Monday, February 27, 2012

asal makan je ngantuk..? antara teori & praktikal ^_^


 Pernah tak korang rasa mengantuk lepas makan? Obviously mestila pernah kan? Kalau langsung tak pernah rasa macam ada something wrong je dengan sistem percernaan tu. Hehe. Kalau pernah, kira normal la. Cuma pernah rasa tension tak sebab mengantuk diwaktu yang tak sepatutnya? Contohnya korang makan pukul 1.30 tengahari, then pukul 2 ada kelas. Arghh.. ngantuk jiddan syadidan. L


So..takkan takde cara atasi kot? Sedangkan setiap masalah pasti ada jalannya. kat sini nak share sikit tips yang mungkin kita boleh aplikasi sama-sama. mana tahu kot2 berkesan. Insya Allah.. J

Jangan makan makanan berat ditengah hari sebab bila makan nasik berlauk kari tambah masak tempoyak tambah ayam goreng bersama sayur kangkung contohnya, sistem penghadaman memerlukan lebih tenaga untuk memproses makanan yang dikunyah tu.. semakin banyak makan, semakin banyak la tenaga penghadaman yang diperlukan. Maka? Semakin mengantuklah korang. .

Yang kedua, kunyah makanan dengan selumatnya. Lagipun ni sunnah nabi kan? Kunyah makanan sampai lumat. (ada riwayat yang kata sampai 40x kunyah) kenapa kena kunyah lumat2? Tak boleh ke telan terus? Haa..ada la hikmahnya. Sistem penghadaman akan sihat seterusnya mengurangkan kegemukan. Perut pun tak letih, jadi kurang la mengantuk. ^_^

Ketiga pulak, kalau korang terpaksa makan tengah hari sebab gastrik or lapar sangat.. korang minum air masak banyak-banyak lepas makan. Sebab? Air kan memberi tenaga & kesegaran. At least air mungkin dapat membantu mengatasi rasa mengantuk tu.. *_*
Last sekali, cara ni korang jangan ikutlah. Sebab bukan la cara yang baik sebenarnya.. Cuma sajalah nak share, kalau betul takut mengantuk after lunch, sebaik saja lepas makan, korang terus…….tido. hehehe.. tapi sekejap je tau! Kira macam khailullah lah jugak. :p

p/s: sumber tanpa tauliah dari Dokter Huda. :D

Thursday, February 23, 2012

Rehat didunia? Sekejap je… :)


 Sejenak muhasabah pada diri
diri ini pun kian terkenang
kejahilan diri di zaman lampau
sayu di hati mula mendatang
 

Kadang-kadang kita terleka
sering kali diri ini alpa dan lupa
namun sepantas manakah usaha kita
untuk kembali kepadaNya??

Dari Hadis riwayat Ahmad dan Al-Thabrani
"Barangsiapa yang mendekati Allah sesiku,
Dia akan mendekatinya sehasta.
Barangsiapa mendekati Allah sambil berjalan,
Allah akan menyambutnya sambil berlari."


Jangan ditunggu lagi...
apabila nyawa telah sampai ke kerongkong (76:26)
dan bertaut betis kiri dan kanan (76:29)
tiada lagi waktu bagimu

apabila lembaran amal telah dibuka (81:10)
dan apabila langit dilenyapkan (81:11)
dan apabila neraka Jahim dinyalakan (81:12)
dan apabila syurga didekatkan (81:13)
setiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan (81:14) 
Dan sungguh,
telah Kami mudahkan Al-Qur'an sebagai pringatan,
maka adakah manusia mengambilnya sebagai pengajaran? (54:17)



Maka, letaklah dunia di tanganmu
agar kamu bisa mengawalnya
dan bukannya di hati
moga ia tidak mengawal mu~



WaAllahu Ta'alaa A'lam


Ya Allah, berikan keberkatanMu kepada hamba yg menyedarkan diri ini ®

Wednesday, February 22, 2012

pErCayALah sAyaNG!!



SAYANG??? siapa & apa yang sayang2 ni..? haaa..baca dulu baru tahu. J dalam hidup ini,siapa yang mesti kita sayang? dari kecik sampailah dewasa jawapan kita akan lebih kurang camni, “pertama aku sayang Allah, kedua nabi, ketiga mak & ayah, keempat keluarga, kelima guru, keenam kawan2, ketujuh kucing, kelapan….bla..bla..” tapi kita terlupa & sering tertinggal sesuatu. Kita terlupa kedudukan diri kita. Dimana nombor untuk sayang diri sendiri? boleh dibuat dua hipotesis disini. Samada kita memang tak sayang diri sendiri hingga tiada nombor kedudukan, atau kita hipokrit dengan kenyataan bahawa yang kita sebenarnya mementingkan diri sendiri?? sekadar dimulut mengatakan cukuplah berkorban demi orang lain… lupakan kepentingan diri..  ^_^ any objection?
jom try buat..? ;)
Tapi..disebabkan tajuknya ‘percayalah sayang’, maka saya nak sentuh soal sayang diri sendiri. so apa relation antara sayang & diri sendiri? ada kaitannya… pertama sekali soal keyakinan. Kita mesti yakin yang diri kita boleh, diri kita mampu lakukan apa yang kita nak buat.

Contohnya, kita rasa kita bodoh.. oh no,no,no.. kita tak bodoh. Tapi kita yang tak percaya diri kita boleh jadi pandai. Contoh lain? Emm..kita rasa diri kita hodoh & tak hensem. Semua perempuan tak lalu tengok muka kita. Sebab tu takde mana-mana perempuan suka. Boleh ke rasa macam ni? Pandangan saya sebagai lelaki, jangan korang letakkan wajah a.k.a sifat fizikal korang yang menyebabkan orang tak lalu. Tapi check balik, maybe sebab perangai buruk atau mental korang bermasalah menyebabkan orang takut nak dekat.  Dari pengamatan & sembang soal dengan kawan-kawan perempuan.. nampaknya jawapan mereka pun sama macam saya. RUPA BUKAN SEGALANYA.

Ala kulli hal, percayalah pada diri sendiri & usaha untuk jadi confident. Merendah diri tu mulia. Tetapi menghina diri tu tanda tak bersyukur. Haha. Salam berfikir. J


Saturday, February 11, 2012

Bahasa Arab..? tak susahlah..!! ^_^



Kebanyakan orang rasa belajar bahasa arab itu sangatla susah, kursus bahasa arab pun dah ikut berkali-kali, latihan dah buat, tapi masih saja tidak reti-reti cakap bahasa arab, yang akhirnya anggap je lah “belajar bahasa arab sangatlah susah”.Sebenarnya apa yang membuat orang berasa susah untuk mempelajari bahasa arab, bukankah Allah telah mengatakan bahawa agama ini sangat mudah untuk dipelajari?? Lantas kenapa kita tetap saja tidak boleh menguasai bahasa arab?? jawapannya, kerana kita tak tahu caranya…

haa.. ni adalah cikit-cikit tips bagi yang ingin mempelajari bahasa arab dengan mudah dan cepat.. termasuk la saya! : )

1. Ikhlaskan niat hanya untuk Allah

kalau kita nak belajar.. tak kirala subjek or bidang apa pun. First of all kena ikhlaskan niat kerana Allah semata-mata. Jangan pulak mengeluh kalau niat kita sendiri masih sonsang.
J firman Allah:

إِن تَنصُرُوا اللهَ يَنصُرْكُمْ

“jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Allah akan menolongmu” (muhammad : 7)

Salah satu bentuk menolong agama Allah, adalah dengan mengagungkan syiarnya, dan bahasa arab merupakan syiar dari agama islam.

Dari hal ini, sama-sama la kita luruskan niat kita, ikhlaskan niat kita terlebih dahulu untuk mempelajari bahasa arab karena Allah, agar Allah memudahkan kita di dalam memahami dan mengamalkan bahasa arab, disamping menjadi amal kita dalam beribadah kepada Allah ta’ala.

2. Belajar bahasa arab dari dasar dan tidak terburu-buru.

nak buat apa pun, jangan terburu-buru. Even kita nak makan pun, kalau terburu-buru tak pasal-pasal tersedak nanti. Hehe. Dalam bahasa arab pun sama, sikap terburu-buru hanya membuat kita cepat letih dan jemu. Kata para ulama:

منِ اسْتعجلَ شيئاً قبلَ أَوانِهِ عُوقِبَ بحرمانِهِ

“barangsiapa yang terburu-buru dalam mendapatkan sesuatu, maka ia dihukum untuk tidak mendapatkannya”

Oleh sebab tu, elokla kita mempelajari bahasa arab secara bertahap dan tidak terburu-buru. Sabar tu kan kunci kejayaan.. :)

3. Pada awal belajar, sesuai la belajar hanya pada satu guru.
Pendapat ni maybe ada yang kritik. Tapi takpe, just opinion dan sapa-sapa pun boleh bantah. Hehe. Tapi ada baiknya kalau kita yang masih meniarap dalam bahasa arab,  kita tumpu pada seorang je guru sebab setiap guru tu mungkin caranya berbeza dan fokusnya juga lain. Nanti kita pening pulak. Kalau dah tahu asas boleh la pergi menuntut dengan guru lain pulak. J

Ok lah, untuk kali ni, cukup la 3 je tips. Bagi banyak-banyak bukan korang ingat pun.melawak2.Hehe. Renung-renungkan dan selamat beramal!


Sunday, January 1, 2012

(: jom kita berdoa! :)

DOA terkadang tidak serupa minta, minta lain tapi buat lain, malah ada juga bertentangan dengan apa yang kita minta dan sebut "amiin".Bila imam baca doa kita di belakang main sebut saja, "amin" tidak tahu dan faham apa yang imam berkenaan baca.
Doa sebenarnya permintaan, ia perlu difahami kemudian baru ia dapat masuk ke dalam hati.
Kalau main minta atau main angkat tangan saja tetapi tidak memahami apa-apa isi kandungan doa berkenaan ia dianggap sebagai bermain-main ketika berdoa.
Sudah berpuluh tahun kita meminta perkara sama tetapi masih tidak dapat-dapat. Sebenarnya, bukan Allah tidak perkenankan tetapi kita sendiri hanya pandai meminta tetapi tidak pandai mencari.
Minta tetapi tidak mencari sama halnya dengan berangan-angan. Antara yang wajib kita minta setiap hari adalah ayat "ihdinassiratal mustaqim" yang dibaca 17 kali setiap hari. Maksudnya adalah tunjuklah kami jalan yang lurus. Kita wajib membacanya setiap kali sembahyang. Besarnya makna doa ini adalah ia tidak didahulukan melainkan selepas kita memuji Allah terlebih dahulu.
Bahawa segala pujian itu meliputi pada-Nya dan Dia itu adalah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Doa ini tidak didahulukan ia, melainkan setelah kita berikrar mengaku sebenar-benarnya bahawa hanya Allah, Tuhan yang kita sembah dan tempat kita meminta pertolongan. Setiap hari minta "jalan yang lurus" tahukah kita apa jalan yang lurus itu? Kalau tidak tahu kena belajar dan membaca. Jalan yang lurus itu sangat penting.
Kalau kita perhatikan sebaik saja meminta jalan yang lurus, "ihdinassiratal mustaqim" Allah mentafsirkan jalan lurus itu adalah Allah sudah berikan nikmat-Nya kepada orang yang terdahulu. Siapakah orang-orang ini?
Mereka adalah Rasul, Nabi, sahabat dan Aulia' . Apakah itu nikmat? Itulah nikmat Iman, Islam dan Ihsan. Hanya dengan jalan iman, Islam dan ihsan, barulah kita dapat mengikut jalan yang lurus.
Rasul, Nabi, sahabat dan Aulia melalui jalan itu dan Allah tunjukkan jalannya. Maka yang kita minta itu adalah untuk mengikut jalan seperti mereka supaya kita benar-benar sampai kepada Allah. Jalan yang lurus inilah yang akan sampai kepada Allah. Selain itu, ada juga jalan tetapi tidak sampai kepada Allah. Allah terangkan lagi dalam surah Al-Fatihah ini, minta dijauhkan kita daripada dua jalan yang tidak sampai kepada Allah.
Itulah dia jalan orang yang Allah dimurkai dan jalan orang yang sesat yang tidak mempercayai Allah seperti Namrud dan Firaun. Mereka menolak Allah dan mereka adalah orang yang mendapat laknat Allah. Jalan orang yang sesat pula adalah Yahudi dan Nasrani (kristian).
Walaupun mereka percaya Tuhan, tetapi jalan yang mereka lalui itu adalah bertentangan dengan kehendak Tuhan. Justeru, mereka tidak akan sampai kepada Tuhan.

Maka, kita mengharapkan belas kasihan agar Allah tunjukkan kita jalan supaya kita boleh sampai kepada Allah. Dinyatakan tadi jalan itu adalah Iman, Islam dan Ihsan.
Ketiga-tiganya adalah nikmat besar Allah berikan jika kita mendapatkannya. Namun, ketiga-tiganya mestilah difahami dan dihayati seterusnya menjadi amalan dan perjuangan hidup kita.

~kredit to I Luv Islam~ ^_^

Monday, October 17, 2011

Anak Mak Yang Tak Degil



Mak..... 

Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari..... 
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi, 
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih.... 

Mak tau tak..... 
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa..... 
dan itu juga terakhir kali nya. 
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh..... 
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni..... 

mak macam dah sedia..... 
Seminggu sebelum tu..... 
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai..... 
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.... 
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih..... 
kakak pun rasa hairan..... 
mak tak penah buat gitu..... 

Saturday, October 1, 2011

Apa Asas Perkahwinan Yang Kita Idamkan?



Apa Asas Perkahwinan Yang Kita Idamkan?

Jika asas perkahwinan adalah kerana seks, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.

Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.

Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.

Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.

Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

Wednesday, September 14, 2011

Sejarah: Fakta, Kritikan Dan Tafsiran

Ramai orang berkata sejarah tidak boleh menipu: ‘history cannot lie’. Namun kita jangan pula lupa bahawa manusia boleh menipu fakta sejarah sehingga hakikat sejarah dirobah dan diubah. Peristiwa lampau kita tidak saksikan sendiri, ia diriwayatkan kepada kita melalui sumber-sumber yang menceritakan apa yang telah berlaku. Sumber-sumber itu pula terdedah kepada benar dan dusta. Jika kita menerima dari sumber yang benar, maka persepsi kita terhadap sesuatu peristiwa mungkin akan benar. Itu pun bergantung kepada aliran pemikiran atau ‘school of thought’ yang kita pegang. Jika fakta yang salah, maka sudah pasti tafsiran yang salah akan kita buat terhadap sesuatu sejarah. Pasti ada pihak dizalimi haknya.

Monday, July 11, 2011

Mendusta atau menipu atas nama nabi Muhammad …

Assalamualaikum……..kawan-kawan kat sini saya nak kongsi ilmu bersama anda….
Kita tengok balik tajuk utama diatas mendustai dan menipu atas nama nabi Muhammad kita….apa-apa pun saya ingin memberi keterangan tentang hadits-hadits ini dahulu:-
Hadits Soheh : Hadits yang sanadnya sampai ke nabi…dan cirri-ciri nya ulamak telah                                                                                              
                    Ungkapkan, salah satu contoh yang ingin saya bawak kepada anda ialah setiap 
                    Sanadnya mistilah sampai kepada nabi,dan tidak terputus sanadnya…..
Hadits doif : Hadits yang sanadnya terputus dan cirri-ciri orang yang bawak hadits itu   tidak  
                  mempunyai (siqoh)…siqoh ni ialah seseorang yang menjaga dirinya,dari 
                  melakukan perkara-perkara yang tidak disukai allah.salah satu contoh yang   
                  ingin saya ambil dari ulama’. Kita lihat bagai mana imam Bukhari ingin  
                  mendapatkan hadits itu sama ada soheh,maudhu’,ataupun doif.
Hadits maudhu’ : Hadits yang tiada sanadnya atau sanadnya direka-reka untuk kepentingan
                       Diri sendiri.