Menusuk.

“innalillah wa inna ilaihi rajiun…bila??”

“dua pagi tadi, dah selamat kebumi tadi.”

“……..”

Terkunci mulut nak bertanya.. kenapa terlalu lewat saya tahu? Petang semalam, hati terlalu rindu kat mak. Rasa macam ada sesuatu. Cuba, cuba dan terus cuba mendail. Tapi hampa. Line celcom hampeh. L call ended.


Hari ini memang mak tengah sedih. Saya yakin. Manakan tidak, kehilangan ayah mak yang tercinta setelah lama tak berkesempatan ziarah. Akhirnya dapat ziarah, tetapi itulah ziarah terakhir…

Saya sebak. Sebak bila terkenang betapa penyayangnya tokwan, suka bercerita walaupun cerita yang sama, suka tersenyum dan meraikan cerita-cerita saya, suka bergurau, dan sangat mesra dengan anak cucu cicit.

Tak banyak kenangan saya bersama tokwan, tapi kenangan yang sedikit itulah membuat saya terkenang-kenang dia.. tertanya-tanya bagaimana agaknya tokwan di ‘dunia baru’..?

“assalamualaikum, mak ada tak?”

“waalaikumsalam, mak kat hospital..ayah masuk wad. Demam panas.”

“………”

Sekali lagi saya terdiam.. tokwan ‘pergi’ dan masa yang sama ayah dihospital. Kesiannya kat mak.. betapa bebanan emosi yang perlu ditanggung mak. Dalam kesedihan, tabah menjaga suami.

Saya disini..? Terlaksanakah tugas menjadi anak solehah?

Maafkan saya mak..
Maafkan saya tokwan..

p/s: Tokwan disini ialah Allahyarham Jaafar Bin Daud. Telah ke rahmatullah pada 5 November 2012 pada usia menjangkau 90-an. Alfatihah untuknya..

Friday, September 28, 2012

~Hanya mampu merancang~


“gagal merancang adalah merancang untuk gagal”


Tapi…sebaik mana kita merancang, sehebat mana kita bermatlamat, ada yang lebih baik perancangannya, ada yang lebih pasti matlamatnya. Semestinya hanya ALLAH.

Lebih setahun disini, di taman ilmu dan budi ini, betul-betul buat saya rasa jatuh cinta. Saya cuba merancang kehidupan sepuluh tahun akan datang, (seperti dalam novel Ayat2 Cinta) hehe. :p sebelum sampai usia suku abad, segulung kertas bernama ijazah mesti ada dalam genggaman. 


TETIBA.. heheh
Juga sebelum usia selesai  diangka dua puluh -an, saya mesti mencium segulung master. Ya, inilah perancangan saya. Begitu juga sebelum sahnya akad seorang lelaki dengan seorang wali, takkan saya berikan hati pada sesiapa, ini juga perancangan saya. Mencari seorang al-hafiz buat pembimbing diri dunia akhirat, ini juga matlamat penting yang terlalu ingin saya realisasikan.

Namun segalanya hanya mampu dirancang…ada yang saya berjaya dan tak kurang yang terbabas dari perancangan. 

Ya Allah, kau aturkanlah hidupku dengan sebaik-baik keputusan, dan berikanku sebaik-baik keyakinan bahawa keputusanMu yang terbaik buat ku. J

#tukar major..tambah minor..tambah masa..lambat grad. J


Tuesday, August 28, 2012

c0raT c0REt aIdIL fITrI ^^^

Alhamdulillah dipanjangkan nyawa hingga ke akhir ramadhan. Sempat khatam quran tak? ;-) kalau tak sempat jangan berhenti pulak. Terus baca..bak kata orang dalam pesbuk, kita bukan hamba lailatul qodar @ hamba ramadhan. Tapi kita hamba allah, lailatul qodr or ramadhan ada sesekali, tapi Allah sentiasa ada. Wherever..whenever.. :-D :-D


Citer bab raya memang best. Best la sebab dapat membina badan dengan majunya. Kuikui. Yang turun 4kg masa ramadhan leh naik 14kg masa raya. (overnya..heheh) taun nie tema baju raya kaler pink. Adeh bertema2 pulak. Kalau yg girlz tu ok la jugak pink. Kna mak dara, ayah dara n laki maskulin kena pakai pink, siannn..hehe. Tapi comel pe? :-P syukurlah tahun ni murah rezeki. Baju tak beli orang bagi je..ad kaler hijau, biru, & pich. Pakailah selagi boleh pakai. Jangan lupa doakan kesejahteraan orang yang murah hati tu. :-)

A&H
Bab kuih raya, memang tak sempat nak buat. Saya kan buzy. (bajettt..hee..) jadi abang2 & kak2 lah yang tolong beli. Ada 7 8 jenis cukuplah.. Tambah dengan kerepek2, laksa, lontong, soto, ketupat n rendang, dah cukup. Raya pertama tak best. Sebab semua balik rumah mertua dulu. Ikot giliran lah katakan. Saya ni pun termenung jelah kat umah. Sapa suruh tak kawin. Haha. Nak galak dah ler tu..  Raya kedua baru riuh rumah ni. Dengan kapasiti 19 orang. Time ni lah nak berebut makanan, nak main bunga api, nak tu nak ni. Hehee.. Yang si baby2 n kanak2 lawan jerit sapa kuat lagi nangis. Memang macam nursery lah! ^^
bunga api pun pink tau!

Nak citer satu2 sampai raya ke  30 memang tak tercerita lah. Tapi aidilfitri kali ni lain..sedikit lain. Tapi cukup..cukup gembira. :-D my best fren bawak khabar gembira. Dia bakal disunting orang minggu depan. Tahniah sayang. Syawal ni jugak berduyun2 kawan2 menamatkan zaman bujang. Tua sangatkah daku? Hehe. Tahniah buat semua. Rajin pulak mereka tanya "enti bila lagi?" "ana..? Insya allah tak lama dah." Padahal saya sendiri nak tergelak ngan jawapan tu. Ada jodoh tak kemana..jaga hubungan dengan Allah, insya Allah, Allah jaga hubungan kita dengan si dia..

Tahun ni jugak tetiba muncul seorang lelaki yang bernama suami. Bukan my husband. Kalaulah dia baca entry saya ni, ni pesanan saya pada dia. "tolonglah setia dengan isteri anda. Dengan tittle anda, tak sepatutnya membelakangkan isteri. Cuba mengusik hati gadis lain, jangan terkejut kalau isteri anda mengusik hati jejaka lain!" rasa nak cakap camni kat dia. Tapi masih ada sekelumit rasa hormat yang membataskan.

Antara yang besnya lagi syawal kali ni, ada program anak perak. Ramai rupanya siswa perak ek. Tapi kenapa kalau kat kampus tu, rasa macam boleh bilang ngan jari je..? Walaupun sekejap, tapi sempat jugak bertukar2 cerita n pengalaman. Bes dengar pengalaman orang tambah2 yang study oversea.. Jeles+teruja!

mesti budak2 berebut ketupat ni!
Paling best apa ye? Alhamdulillah diizinkanNya melangkah ke suatu tempat. Kediaman seseorang. Gembira dengan layanan mesra abahnya, mak n adik2, hepy tengok makan kek pertama saya yang kelat2 manis, dan saya seolah merasai kelibat dia disana. Tu kan tempat dia membesar..hehe. Kesempatan yang ada, saya renung wajah insan yang melahirkan dia. Sempat saya paut dan peluk tangan itu masa jalan seiring. Terasa besar kasih seorang mak. Malu? Yep..tapi tak salah kan? Hehe.. ^_^

Cuti semester ada lagi seminggu berbaki. Seminggu ni lah nak ziarah cikgu2 sekolah rendah, menengah, & tak lupa cikgu giat mara yang tekun ajar saya seni jahitan. Rindu2 semua!! B-)

p/s: saya bukan seorang obses pink. sesaje tukar mod..^^ -dokter huda-

Wednesday, July 25, 2012

sakit hati : tapi bagaimana? :)


Hari ke-12 saya memerhatikan dia. Ya, dia target saya, saya mesti dapatkan perhatiannya, atau mungkin juga sayangnya. Tapi..siapa dia? Dia gadis manis, rajin, dan agak pendiam. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Berpatah-patah ditanya, sepatah juga dijawabnya. Cuma sejak akhir2 ni, saya selalu nak mengujinya. Dia sombong @ pendiam? jadi saya biarkan dia menegur saya dulu. Hasilnya dia memang pendiam. Kerana dia tetap menegur walaupun sekadar "akak dah makan?" Itu permulaan yang baik bagi saya. Tapi..ada sesuatu yang mengundang tanda tanya, sepanjang saya bersama dia, tak pernah sekalipun saya nampak dia ke surau, pakaian yang agak sendat, dan saya perasan ada seorang lelaki yang sering kedai kami untuk berbual2 seketika dengan dia. Saya sakit hati, sakit mata melihat itu, tapi wajarkah perbuatan saya? Sakit hati saya tidak boleh diterjemah dengan rasa benci, tetapi seharusnya saya mesti menyayangi dia seperti adik. Saya dapat rasakan Allah temukan saya dengan dia bukan saja2. Pasti ada hikmahnya. Mungkin dia mad'u saya? Sebagai target dakwah menarik dia dari lombong kekosongan jiwa? Ya saya akui saya sendiri adakala terumbang ambing, dosa tak pernah jemu mendekati. Tapi adakah kerana saya ada dosa, maka saya tidak mungkin mengajak orang lain jadi baik? Saya letakkan plan sendiri untuk cuba menyelami hati sahabat baru saya ini. Sekurang2nya cuti tiga bulan ini ada manfaat dan manisnya untuk orang lain. Dekati dia! tapi bagaimana? Mendesak dia jadi sahabat saya? Tidak mungkin, malah dia mungkin akan lebih menjauhi saya. Saya cuba senaraikan apa yang perlu dan tak perlu dalam plan ini sebelum saya melangkah jauh. 

 1-Selalu bertanya tentang keluarganya dan bercerita serba sedikit tentang keluarga saya sendiri.
2-Berkongsi dengannya soal hati. pelajar SMK biasanya agak segan nak berkongsi soal hati dengan SMA. mereka rasa kita baik, tapi sebenarnya kita sama..sama2 ada perasaan, ada cinta dihati. 
3-Jangan ajak dia berbual tentang keburukan orang lain, dia tidak akan menghormati kita. 
4-Simpan dan jangan hebahkan apa saja cerita dia. Bimbang ada yang tokok tambah bila sampai ke telinga dia semula. 
5-Beri hadiah pada dia! saya percaya antara lemahnya perempuan adalah dek hadiah. ops! bukan nak membeli jiwa, cuma nak melembutkan hati dia. 
Inilah plan saya, dan impian saya sebelum saya berhenti disini, saya nak mengikat ukhwah dengan dia, cuba selami kenapa dia tidak bersolat, pakaian andai boleh dilonggarkan demi maruah sesama perempuan, dan yang terakhir.. Saya terperasan satu gambar di screen saver handphone dia, gambar dia sedang bersandar didada seorang lelaki. Lelaki? Lelaki itulah yang sering kedai kami.. saya mesti tunjukkan "adikku, cinta itu tidak salah, yang salah adalah cara kita menikmati cinta itu.percayalah!"

Sunday, July 22, 2012

fern-nin ^_^

saya pening..atau omputih celup sebut fern-nin. hehe
pening rasa berat sangat kepala ni. tapi tangan nak menulis macam2. ada je benda nak share tapi disebabkan pandanganku dah kelam rasa macam batu 50kg atas kepala, sya tangguhkan niat nak menulis. tapi sebelum terlupa, seminggu saya kerja di suatu tempat, benar2 memberi 1001 pengalaman baru. dan sejuta perasaan. selamat bertemu lagi di lain masa! tazkirah pendek sebelum berpisah, bulan ramadhan ini, bila kita rasa leka.. malas nak beribadat, aurat tak tutup, mulut tak jaga, ingat & bayangkanlah andai ini ramadhan terakhirmu.. inilah peluang merebut malam seribu malam.. LailatulQadar, aku cinta padamu. ^_^

Tuesday, July 10, 2012

sukarnya..!

Proses memahami seseorang umpama proses bayi membesar. sekelip takkan dia menjadi dewasa. proses yang sangat panjang.... ada ketika tak semua bayi akan sempat menjadi dewasa. tapi yang pasti semua yang dewasa bermula dari bayi. sama juga macam proses saling memahami. samada antara kita dengan sahabat, atau dengan sesiapa sahaja. bukan mudah nak betul2 faham. letih..penat..kecewa..sedih..terluka sering singgah. tapi...percayalah, seperti mak & ayah yang jerih payahnya membesarkan kita, then bila kita berjaya, mesti mak & ayah lupa terus penderitaan sebelum2 ni. :) senang kata, untuk memahami seseorang memang sangat penat. tapi bila kita dah betul2 faham sikap n sifat dia.. kita akan rasa mudah & gembira bersama dia. :D